TIPS JAGA MOOD BELAJAR ANAK

“Dia menangis pula ni cikgu, tak nak masuk kelas. Nak buat macamana ni? Dah puas saya pujuk.”

Nak belajar ni bukan boleh dipaksa-paksa. Apabila dipaksa, walaupun anak duduk belajar, otaknya akan menolak apa yang diajar. Itu menyebabkan ajar banyak kali pun, anak tak dapat-dapat juga.

Akhirnya mak ayah juga yang stress dan anak kena marah lagi dan lagi.

Hari ni saya nak kongsikan 3 tips bagaimana kita boleh menjaga mood belajar anak.

1 Pastikan anak cukup makan.

  • Kebanyakan anak kecil tidak tahu memberitahu yang mereka lapar.
  • Mereka hanya tahu untuk bersikap cranky dan grumpy walhal sebenarnya mereka lapar
  • Perut yang lapar semasa belajar akan mengganggu fokus dan perhatian mereka
  • Berikan anak makan antara 30 ke 60 minit sebelum kelas bermula
  • Sekiranya terlewat beri makan dan waktu kelas sudah terlalu dekat, berikan makanan yang ringan dan cepat hadam seperti roti atau coklat sahaja dulu
  • Jika makan makanan berat sejurus sebelum waktu kelas, proses penghadaman juga boleh mengganggu fokus dan perhatian

2 Pastikan anak cukup tidur

  • Jika anak ada kelas pada waktu malam, pastikan anak tidur 1-2 jam pada waktu tengah hari
  • Elakkan anak dari tidur terlalu lewat (melebihi 10 malam) pada waktu malam
  • Kejutkan anak bangun tidur paling lewat sekitar 8 pagi, supaya mereka cukup penat untuk tidur pada waktu tengah hari
  • Anak yang mengantuk dan keletihan tidak dapat fokus semasa belajar dan cenderung untuk membuat kesilapan

3 Pastikan anak cukup main

  • Tahu tak bahawa anak perlu bermain bebas 2-3 jam setiap hari?
  • Bermain bebas bermakna mereka yang memilih jenis permainan yang mereka inginkan
  • Bermain bebas membentuk skil kreativiti dan kepimpinan dalam diri anak
  • Bermain bebas ini sebaiknya dalam bentuk fizikal seperti berlari, melompat, berguling dan memanjat, bukan setakat dalam handphone sahaja tau
  • Anak yang dapat bermain secukupnya lebih bersedia untuk duduk belajar tanpa perlu dipaksa

Nah, saya harap tips ini dapat membantu ibu bapa yang struggle nak paksa anak duduk belajar.

Similar Posts

Leave a Reply