Sayur Kubis Masak Lemak Berkrim

Hari ini cuti sebab JDT menang bola. Entah piala apa saya pun tak pasti.

Tapi Whiztots Cepat Membaca tetap kelas macam biasa. Malam tadi sudah mesej tim, “Walau JDT menang kelas tetap ada. Nanti Jumaat kita cuti ganti. Haha”.

Hari ini juga hari pertama di rumah baru Whiztots. Jalan Lampam 17.

Jika selalu boleh santai-santai sebab kat rumah, hari ini kena siapkan makanan awal untuk bawa ke sana.

Mommy anak tiga kena bersiap sedia. Kalau tidak nanti sedang kelas, “ Mommy, ngah pa.”

Azmina sekarang ni lapar 24 jam. Sedang saat membesar pesat agaknya.

Jadi hari ini, mommy masak nasi perang, ayam bakar dan sayur kubis masak lemak tanpa garam.

Tanpa garam supaya Isyraq boleh makan juga sekali.

Masak lemak kubis ni mudah sahaja. Ini versi mommy masak anak BLW ya.

Bahan-bahan:

  • kubis bulat dipotong ikut saiz yang nak makan

  • bawang putih diketuk dan dicincang halis

  • bawang besar dihiris nipis

  • ikan bilis dibelah dan dicuci bersih

  • lada merah dihiris nipis

Cara memasak boleh tengok kat gambar ya.

Mommy nak bersiap ke rumah baru Whiztots pula.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Similar Posts

  • Pendaftaran Kelas Cepat Membaca

    Pendaftaran kelas membaca dibuka untuk 12 pelajar sahaja. Boleh berusia dari 4 tahun dan ke atas. Asalkan belum boleh membaca atau membaca merangkak-rangkak tidak lancar, boleh daftar. Kelas diadakan 3 kali seminggu iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Tempoh setiap kelas cuma 45 minit sahaja. Pendek tetapi padat dengan aktiviti bermain sambil belajar. Ada…

  • TB MBFC4

    Hai lahh.. pagi2 ni naik pulak gambar masa mbfc tahun lepas.. Petang nanti kita start jalan ok.. kalau cuaca ok bukit lelayang, cuaca tak ok terpaksalah cari threadmill jer.. Bersediakah Isyraq ditinggalkan? 😂 Pagi ni ada bengkel fonik untuk ibu bapa anak2 batch April 2017. Kelas #bacalahanakku #2 dan kelas #phonemicawareness #1. Semoga berjalan lancar….

  • Mudahnya Menulis SOP

    Hari itu sewaktu kami berbual-bual bisnes kelas membaca dengan Cikgu Norani Manaf, beliau ada tekankan supaya kami menyediakan SOP. SOP dapat melincirkan lagi perjalanan bisnes serta mengelakkan salah faham.   Saya baru saja berjinak-jinak belajar bagaimana nak membina SOP. Nampak mudah, 3 huruf sahaja – S-O-P. Tapi nak membinanya, Ya Allah.   Beberapa hari ini,…

  • Murtabak Daging Cheese Kampung Kurnia JB

    Hari itu suami ajak makan murtabak. Sudah lama juga saya tidak menjejaki Murtabak Cheese Majid ini. Kali terakhir pergi adalah ketika Azmina masih bayi. Sudah banyak yang berubah. Kawasan gerai murtabak ini sudah menjadi food court pula. Ada juga goreng-goreng, nasi ayam golek, ABC special. Kali ini kami pesan murtabak cheese daging special. Apa yang…

  • Hak

    Seorang isteri berhak untuk rasa disayangi, dihormati dan juga dilindungi. Waktu saya luahkan perasaan kepada beliau, saya tidak rasa diri saya dilayan seperti seorang isteri. Saya tidak merasa diri saya disayangi, dihormati dan dilindungi sebab bla bla bla (saya perincikan apa yang beliau lakukan sehingga saya alami perasaan begitu). Saya juga katakan saya faham mungkin…

Leave a Reply