Ada Lagi Ke Kelas Cepat Membaca Bacalah Anakku?

Hampir 11 malam, saya nampak wasap masuk. Curiga nak tahu siapa yang hantar.

Rupanya ada ibu yang nak bertanyakan pasal kelas membaca.

Anaknya sudah berusia 5 tahun, sudah pergi ke tadika. Kenal hampir semua huruf, tapi masih belum boleh membaca.

Kata guru tadikanya, anaknya biasa sahaja. Perkembangan seiring dengan kawan-kawan yang lain.

Saya tanyakan satu soalan sahaja, anaknya diajar membaca tak sepanjang tahun ini.

Bukan apa, ada juga sesetengah tadika yang tidak mengajarkan membaca pada anak 5 tahun. Mereka mula pada 6 tahun.

Yalah kan, kalau anaknya tak diajar membaca, memang patutlah anak belum boleh membaca. Takde apapun yang nak risau kawan-kawan.

Tapi kalau diajar membaca, kena ikuti dengan beberapa soalan lainnya:

  • diajar dengan kaedah apa
  • adakah guru yang mengajarnya terlatih
  • berapa kerap pengajaran dilaksanakan

Dan kalau semua itu sudah dilakukan dengan cara yang betul, barulah kita sentuh bahagian anaknya.

  • adakah kemungkinan anak mempunyai masalah pembelajaran?

Ya kawan-kawan, kadang-kadang walau terima mesej tengah malam buta, tak sampai hati nak menolak permintaan ibu yang risaukan anak belum boleh membaca.

Layankan juga, sekadar beri ibu tenang hatinya. Selepas itu, saya pun kata, dah lewat malam. InsyaAllah esok pegawai khidmat pelanggan saya akan hubungi puan untuk proses pendaftaran ya. Selamat malam puan.

Bolehlah ibu tidur dengan lena malam ini.

Similar Posts

  • Anak Kecil Prihatin Butiran

    Malam itu kami makan di Uptown PJ. Banyak yang sudah berubah. Maklumkan sejak berpindah ke Johor dan punya anak, jarang keluar malam. Huhu. Tiada kedai-kedai menjual barangan di kaki lima. Mungkin juga kerana orang bercuti Tahun Baru Cina. Entahlah. Kami pergi makan di sini. Tidak mahu buat ulasan kerana biasa-biasa sahaja. Tiada menu yang benar-benar…

  • Mudahnya Menulis SOP

    Hari itu sewaktu kami berbual-bual bisnes kelas membaca dengan Cikgu Norani Manaf, beliau ada tekankan supaya kami menyediakan SOP. SOP dapat melincirkan lagi perjalanan bisnes serta mengelakkan salah faham.   Saya baru saja berjinak-jinak belajar bagaimana nak membina SOP. Nampak mudah, 3 huruf sahaja – S-O-P. Tapi nak membinanya, Ya Allah.   Beberapa hari ini,…

  • Haid yang pertama

    Sis counting ya sis. Hahaha yalah, sebab sis tak keluar berjalan okay sepanjang tempoh iddah ni. Sis tengok je x sis bawa anak2 gi jenjalan ke sana sini dengan satu perasaan, ohhh boleh rupanya gi bercuti lama2 tanpa bawa laptop kerja. Eh.. Alamak, bila baca balik sis macam jeles ke dendam ke hasad. Taklah, begini….

  • Aktiviti Fonik Whiztots

    Sebelum tidur malam ini, updates activity Whiztots yang akan datang: Sabtu, 10/2/2018 – Seminar Santai Fonik di SK Permas Jaya 1 Ahad, 11/2/2018, Bengkel Santai Fonik Ibu Bapa di SK Taman Rinting 1 (Program Sekolah Angkat Whiztots) Jumaat, 23/2/2018, Bengkel PdPc Fonik Literasi BM di SK Taman Pasir Putih (Program Sekolah Angkat Whiztots) Sabtu, 24/2/2018,…

  • Bodoh dan Kurang Ajar

    Hari tu sedang syok-syok saya mengepam di meja makan, sayup-sayup saya dengar suara Afiah yang bermain di luar rumah. “Tengok sini Afiah buat, bodoh.” Saya diam sebentar nak pastikan benarkah apa yang saya dengar. “Tengoklah sini, bodoh, Afiah buat.” Terus saya panggil Afiah masuk. Dengar ceria Afiah berlari masuk kerana mungkin ingat mommy nak beri…

2 Comments

    1. kelas kami kini online sepenuhnya. Puan boleh baca info kelas di ezy.la/entrybak ataupun whatsapp kami di 0167459298 ya.

Leave a Reply