Tips Jual Beli Online

Hari itu adalah saya membuat pesanan sarapan daripada satu grup ini. Kebetulan sang penjual tinggal berdekatan dengan rumah, setaman sahaja.

Saya mesej sehari sebelum, dan siap tanya juga pukul berapa sarapan dihantar. Katanya bermula pukul 8.00 pagi hingga habis penghantaran.

Tiba hari yang dinanti, kerana sarapan yang dijual adalah sarapan yang jarang-jarang ditemui, saya menunggu. Sehingga 10.00 pagi masih belum tiba. Saya sudah pelik, dekat sahaja rumahnya, takkan lah begitu lama mengambil masa.

Akhirnya saya whatsapps pukul 10.00 pagi bertanyakan pukul berapa sarapan dihantar. Laju juga sang penjual membalas, “Oh, saya terlupalah.” Katanya.

Fuhh, geram juga. Terus otak berfikir apa yang mahu disediakan untuk anak-anak memandangkan saya membuat pesanan tersebut kerana memang barang masakan sudah berkurangan.

Sejurus kemudian, sang penjual menghantar Whatsapps lagi, “Saya tengah masak lagi ini. Kalau nak ambil di rumah saya pukul 2.00 petang.”

Saya balas tidak mahu, saya membuat pesanan sarapan kerana saya ada rancangan hari itu. Sangka saya akan tamat di situ.

Tetapi sang penjual menyambung, kenapa saya tidak mesej dia subuh tadi, mengingatkan dia tentang pesanan sarapan saya. Jadi tidaklah dia lupa. Dan bla bla bla. Agak panjang juga.

Wah, ini baru. Belum pernah saya membuat pesanan penghantaran makanan dan perlu menghantar mesej berkali-kali mengingatkan sang penjual. Selalunya order sekali sahaja.

Jika sang penjual memaklumkan saya bahawa proses membuat pesanan dengannya harus begitu (hantar mesej ingatan di subuh hari), sudah tentu saya membatalkan pesanan semalam lagi.

Dan selepas itu, sang penjual memarahi saya kerana tidak mahu mendengar alasannya, tidak faham bahawa dia ada banyak masalah di rumah, tidak ada siapa yang membantunya di rumah, dan asyik dia sahaja kena dengar masalah orang.

Aduh, tak tahu saya samada mahu marah kerana dia lupa pesanan saya atau mahu kasihan kerana nampaknya dia ada masalah lain pula. Huhu.

Susah juga menjalankan urusan jual beli online begini. Saya kongsikan sedikit tips dalam jual beli online:

  1. Maklumkan pelanggan dengan jelas prosedur membuat pesanan dengan anda. Jika perlu hantar mesej mengesahkan pesanan di subuh hari, maklumkan dari awal.

Pelanggan yang sudah berkali-kali membeli mungkin sudah tahu, tetapi pelanggan baru belum tahu yang anda pelupa.

  1. Buat buku catatan pesanan. Terus catat nama, alamat, no telefon dan item yang dipesan beserta kuantitinya.

Jangan bergantung harap kepada memori anda semata-mata. Perkata sebegini disimpan dalam working memory, kapasitinya kecil sahaja.

  1. Sekiranya telahpun dilaksanakan langkah 1 dan 2 tersebut tetapi masih lagi berlaku salahfaham, minta maaf dengan pelanggan.

Seringkali perkara-perkara sebegini boleh diselesaikan mudah, dengan ayat berikut,

“Maaf kerana saya tersilap. Apa yang boleh saya lakukan bagi memperbaiki keadaan ini?”

Meminta maaf tidak menjatuhkan ego apatah lagi maruah orang yang melakukannya. Bahkan ia menimbulkan rasa hormat pada orang yang dipinta.

Begitulah.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy rasa lapar boleh membuatkan seseorang itu naik hangin.

Similar Posts

  • Rumah Mesra Kanak-kanak

    Isyraq, cari apa? Begitulah lebih kurang dialognya bila nampak anak lelaki yang seorang ini sudah mula membuat siasatan ke dalam pantri mommy. Siap berdiri masuk ke dalam almari pantri ini. Dibelek satu persatu barang yang boleh dicapainya. Habis atas bawah kiri kanan. Ambil, belek dan letak. Ambil, belek dan letak. Ketara sangat sifat ingin tahunya…

  • Hari ke-empat

    Semalam dalam kesibukan melayan anak-anak tak sempat dan terlupa nak menulis catatan harian. Hari ni kita cuba lagi. Bangun pagi tetapi masih lagi tidur semula selepas vc b. Entahlah bila nak timbul kekuatan itu. Kena paksa diri ini sebenarnya kan. Makan huru hara sikit hari ni. Atas permintaan Afiah, saya masak ayam kurma. Tiba-tiba pula…

  • Periksa Ovulasi Cara Manual

    Hari ini adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ke 15. Orang kata sudah masuk fasa ke-empat. Alhamdulillah, masih lagi bercinta-cinta dan bergurau manja sehingga kadang-kadang Afiah kata, “Iiiiiii, mommy dengan abah ni kan.” Dan pelukan-pelukan pula sentiasa diselit oleh anak-anak yang merasa cemburu. Cemburu kerana merasakan mommy dan abah patut memeluk mereka sahaja. Haha. Ya, ulangtahun…

  • Nor Afiah vs Siti Aafiyah

    Alamak, sama pula nama si comel pipi merah CTDK dengan si comel pipi merah pakai blusher mommy. Ejaan jer tak sama. Tapi maksudnya sama. Nor Afiah vs Siti Aafiyah. Saya pilih Afiah kerana saya mahukan hidupnya sentiasa dalam kesejahteraan. CTDK pun mahu yang sama, kot. Semoga kedua anak ini sentiasa dilindungi Allah SWT dan beroleh…

  • Tak Rasa Dihormati

    Yalah, kalau semasa menjadi isteri pun kita tidak dihormati, apatah lagi bila dah bercerai. Memang jangan harap lah kan. Saya mesej untuk bertanya jika saya boleh mengambil anak selama seminggu semasa cuti sekolah raya cina. Saya mesej pada hari Ahad yang lepas. Sehingga hari rabu malam, Isyraq vc saya. “Mummy, kakak kata mummy ambil esok.”…

  • 5 Cara Menerapkan Teknologi Dalam Pengajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Teknologi semakin menjadi aspek penting dalam dunia pendidikan, termasuk dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan teknologi dalam pengajaran kanak-kanak prasekolah bukan sahaja menarik minat mereka tetapi juga membantu meningkatkan proses pembelajaran. Berikut adalah lima cara menerapkan teknologi dalam pengajaran pendidikan awal kanak-kanak: 1. Aplikasi Pendidikan Interaktif Pelbagai aplikasi pendidikan interaktif boleh digunakan untuk membantu kanak-kanak memperoleh…

Leave a Reply