Kesihatan & Fitness

Kebaikan Brain-Gym Untuk Ajar Membaca

Rasa menarik apabila mengetahui bahawa kita kerap menyusahkan pembelajaran anak-anak?

Kadang-kadang kita nak sangat mencari teknik atau kaedah yang “wow”, yang mengagumkan sehingga mulut terbuka luas, atau mata terbeliak kagum semata-mata mahukan anak kita membaca.

Tetapi seringkali yang berlaku adalah kaedah paling ringkas dan senanglah yang memberi perubahan dalam pembelajaran anak kita.

Dr. Paul Dennison, pengasas “Educational Kinesiology,” aktiviti Brain Gym® bersetuju dengan pernyataan ini. Beliau mendapati bahawa apabila pelajar tertekan atau kurang aktif sepanjang hari, kebolehan belajar mereka akan “tertutup”.

Jika sebahagian daripada otak kanak-kanak menjadi tidak aktif, bagaimana mereka boleh belajar?

Apabila beliau mula mengintegrasikan Educational Kinesiology, atau pembelajaran melalui pergerakan, ke dalam interaksi harian beliau bersama pelajar, otak kanak-kanak ini “tersedar” untuk belajar.

Dalam kehidupan masyarakat yang sibuk hari ini, mudah sahaja kita melihat otak dan badan sebagai dua entiti berasingan. Kata-kata “badan cergas, otak cerdas” tidak lagi menampakkan kaitannya.

Ibu bapa dan guru mendapati aktiviti fizikal yang terlalu ringkas dan terlalu mudah dilakukan, sukar untuk dipercayai mampu memberi perubahan kepada pembelajaran kanak-kanak.

Menurut Hannaford, sekiranya sesuatu program itu tidak sukar dilaksanakan, tidak memerlukan masa yang banyak dan tidak melibatkan kos yang tinggi, seringkali ianya dianggap kurang bernilai.

Dennison telah mencipta siri pergerakan Brain Gym yang menyasarkan serta memberi stimulasi kepada otak. Ia bertujuan membantu kanak-kanak mencapai potensi akademik mereka.

Idea di sebalik pergerakan Brain Gym ini adalah untuk menggunakan pergerakan fizikal bagi mencapai bahagian otak yang berbeza.

Gambar menunjukkan bagaimana pergerakan dalam Brain Gym ini menyasarkan bahagian otak berbeza.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply