Buat Kerja Rumah Mengikut Usia

Dari ruang santai, Azmina nampak saya makan roti bersapu mentega dan jem strawberi. Terus dia berlari ke meja makan dan memberitahu, “Mommy, Angah lapar lagi. Nak roti.”

Saya suakan roti saya. Azmina menggeleng. “Nak Angah punya.”

Saya buka plastik roti mahu mengambil roti baru untuknya. Azmina pegang tangan saya dan berkata, “Mommy, Angah buat ya.”

Kalau ikutkan dalam hati ini, biarlah mommy sahaja yang buat. Selain daripada cepat, juga tidak berkecah atas meja ini.

Mujurlah ada akal untuk berfikir kebaikan jangka panjang. “OK, pergi ambil pinggan dan pisau.”

Laju Azmina membuka laci mengambil pisau menyapu mentega dan mengambil pinggan di rak.

Memang kebanyakan barang di rumah ini disusun supaya mana-mana untuk anak itu boleh diakses sendiri oleh mereka.

Tapi saya juga teringat rumah kawan saya yang sangat mesra kanak-kanak. Rumahnya dibina seperti separuh daripadanya adalah khusus untuk anak-anak.

Sampaikan tandasnya pun ada dua versi. Versi yang sesuai untuk anak, dengan sinkinya yang lebih rendah, suis lampunya boleh dicapai. Paip air dan shower juga pada paras yang boleh diakses anak kecil.

Anak berusia dua ke tiga tahun pun sudah boleh menggunakan tandas itu sendiri jika dilatih keselamatan di dalam tandas. Memang menarik.

Anak-anak kecil banyak belajar melalui melihat. Melihat apa yang kita lakukan, lalu cuba meniru apa yang kita buat.

Meniru adalah cara belajar yang paling mudah dan semulajadi. Tapi bila masuk ke sekolah, kalau ditangkap meniru semasa peperiksaan berat hukumannya.

Anak-anak suka meniru gaya orang dewasa. Sebab itu antara permainan kegemaran ramai tidak kira lelaki atau perempuan adalah bermain masak-masak. Pengaruh ibu yang kuat dalam mendidik dan membesarkan anak barangkali.

Sebenarnya boleh sahaja kita melatih anak membuat kerja-kerja sendiri mengikut kesesuaian umurnya.

Anak satu tahun sudah boleh dilatih memasukkan baju kotornya ke dalam bakul. Juga membuang lampin kotornya ke dalam tong sampah. Atau memasukkan mainannya ke dalam kotak mainan.

Anak usia dua tahun sudah boleh dilatih mengambil sendiri peralatan makannya. Mengutip makanan yang jatuh ke lantai selepas makan.

Anak usia tiga tahun sudah boleh dilatih membantu menyediakan alatan untuk makan. Menyusun pinggan dan cawan. Mengemas baju-baju yang sudah dilipat ke dalam almari bajunya.

Begitulah untuk peringkat usia seterusnya. Ada kerja-kerja rumah yang sudah boleh dilatih anak untuk buat bersama-sama.

Melatih anak bermakna kita perlu buat bersama-sama dengan anak. Dilatih secara arahan terus. Anak melihat kita membuatnya dan dia meniru.

“Begini kemas mainan. Letak mainan ini ke dalam bakul. Jom buat sama-sama.” Ha, begitulah.

Bukan dengan menyuruh secara verbalnya sahaja.

“Kemas mainan itu. Pergi buat sekarang.” Sedangkan mak sedang memasak di dapur.

Termangu-mangu anak memikirkan bagaimana mahu kemas mainan. Maka dia akan mengemas mengikut versi dia.

Jika itu yang berlaku, usah marah dulu. Fikir apakah silap memberi arahan. Yang selalu berlaku adalah bukan anak tidak faham arahan, kita yang mengarah memberi arahan yang tidak jelas. Lalu anak tafsirkan mengikut pemahamannya.

Begitulah.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Sapu sendiri mentega dan coklat. Mommy bukakan botol sahaja.

Sudah pandai lipat selepas 2, 3, 4, 10 kali atau lebih mommy tunjukkan.

Sedapnya roti yang dibuat sendiri.


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Haid yang pertama

    Sis counting ya sis. Hahaha yalah, sebab sis tak keluar berjalan okay sepanjang tempoh iddah ni. Sis tengok je x sis bawa anak2 gi jenjalan ke sana sini dengan satu perasaan, ohhh boleh rupanya gi bercuti lama2 tanpa bawa laptop kerja. Eh.. Alamak, bila baca balik sis macam jeles ke dendam ke hasad. Taklah, begini….

  • Kelas Membaca di Whiztots

    Hari itu adalah saya ke sebuah sekolah di Pasir Gudang ini untuk membuat promosi jualan buku-buku sempena program lawatan guru negeri lain. Kebetulan, guru besar sekolah tersebut pernah menjadi guru besar saya. Jadi dapatlah saya berikan pamphlet Whiztots kepada beliau. Hari ini beliau menghubungi saya bertanyakan tentang kelas Whiztots. Mahu dicadangkan kepada ibu bapa murid…

  • Phonemic Playgrup Sunday

    Hari ini kali pertama kelas beroperasi di rumah baru Whiztots Cepat Membaca. Dirasmikan oleh kelas Phonemic Playgroup Sunday (PPS). PPS ini dibuka untuk anak-anak berusia 3 tahun 6 bulan ke atas. Anak pelat, pendiam, bercakap bahasa alien, semua boleh sertai. Jika anak belum pandai urus diri sendiri, ibu bapa perlu tunggu anak. Jika sudah pandai,…

  • Pantun Melayu

    Burung kenek-kenek terbang cucur atap, Pesan datuk nenek rajin-rajin baca kitab. Burung kenek-kenek terbang atas pagar, Pesan datuk nenek rajin-rajinlah belajar. Burung kenek-kenek hinggap tepi pandan, Pesan datuk nenek rajin-rajin jaga badan. Burung kenek-kenek hinggap tepi telaga, Pesan datuk nenek budi bahasa budaya. Dua tiga hari ni saya menyanyikan lagu-lagu ini kepada Isyraq sewaktu memandikannya….

  • Resepi Spaghetti With Grilled Chicken Orange

    Belek-belek buku 21 Hari Dapur Eat Clean, nampak 1 hidangan spaghetti adalah 30g kering. Mak aih, sikit bebenornya.. tak puas hati saya pun google.. selepas membuat pencarian saya dapati 100gram spaghetti kering adalah hampir 400kcal. Patut tak kuruih selama ni hahaha… Anyway saya ikutlah saranan 30gram kering tu, dan hasilnya… Wow, memang mengenyangkan.. Bahan-bahannya: Spaghetti…

Leave a Reply