• Kesihatan & Fitness

    Petua Hilangkan Batuk Berpanjangan

    Baru -baru ni terkena serangan batuk yang berterusan. Sakit betul dada dan juga tekak.

    Seorang teman forwardkan video petua batuk kepada saya.

    Dalam video tersebut, menggunakan air kelapa muda, diperahkan lemon dan juga secubit garam.

    Alhamdulillah, serasi pula dengan saya.

    Belum baik sepenuhnya, tapi dah ada improvement.

    Bolehlah bercakap tanpa henti semula. Hahaha.

    Cubalah…

  • Kesihatan & Fitness

    Hari ke berapa pun entah

    Saya tak kira dah hari ni dah masuk hari ke berapa. Entahlah. Penting ke untuk tahu hari ke berapa?

    Yang pasti makan ke laut dalam. Saya kena fix makanan yang mudah untuk dimakan setiap hari.

    Apa kata menu begini:

    7 am Breakfast: telur 2@3 biji, roti 2 keping atau wrap 1.

    10am snack kalau lapar buah-buahan

    1pm lunch nasi, ayam atau ikan, ulam, sambal

    3pm snack kalau lapar buah-buahan

    7pm dinner protein sahaja tanpa karbs, salad/ ulam

    Malam kalau lapar buah-buahan lagi.

    Senaman setakat ini saya berjaya maintain 30 minit minimum setiap hari. Bagus kan?

    Cuma saya nak kena adjust jadual sebab saya perlu bersenam waktu pagi. Mungkin selepas sarapan atau sebelum snack pagi.

    Sekarang saya bersenam pada pukul 7. Tapi kalau saya nak dinner pada waktu itu, maka jadual bersenam saya perlu diubah.

    Pukul 5-7 tidak boleh diganggu sebab itu biasanya waktu saya vc dengan b.

    Alhamdulillah, walaupun berjauhan, kami sama-sama ambil berat tentang waktu bersama ini.

    Kasih sayang itu perlu dipupuk dan dibaja selalu gais. Ingat tu.

    Cara paling mudah dan hampir zero cost untuk memupuk kasih sayang adalah dengan berkomunikasi selalu.

    Komunikasi itu penting dalam perhubungan.

    Seterusnya tidur memang jauh ke laut tak jumpa daratan. Saya pun tak pasti macamana nak betulkannya.

    Saya cuba tidur awal tetapi tidak berjaya. Mungkin kita betulkan dengan bangun awal pula.

    Saya kena paksa diri saya bangkit dari katil pukul 7 pagi dan tidak membuat cubaan untuk kembali sehingga saya selesai bersenam, mandi dan sarapan.

    Okay tak?

  • Kesihatan & Fitness

    Hari ke-empat

    Semalam dalam kesibukan melayan anak-anak tak sempat dan terlupa nak menulis catatan harian.

    Hari ni kita cuba lagi.

    Bangun pagi tetapi masih lagi tidur semula selepas vc b. Entahlah bila nak timbul kekuatan itu. Kena paksa diri ini sebenarnya kan.

    Makan huru hara sikit hari ni. Atas permintaan Afiah, saya masak ayam kurma. Tiba-tiba pula rasa nak sesuaikan ayam kurma tu, saya masaklah nasi minyak.

    Tapi sebab semalam tak terfikir nak masak nasi minyak, sayur yang ada cumalah kangkung, jadi buatlah kangkung goreng belacan.

    Makan dua kali sambil suapkan anak-anak. Masing-masing manja tak pandai suap sendiri bila sampai sini.

    Tak apalah, seminggu sekali jer pun. Jadi saya layabkan aje. Sambil tu berbual-bual.

    Hampir terlupa nak exercise. Tapi gagahkan hati. Benarlah apa-apa yang kita baru nak jadikan habit, memang kena paksa.

    Dapatlah buat lebih sikit dari 30 minit, sambil tu ada berhenti setelkan anak-anak mandi.

    Yang bestnya adalah bila tengah-tengah bersenam, jam bagi petanda yang dah berjaya capai target steps pada hari ini.

    Perghhhh, hari ni lebih 5000 steps.

    Bagi orang yang average stepsnya adalah 2000 je, memang bangga gile. Small steps untuk mencapai 10k.

    Saya tahu bahawa badan saya naik sebab saya kurang bergerak. Memang saya makan tu kadang2 banyak, tapi banyak hari yang saya makan kurang dari kalori.

    Jadi sepatutnya ada kalori defisit. Tapi bila saya kurang bergerak, kalori defisit itu tidak membantu saya untuk mengurangkan lemak.

    Saya mesti bersenam. Mesti mengubah habit dan lifestyle saya.

    Saya nak jadi diri saya yang lebih baik.

  • Kesihatan & Fitness

    Hari kedua

    1st, walaupun pagi tadi bangun pukul 7, lepas vc b, sekali lagi aku tidur. Tapi sejam je hari ni. Selepas beberapa kali snooze alarm akhirnya bangun 9.30. Sebab ada appointment pukul 10.

    Aku kena buat lebih banyak appointment waktu pagi nampaknya untuk memaksa diri bangun.

    2nd, breakfast makan nugget, kentang dan telur.

    Kemudian lunch makan nasi,’ayam asam pedas bersama bendi dan ikan goreng.

    Dinner pula makan nugget dan kentang.

    Bukan pilihan yang sihat tapi nak perabiskan isi dalam peti ais. Tapi bila pikir2 kan kembali, siapa yang paksa aku perabiskan.

    Nanti bila habis aku akan beli baru juga kan. Sepatutnya aku biarkan saja. Tunggu anak2 balik sini boleh masak untuk diorang.

    3rd, hari ni berjaya paksakan diri lagi bersenam 30 minit. Alhamdulillah.

    Jumlah step meningkat ke 4,755. Sikit2 kita naikkan sampai cecah 10k ya.

    Dan sekarang 11.30 malam aku dah baring atas katil. Harapnya dapat tidur awal.

    Esok plannya lepas vc b aku nak workout terus 30 minit.

    Breakfast esok kita buat omelette dengan tomato dan bayam. Lunch makan nasi goreng ikan. Dan untuk dinner, kita masak bihun sup.

    Kena beli sedikit groceries esok.

  • Kesihatan & Fitness

    Hari pertama

    Jom kita reflect apa yang saya dah buat hari ini.

    1st, tadi pagi bangun pukul 7, tapi lepas vc ngan b, saya tidur balik sampai pukul 12. Hmmm rugi rugi.

    2nd, pasal makan lak. Breakfast makan telur separuh masak 2 biji, lempeng 3 keping. Kemudian lunch makan buah rockmelon dan juga nasi beriani ayam bakar. Dinner makan megi telur.

    Dah lama tak mengira kalori, rasanya lebih bajet juga tu.

    3rd, pasal senaman. Hari ni berjaya bersenam selama 30 minit dan jumlah step 3,755.

    Apa halangan hari ini? Rasa malas kot.

    Apa yang saya nak buat esok?

    1st, breakfast esok pagi adalah telur 2 biji dan nugget. Lunch makan nasi, lauk kari ayam dan juga sayur bayam. Dinner pula tempe goreng.

    2nd, besok kita bangun pukul 7 dan terus mandi. Lepas vc b, boleh terus buat kerja. Lagipun nampaknya esok kita kena buat pergi beli buah dan sayur.

    3rd, kita kekalkan senaman 30 minit esok. Cuba buat pagi. Dan steps tidak kurang 3,755 steps.

    Saya pernah hidup dengan healthy lifestyle sebelum ni.

    Saya pernah bangun pukul 5 pagi setiap hari dan masih lagi bersenam dan menjaga pemakanan.

    Saya pernah tidak makan karbohidrat dan makan secara sihat.

    Saya pernah bersenam setiap hari.

    Jadi, saya mesti boleh melakukan semua ini semula.

    Ingat rule 21:90. 21 hari untuk ianya menjadi tabiat dan 90 hari untuk ianya menjadi lifestyle.

    I can do this!

  • Kesihatan & Fitness

    Berat Naik?

    Pagi tadi sajelah naik penimbang. Lama dah tak naik timbang ni.

    Tiba-tiba…

    Alamak, berat naik 5 kg weh.

    Adus dah serius sangat ni. Memang terasa badan berat akhir-akhir ni tapi tak sangka per pula sebanyak tu.

    Maka dengan ini marilah kita berikrar untuk hidup lebih sihat.

    Ini plan saya:

    Pertama, jaga waktu tidur dan rehat. 10 malam dah mula berehat dan baring. Bangun 6 pagi.

    Kedua, jaga makan. Pagi telur, buah dan oat. Tengah hari nasi campur. Malam, protein dan sayur. Sebelum tidur, susu.

    Ketiga, workout. Kita cuba mulakan dengan setengah jam sehari ya.

    Aduhhh risau betul ni.

  • Kesihatan & Fitness

    Kebaikan Brain-Gym Untuk Ajar Membaca

    Rasa menarik apabila mengetahui bahawa kita kerap menyusahkan pembelajaran anak-anak?

    Kadang-kadang kita nak sangat mencari teknik atau kaedah yang “wow”, yang mengagumkan sehingga mulut terbuka luas, atau mata terbeliak kagum semata-mata mahukan anak kita membaca.

    Tetapi seringkali yang berlaku adalah kaedah paling ringkas dan senanglah yang memberi perubahan dalam pembelajaran anak kita.

    Dr. Paul Dennison, pengasas “Educational Kinesiology,” aktiviti Brain Gym® bersetuju dengan pernyataan ini. Beliau mendapati bahawa apabila pelajar tertekan atau kurang aktif sepanjang hari, kebolehan belajar mereka akan “tertutup”.

    Jika sebahagian daripada otak kanak-kanak menjadi tidak aktif, bagaimana mereka boleh belajar?

    Apabila beliau mula mengintegrasikan Educational Kinesiology, atau pembelajaran melalui pergerakan, ke dalam interaksi harian beliau bersama pelajar, otak kanak-kanak ini “tersedar” untuk belajar.

    Dalam kehidupan masyarakat yang sibuk hari ini, mudah sahaja kita melihat otak dan badan sebagai dua entiti berasingan. Kata-kata “badan cergas, otak cerdas” tidak lagi menampakkan kaitannya.

    Ibu bapa dan guru mendapati aktiviti fizikal yang terlalu ringkas dan terlalu mudah dilakukan, sukar untuk dipercayai mampu memberi perubahan kepada pembelajaran kanak-kanak.

    Menurut Hannaford, sekiranya sesuatu program itu tidak sukar dilaksanakan, tidak memerlukan masa yang banyak dan tidak melibatkan kos yang tinggi, seringkali ianya dianggap kurang bernilai.

    Dennison telah mencipta siri pergerakan Brain Gym yang menyasarkan serta memberi stimulasi kepada otak. Ia bertujuan membantu kanak-kanak mencapai potensi akademik mereka.

    Idea di sebalik pergerakan Brain Gym ini adalah untuk menggunakan pergerakan fizikal bagi mencapai bahagian otak yang berbeza.

    Gambar menunjukkan bagaimana pergerakan dalam Brain Gym ini menyasarkan bahagian otak berbeza.

    Semoga bermanfaat.