• Buku & Bahan Bacaan - Seni Ajar Membaca

    5 Cara Memilih Buku Yang Tepat Untuk Anak Belajar Membaca

    Belajar membaca adalah langkah penting dalam perkembangan kanak-kanak. Membaca bukan hanya kemahiran, tetapi juga pintu kepada dunia pengetahuan dan imaginasi. Bagi memastikan anak anda mendapat manfaat maksimum daripada proses pembelajaran ini, pemilihan buku yang tepat sangat penting.

    Di sini, saya kongsikan lima cara memilih buku yang sesuai untuk anak anda yang sedang belajar membaca.

    1. Pertimbangkan Tahap Membaca Mereka:
    Setiap kanak-kanak mempunyai tahap membaca yang berbeza. Apabila memilih buku, pastikan anda memilih buku yang sesuai dengan tahap mereka. Buku awal membaca yang mengandungi perkataan dan frasa ringkas sesuai untuk kanak-kanak yang baru memulakan belajar membaca, manakala buku yang lebih rumit sesuai untuk yang lebih mahir.

    2. Pilih Buku dengan Ilustrasi yang Menarik:
    Kanak-kanak cenderung lebih berminat membaca apabila buku itu mengandungi ilustrasi yang menarik. Ilustrasi yang berkualiti boleh membantu mereka menghubungkan perkataan dengan gambar, memahami cerita, dan menjadikan proses belajar membaca lebih menyeronokkan.

    3. Pertimbangkan Minat dan Kebolehan Anak:
    Anak-anak lebih cenderung membaca apabila mereka berminat dengan kandungan buku tersebut. Sedarilah minat mereka, sama ada mengenai haiwan, kenderaan, fantasi, atau topik lain, dan carilah buku yang mencerminkan minat mereka. Juga, pertimbangkan tahap kebolehan membaca mereka. Jangan terlalu memaksa mereka membaca buku yang terlalu sukar atau membosankan.

    4. Cari Buku yang Mempunyai Teks yang Jelas:
    Tulisan di buku haruslah jelas dan mudah dibaca. Pilih buku dengan jenis font dan susunan teks yang sesuai untuk kanak-kanak. Teks yang terlalu kecil atau terlalu padat mungkin membuat mereka terasa kepenatan untuk meneruskan bacaan.

    5. Rujuk Ulasan dan Cadangan:
    Sebelum membeli buku, rujuklah ulasan daripada ibu bapa, guru, atau pakar literasi kanak-kanak. Mereka mungkin telah mencuba dan menilai buku-buku tertentu yang sesuai untuk kanak-kanak yang sedang belajar membaca. Anda juga boleh mendapatkan cadangan buku daripada perpustakaan tempatan atau rangkaian sosial dalam talian yang berkongsi tentang buku untuk kanak-kanak.

    Dalam memilih buku yang sesuai untuk anak anda yang sedang belajar membaca, sentiasa ingatkan bahawa objektif utama adalah mendorong minat mereka dalam membaca. Memilih buku yang sesuai dengan tahap pembacaan dan minat mereka akan membantu mereka memperoleh kepuasan dan kejayaan dalam proses pembelajaran mereka. Dengan memilih buku yang tepat, anda membuka pintu kepada dunia pengetahuan dan imaginasi yang luas untuk mereka teroka.

  • Buku & Bahan Bacaan - Tips Parenting

    Buku & Bahan Ajar Anak 4 Tahun Membaca

    SOALAN:

    Pada pendapat cikgu, utk anak usia 4 tahun perlu beli semua yg ada dlm senarai bukubak @perlu pilih yg mana shj?

    JAWAPAN:

    kalau bajet puan besar, beli semua. terus dari 4 tahun smpi pandai tulis cerita.

    tapi kalau bajet tak berapa besar, yang perlu ada

    – rancangan mengajar
    – buku permainan kreatif
    – siri cepat membaca bacalah anakku
    – buku aktiviti fonetik ekspres 1 & 2
    – siri bacaan awal bacalah anakku
    – poster abu ada ayam dan carta bunyi

    Untuk membeli buku dan bahan mengajar membaca BM menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku, boleh ke ezy.la/bukubak

  • Buku & Bahan Bacaan

    Set Abu Ada Ayam

    Lagu Abu Ada Ayam dapat membantu guru dan ibu bapa untuk memperkenalkan bunyi kepada anak melalui nyanyian dan aksi asosiasi yang menyeronokkan.
    .
    Bunyi-bunyi yang diperkenalkan dalam lagu ini adalah mengikut susunan bunyi yang diperkenalkan dalam buku Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku.
    .
    Cara menggunakan kad imbas dan lagu Abu Ada Ayam:

    1. Sebut bunyi yang hendak diperkenalkan.
    2. Tunjukkan kad imbas yang mengandungi simbol bunyi yang diperkenalkan tadi.
    3. Nyanyikan rangkap lagi Abu Ada Ayam yang mengandungi bunyi sambil melakonkan aksi asosiasi.
    4. Nyanyikan rangkap lagu tadi bersama-sama anak sambil melakonkan aksi asosiasi.
    5. Ulang nyanyian dan aksi sehingga anak dapat mengenali dan menyebut bunyi dengan betul.
      .
      Kandungan dalam set:
  • Buku & Bahan Bacaan

    Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku

    Set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku

    Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan kepada bahan-bahan bacaan yang baik dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.

    Terdiri daripada 8 buah buku bacaan bergred dan 12 keping kad imbas.

    Ciri-ciri menarik dan unik Bacalah Anakku:

    • Sistem Fonetik
    • Bermakna dan berulang
    • Berima
    • Suku kata mudah
    • Dua warna
    • Kurang gambar

    Harga 1 set Bacalah Anakku RM44.90 sahaja.

    Buat pesanan melalui laman web berikut:
    https://whiztots.onpay.my/order/form/setbak
    https://whiztots.onpay.my/order/form/setbak
    https://whiztots.onpay.my/order/form/setbak

  • Buku & Bahan Bacaan

    Pakej Bestari Bacalah Anakku

    Ada ibu yang beritahu, guru tadika anaknya kata ajar guna Bacalah Anakku. Tapi anaknya tidak pernah bawa balik buku.

    Apabila sudah bulan November ini, anak baru baca Buku 2. Ibu ini susah hati. Jadi berhasrat nak ajar sendiri anaknya.

    Saya cadangkan supaya ibu yang nak ajar anak sendiri dapatkan Pakej Bestari Bacalah Anakku ini.

    Dalamnya ada Siri Bacaan Bacalah Anakku, buku bacaan yang 8 itu. Juga ada 2 buku aktiviti, namanya Fonetik Ekspress 1 dan Fonetik Ekspress 2.

    Lagi ada buku Permainan Kreatif. Buku ini ada panduan cara mengajar secara bertulis dan 30 jenis permainan yang boleh digunakan untuk bermain semasa mengajar anak.

    Ada juga Set Lagu Abu Ada Ayam. Nah, belajar bunyi melalui lagu-lagu. Ada lagi Poster Abu Ada Ayam. Cepat-cepat tampal di dinding supaya anak boleh tengok gambar lagu yang menarik.

    Dan Percuma belon serta button badge. Belon ini pada satu sudut memang sangat menarik untuk anak-anak. Mereka suka. Pada satu sudut lain, apabila ia ditiup-tiup, ia dapat membantu menguatkan otot-otot mulut.

    Apabila otot mulut kuat, mudahlah nak menyebut bunyi dengan betul dan jelas. Button badge pula sematkan di baju semasa nak belajar. Anak lebih mudah nak tune otaknya “sekarang masa belajar”.

    Harga Pakej Bestari ini hanyalah RM90 sahaja.

    Apabila ada bajet lebih, dapatkan sekali buku Rancangan Mengajar. Senang untuk merancang dan menyimpan rekod pengajaran anda. Harganya RM10 sahaja.

    Buat pesanan terus di laman web berikut:
    https://whiztots.onpay.my/order/form/pakejbak
    https://whiztots.onpay.my/order/form/pakejbak
    https://whiztots.onpay.my/order/form/pakejbak

  • Buku & Bahan Bacaan

    Stok Pakej Bestari Bacalah Anakku

    Nahh, set pakej bestari bacalah anakku dah sampai semalam.

    Dengarnya stok Bacalah Anakku dah susut kat hq. 😂

    #terlajakfonik gitu..

    Pakej Bestari Read Easy pun mommy ada ni haa..

    Berminat boleh whatsapps jer 0173329298 atau klik link ni terus www.wasap.my/+60173329298/bestari

    Nanti kita bagi consultation PERCUMA melalui whatsapps bagaimana nak ajar anak guna pakej ni.

    Kalau nak consultation yang lebih spesifik ikut karakter dan umur anak pun boleh, tapi yang ni kena datang mengadap mommy ler kat pasir gudang ni..

    Opppss, kalau cikgu nak mengajar dalam kelas, kena pergi kursus intensif ya.. haaa yang tu sangat sesuai untuk cikgu-cikgu..

    Oklah, nak sambung tugas mengajar..

    Saya Nor Azleen Abd Rahim, mommy professional yang suka membantu anak seawal 4 hingga 9 tahun belajar membaca dengan cepat, mudah dan seronok.