Sejak dua tiga hari ni saya mula menulis di blog ini, fikiran rasa lebih tenang, hati tidak lagi begitu kusut.
Ya, memang dari dulu lagi, dari zaman 20an saya suka menulis di blog.
Kalau sekarang ni trendingnya menulis di FB, tapi di FB saya tak boleh menulis kisah peribadi. Ghisau. Hahahha.
Kalau kat blog ni dah tak berapa ramai orang baca kan. Kebarangkaliannya untuk viral juga rendah.
Hari ni tiba-tiba kak zah call saya. Dup dap dup dap juga saya.
Yalah, beberapa hari yang lepas saya nampak kak zah up story angah zul koma kerana covid.
Tapi semalam saya nampak kak zah up story lagi kata angah zul dah sedar kembali.
Tiba-tiba hari ni call.. Mana tak dup dap dup dap.
Dan waalupun waktu tu dah pukul 7.40 malam, hampir dengan waktu kelas saya, saya tetap angkat juga.
Alhamdulillah, angah zul telah dimasukkan ke wad biasa.
Rupanya kak zah kehilangan nombor telefon saya. Sebab tu dia tak maklumkan keadaan angah zul.
Bila saya tanya dari mana dia dapat no saya, katanya bekas suami telefon dia bertanyakan hal angah zul. Kemudian kak zah minta no tel saya dari bekas suami.
“Ada ke dia kat situ?”
“Siapa kak zah?”
“Alaaa cik abang awak lah.”
Erkkk macam nak tercekik juga.. hahahaha..
“Sebenarnya kami dah berpisah..”
Patutlah selama berpuluh tahun ni tak pernah dia call kak zah, tiba-tiba dia dm minta no kak zah dan no cik sam. Kemudian dia wasap, terus call.
Eh, pandai rupanya guna wasap. Saya ingat tak pandai. Sebab wasap saya tak dijawab selalunya.
Eh, bukan sejak cerai tau wasap saya tak dijawab. Antara sebab yang membawa kepada penceraian tu ler dia, kes wasap tak berjawab.
Bukan dry text, dry hati dan perasaan.
Tapi tulah kan, prihatin dan mengambil berat juga. Kak Zah dan Cik Sam adalah keluarga angkat saya.
Terus teringat juga kisah yang lalu kat wall fb saya tadi. Bagaimana seorang suami yang begitu mengambil berat perihal orang lain, anak orang, tapi berlaku kejam dan tidak adil terhadap diri sendiri.
Sebabnya, benda dah sah jadi milik dia, apa dia nak kesah,
Bukan saya yang cakap, orang yang tulis story lalu kat wall saya yang cakap.
Sebenarnya saya masih juga cuba melepaskan hal-hal ini. Saya juga berfikir kenapa saya masih sukar melupakan, masih lagi teringat-ingat, macam mengungkit.
Mungkin saya masih berharap dia minta maaf. Walaupun dia lafazkan maaf semasa di mahkamah, saya tak dapat rasa keikhlasan itu. Kerana maaf yang dilafazkan tidak seiring dengan perbuatan yang dia lakukan selepas itu.
Tapi saya tahu, saya tidak akan mendapat permohonan maaf itu kerana sepanjang perkahwinan pun, tidak pernah dia melafazkan maaf walaupun ketika terang lagi bersuluh sesuatu perkara itu salahnya.
Kalau semasa kawin pun tak dapat, apatah lagi dah bercerai.
Berhenti berharap. Saya harap dengan luahan di blog ini, saya dapat memaafkan diri saya kerana gagal mempertahankan perkahwinan ini, dan saya nak move on.