Seminar Fonik dan Brain-gym Pasir Gudang

Setiap pergerakan menghantar impuls kepada otak, memberi maklumat tentang perubahan posisi dan lokasi badan di dalam ruang. Sensasi ini membentuk imej kendiri yang menentukan bagaimana kita mencipta pengetahuan dan menentukan sikap kita terhadap sesuatu. (Hannaford, 2005).

Pakar kanak-kanak sudah lama memberitahu bahawa pergerakan adalah penting untuk membina sistem nervous dan anak kecil perlu bermain bebas untuk belajar bagaimana mengawal tubuh secara spontan, tetapi masyarakat kita hari ini masih lagi gemarkan kawalan penuh.

Kita meletakkan bayi di dalam walker dan mengurangkan “tummy time” yang akibatnya bayi kurang merangkak dan merayap untuk mematangkan penglihatan mereka.

Kita meletakkan bayi di hadapan televisyen 2 dimensi sedangkan dunia 3 dimensi ini lebih diperlukan untuk mematangkan penglihatan mereka.

Kita memberikan mereka gajet yang memaksa penglihatan mereka ke focal point yang sebenarnya mereka belum mampu uruskan.

Apabila kanak-kanak tidak mampu melihat menggunakan kedua mata kepada garisan tanpa melihatnya menjadi double ataupun tidak hilang fokus, tidak ada gunanya memberikan mereka soalan pemahaman. (Dennison, 2006).

Terdapat beberapa pergerakan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kebolehan penglihatan anak yang sekaligus dapat membantu anak menguasai literasi dengan lebih mudah.

Pergerakan-pergerakan inilah yang dirumuskan sebagai brain-gym kerana ia membuat senaman ke atas otak.

Seminar Fonik dan Brain-gym akan diadakan di Pasir Gudang pada 31 Mac 2018, 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Topik Brain-Gym akan disampaikan oleh Cikgu AzWani Mansor, Guru Cemerlang Pemulihan Khas.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh terus sertai grup Whatsapps di link berikut:

https://chat.whatsapp.com/ATgCddsvS2a8BTGGlgP7Ba

https://chat.whatsapp.com/ATgCddsvS2a8BTGGlgP7Ba

https://chat.whatsapp.com/ATgCddsvS2a8BTGGlgP7Ba

Similar Posts

  • Telur Pindang Buah Tangan Majlis Perkahwinan

    Ini adalah buah tangan perkahwinan yang paling saya gemari. Telur pindang namanya. Masa kecil dahulu, telur pindang dibalut dengan tisu kertas sahaja. Digulung-gulung hujungnya dan diikat menjadi macam beg kecil. Mudah dibawa. Sudah makan, lap mulut dan kulit telur masuk ke dalam tisu. Terus boleh buang. Sekarang semakin sukar menemui telur pindang ini di majlis…

  • Menu Roti Mentega Kacang

    Beginilah rupa sahur hari ini. Dua keping roti wholemeal yang disapu dengan mentega kacang. Selalunya saya suka mentega kacang jenama Steffi tapi di Tesco Tebrau semalam tidak ada. Beli sahajalah Skippy chunky. Ditaburkan lebihan pisang dari menu Afiah. Rasa macam pernah tengok orang buat sandwich mentega dengan pisang. Sedap juga rasanya. Lemak-lemak masin dari mentega…

  • Hak

    Seorang isteri berhak untuk rasa disayangi, dihormati dan juga dilindungi. Waktu saya luahkan perasaan kepada beliau, saya tidak rasa diri saya dilayan seperti seorang isteri. Saya tidak merasa diri saya disayangi, dihormati dan dilindungi sebab bla bla bla (saya perincikan apa yang beliau lakukan sehingga saya alami perasaan begitu). Saya juga katakan saya faham mungkin…

  • Titik Hijau Karipap

    Minggu ini asyik makan karipap sahaja. Sebabnya ada banyak stok karipap. Hahaha. Ada yang saya beli dan ada yang kawan-kawan beri. Terima kasih pada yang beri, sedap-sedap belaka. Kadang-kadang pada karipap ada tanda titik pelbagai warna. Karipap kali ini warnanya hijau. Karipap kentang daging. Sedap walaupun rupanya tak begitu cantik. Afiah tanya, “Mommy, kenapa ada…

Leave a Reply