Kisah Kejayaan

Certified Trainer Bacalah Anakku dan ReadEasy

Syukur kepada Tuhan, berjaya mencapai satu lagi milestone dalam bidang fonik ini.Saya berjaya menamatkan Kursus Certified Trainer dengan ReadNetwork. Dan telah diberikan perlantikan sebagai Certified Trainer.

Perlantikan ini membolehkan saya menjalankan kursus-kursus berikut:
– Kursus Intensif Kaedah Mengajar Membaca Bacalah Anakku (6 jam)
– Kursus Asas Kaedah Mengajar Membaca Bacalah Anakku (4 jam)
– Kursus Asas Kaedah Mengajar Membaca ReadEasy (4 jam)

Dan, semua kursus-kursus tersebut layak mendapat sijil penyertaan yang disahkan oleh ReadNetwork.

Perlantikan sebagai Certified Trainer ini adalah untuk tempoh tiga tahun. Dari 2018 hingga 2021. Dan boleh diperbaharui dengan persetujuan kedua belah pihak.

Saya percaya antara faktor yang mempengaruhi pembaharuan status ini kelak adalah aktif menjalankan kursus. Jadi, otak sedang ligat bagaimana untuk bermula.

Berikut adalah senarai Certified Trainer Read Network (tidak disusun mengikut seniority):

  1. Puan Masturah A. Latib (Johor Bahru, Johor)
  2. Puan Nur Atikah Ishak (Jerantut, Pahang)
  3. Puan Wardiatul Fathi (Kepala Batas, Pulau Pinang)
  4. En Saini Bolly (Kuching, Sarawak)
  5. Puan Zuraida (Kota Bharu, Kelantan)
  6. Puan Nadia (Kulim, Kedah)
  7. Puan Nuridah (Batu Caves, Selangor)
  8. En Azman (Kepala Batas, Pulau Pinang)
  9. Puan Nor Azleen Abd Rahim (Pasir Gudang, Johor)
  10. Puan Shima Aziz (Bangsar, Kuala Lumpur)
  11. Puan Yusfiza Mazni Ishak (Putrajaya, Kuala Lumpur)
  12. Puan Aishah (Johor Bahru, Johor)
  13. Cik Norani Manaf (Kuala Terengganu, Terengganu)
  14. Puan Rohani Anie Wahab (Kajang, Selangor)
  15. Puan Liza (Subang Jaya, Selangor)
  16. Puan Norita (Subang Jaya, Selangor)
  17. Puan Azlina Nawi (Skudai, Johor)
  18. En Fazli Ghazi (Skudai, Johor)

Kalian bolehlah menghubungi Certified Trainer yang terdekat untuk membantu kalian mengajar membaca menggunakan kaedah fonik dengan lebih berkesan.

Semoga bermanfaat.

Nor Azleen Abd Rahim
#certifiedtrainer
#buildingareadingnation

P.s: Maaf, ada yang tak dapat tagged namanya.

8 Comments on “Certified Trainer Bacalah Anakku dan ReadEasy

  1. Salam Cikgu, blh saya dapatkan contact number Cikgu? Saya berminat utk anjurkan training utk teachers Di kindy saya ni Nilai . Harap Cikgu dapat contact saya thru wassap Atau call terus. Tqvm

    Pn Jalilah
    019 3583 427

  2. Salam cikgu..boleh dapatkan saya no contact en Saini Bolly kerana saya dari Kuching Sarawak

  3. Salam puan..nk tnya bgaimana nk hubungi pn zuraida utk kota bharu Kelantan. Sy nk hntr ank umur 5 thun tp x dpt cr utk program ni. Dulu pernah d maklumkan,kekurngn tenga pengajar terlatih…that was years ago…tq.

  4. Assalamualaikum puan, untuk anak autism ada ke cikgu yang boleh mengajar membaca di kawasan shah alam?

    1. Wasalam, jika puan nak cikgu yang berada di shah alam, saya tak tahu. Tapi kelas membaca online kami terima pelajar dari mana-mana sahaja.

Leave a Reply