Pendaftaran Kelas Membaca Bacalah Anakku Bulan November 2017

Pendaftaran kelas membaca dibuka sekarang. Boleh berusia dari 5 tahun, 6 tahun, 7 tahun, 8 tahun, 9 tahun. Asalkan belum boleh membaca atau membaca merangkak-rangkak tidak lancar, boleh daftar.

Kelas diadakan 3 kali seminggu iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Tempoh setiap kelas cuma 45 minit sahaja. Pendek tetapi padat dengan aktiviti bermain sambil belajar.

Ada dua masa yang dibuka iaitu 8 malam dan 9 malam. Tapi kalian tidak dibenarkan memilih kerana saya yang akan tentukan mengikut kesesuaian anak kalian dalam kumpulan. Tidak sesuailah kalau kita nak bagi anak 5 tahun belajar dengan yang 9 tahun kan.

Untuk anak-anak yang telah bersedia untuk belajar, maknanya sudah boleh faham arahan, sudah boleh pegang pensel, sudah boleh menggunting, dan juga tiada masalah pembelajaran, dianggarkan boleh tamat kelas membaca dalam 48 sesi bersemuka.

Dengan izin Tuhan, mereka pasti boleh membaca apa sahaja bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia. Bila dah boleh baca, kita akan buat majlis meraikan kejayaan mereka. Dapat sijil dapat hadiah. Seronok kan!

Yuran pendaftaran cuma RM50. Dibayar sekali sahaja. Manakala yuran buku, termasuklah buku bacaan, buku latihan dan sebagainya adalah RM90 sahaja. Juga dibayar sekali sahaja.

Yuran bulanan untuk 12 kali kelas dalam sebulan, 45 minit setiap kali, adalah RM135 sahaja. Kalau kalian patuh panduan yang diberi, 4 bulan sahaja sudah cukup, InsyaAllah.

Lokasi kelas adalah di No 12 Jalan Lampam 17 Taman Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang Johor. Tak susah nak cari, guna waze sahaja pasti jumpa.

Buat pendaftaran secara online di

Boleh juga Whatsapps

Azleen 0173329298
Wasap.my/+60173329298/daftarwhiztots

Atau

Aini 0173891909
Wasap.my/+60173891909/daftarwhiztots

#whiztots


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Bengkel PdPc Fonik Literasi BM

    Ishhh, malam-malam ini ada pula yang pm tanya macamana saya tulis RPH bila mengajar fonik. Bagaimana saya kaitkan dengan konstruk Linus. Adeh deh. Inilah antara perkara yang kita kena faham. Faham bagaimana buku Bacalah Anakku di susun. Kemudian fahami kandungan Konstruk Literasi BM. Dapatkan kaitannya. Mudahlah nak tulis RPH nanti. Nak lebih terperinci, saya akan…

  • Jual Beli Emas Di Public Gold

    Memang sejak jadi cikgu 2008 lagi dah terbuka pintu hati untuk menyimpan dalam bentuk emas. Cuma masa tu kurang ilmu, jadi saya menyimpan barang kemas. Kebanyakannya adalah cincin. Setiap bulan saya peruntukkan minimum RM500 dari gaji untuk membeli barang kemas.Dan setiap barang kemas dibeli tidak melebihi RM1000. Kononnya masa itu fahaman saya adalah mudah untuk…

  • Kenapa Nak Pakai Tudung?

    “Kenapa kakak nak pakai tudung?” “Sebab nak tutup aurat.” Padu jawapan tu. Dah agak lama juga dia merengek nak pakai tudung. Mungkin sebab lihat orang sekeliling pakai tudung. Atau mungkin memang Allah SWT gerakkan hatinya lebih awal. Macam-macam syarat mommy letak. Kena pandai uruskan rambut sendiri. Dan dia belajar sikat rambut, ikat rambut. Walaupun sikat…

  • Program Lukis Hafal (Surah Ar-Rahman) Bersama Ustaz Kartun

    Program Lukis Hafal (Surah Ar-Rahman) cuti sekolah hujung tahun ini. Tarikh : RABU 4 Disember 2019 (9.00am – 4.30pm) Tempat : Magicphonics Austin Perdana, Johor Bharu Alhamdulillah program ini sudah masuk tahun ke-3. Mendorong dan melatih anak-anak menghafal surah menggunakan lukisan kartun mengikut setiap ayat. Dan menerangkan dengan lebih mendalam sehingga anak-anak boleh memahami setiap…

  • Hak

    Seorang isteri berhak untuk rasa disayangi, dihormati dan juga dilindungi. Waktu saya luahkan perasaan kepada beliau, saya tidak rasa diri saya dilayan seperti seorang isteri. Saya tidak merasa diri saya disayangi, dihormati dan dilindungi sebab bla bla bla (saya perincikan apa yang beliau lakukan sehingga saya alami perasaan begitu). Saya juga katakan saya faham mungkin…

Leave a Reply