Personal Development

SAYA DITINGGALKAN

Kami berjalan menyusuri gerai-gerai itu. Ada banyak jualan, di kiri dan kanan. Suasana sungguh meriah.

“Syg penat.”

“Duduk sinilah. Abg nak tengok sampai sana.”

Yang anehnya, di belakang barisan gerai itu ada deretan rumah mewah 2 tingkat. Di bahagian hadapan rumah2 itu semuanya ada katil saiz queen.

Saya baring di atas salah satu katil. Dia berlalu. Dan saya tertidur.

Entah berapa lama saya tertidur, saya terjaga apabila saya terasa handphone dan barang saya cuba diganggu.

Apabila saya buka mata, 3 orang lelaki sedang cuba mengusik saya. Saya nampak dia melintas menuju ke arah permulaan gerai tadi tanpa menoleh ke arah saya.

Saya berusaha mengambil barangan saya sambil menegur lelaki yang mengusik. Saya ambil handphone dan menelefon dia.

“Abg kat mana? Syg nak balik.”

“Abg dah dalam kereta. Dah smpi bawah ni.”

Saya meminta dia berpatah balik mengambil saya. Terdengar sayup2 suara lelaki lain yang mengajak dia pergi segera. Dia memutuskan talian telefon tanpa mengesahkan samada dia akan berpatah balik ataupun tidak.

Saya segera bergerak ke arah permulaan gerai sementara 3 lelaki yang mengganggu tadi terus mengekori saya.

Saya duduk di bangku, hentian bas agaknya. Saya telefon dia sekali lagi.

Kali ini, suara seorang perempuan mengangkat telefon, sambil berpura-pura menjadi operator. Apabila saya bertegas ingin bercakap dengan dia, perempuan tersebut memberitahu yang dia baru sahaja sampai di rumah, dan dia sedang berehat.

“Tapi saya kat sini ni, saya nak balik. Tolong kejut abg ambil saya. Saya tak tahu nak balik.”

“Saya tak tahu. Dia tengah berehat. Awak jangan lagi kacau dia. Tunggu dia bangun.”

Telefon terus diputuskan.

Saya bingung. Saya menangis. Saya menunggu sahaja di pondok itu kerana saya tak tahu saya berada di mana, dan bagaimana saya mahu pulang.

AKhirnya matahari bersinar. Pagi. Tiada telefon. Saya menunggu sehingga tengah hari.

Saya telefon dia lagi.

“Abg tak rindu syg ke? Syg nak balik.”

Dia hanya ketawa sinis sambil memberitahu pandai-pandailah saya nak balik. Lantas dia meletakkan telefon.

“Siapa dia tu? Biy ke?”

Mula-mula memang saya ingat Biy. Tapi bila saya fikirkan semula dalam-dalam, saya panggil dia abg.

“Bukan biy. Syg panggil abg. Ex rasanya.”

“Tulah, kalau biy memang takkan biy tinggal syg mcm tu.”

Ianya hanya mimpi, tapi terasa real. Kadang2 mimpi tu sebenarnya mencerminkan perasaan kita.

Part nak balik tu hanyalah 2 tahun yang lalu. Sekarang dah takde. Mungkin sebab kejadian baru-baru ni mengimbau semula perasaan itu.

Rindu pada anak-anak membuatkan kadang-kadang terlintas di fikiran mungkin saya patut kembali supaya anak-anak membesar di hadapan saya.

Tapi, seksanya perasaan dilayan tidak seperti isteri, ia melampaui rasa rindu itu.

Saya harap dan berdoa agar suatu hari anak-anak akan faham kenapa saya ambil keputusan begini. Bukannya saya tidak sayang pada mereka, saya amat mencintai anak-anak saya.

Tetapi saya tidak akan mampu menjadi ibu yang functional untuk mereka jika saya berada dalam keadaan tertekan sedemikian.

Saya pilih saya, bukan saya menidakkan mereka. Tetapi supaya saya boleh terus ada untuk mereka.

Leave a Reply