Kenapa Nak Pakai Tudung?

“Kenapa kakak nak pakai tudung?”

“Sebab nak tutup aurat.”

Padu jawapan tu. Dah agak lama juga dia merengek nak pakai tudung.

Mungkin sebab lihat orang sekeliling pakai tudung. Atau mungkin memang Allah SWT gerakkan hatinya lebih awal.

Macam-macam syarat mommy letak. Kena pandai uruskan rambut sendiri. Dan dia belajar sikat rambut, ikat rambut.

Walaupun sikat dan ikatnya tidak sempurna, manalah ada yang sempurna dalam dunia ini.

Akhirnya beri juga dia pakai tudung. Bukan main gembira dan bangga dia dapat pakai tudung.

Siap kata, “Maknanya lepas ni show-show lain pun bolehlah kakak pakai tudung?”

Ok.

Entah berapa lama, saya tak letakkan harapan. Saya cuma berdoa apabila dia dah matang kelak, dia akan kekal menutup auratnya, menjaga budi bahasanya dan berbuat baik kepada sekelilingnya.

Sama-sama doakan ya.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Hak

    Seorang isteri berhak untuk rasa disayangi, dihormati dan juga dilindungi. Waktu saya luahkan perasaan kepada beliau, saya tidak rasa diri saya dilayan seperti seorang isteri. Saya tidak merasa diri saya disayangi, dihormati dan dilindungi sebab bla bla bla (saya perincikan apa yang beliau lakukan sehingga saya alami perasaan begitu). Saya juga katakan saya faham mungkin…

  • Reading Challenge Whiztots

    Melentur Buluh, Biarlah dari Rebungnya! Whiztots akan menganjurkan Reading Challenge 2019 khas untuk anak-anak & alumni Whiztots bersempena Majlis Anugerah Tamat Baca Whiztots. Reading Challenge ini bertujuan untuk mengasah bakat kecil & meningkatkan kemahiran membaca dan bercerita dikalangan anak-anak Whiztots. INFO READING CHALLENGE Tarikh: 20 Mei sehingga 26 Mei 2019 Pendaftaran: Teks Bacaan: Disediakan Kategori…

  • Petua Hilangkan Batuk Berpanjangan

    Baru -baru ni terkena serangan batuk yang berterusan. Sakit betul dada dan juga tekak. Seorang teman forwardkan video petua batuk kepada saya. Dalam video tersebut, menggunakan air kelapa muda, diperahkan lemon dan juga secubit garam. Alhamdulillah, serasi pula dengan saya. Belum baik sepenuhnya, tapi dah ada improvement. Bolehlah bercakap tanpa henti semula. Hahaha. Cubalah… Discover…

  • Resepi Ikan Panggang Limau

    Resepi asal guna salmon dan lemon, tapi saya guna apa yang ada 😄 Dua tiga minggu ni salmon mahal, takde offer.  Paling murah RM29.99 sedangkan tahun lepas kalau time offer sampai RM24.99 sahaja. Bahan-bahannya: Ikan Limau Black pepper coarse Brokoli atau sayur pilihan lain Cara penyediaannya: Perah limau ke ikan. Letak serbuk lada hitam (dan…

  • Bersyukur Sentiasa

    Pagi ini saya bangun kerana tidak selesa dihimpit dari kiri dan kanan. Kaki Azmina terselit dibawah pinggang saya. Bukan kali pertama, memang hampir setiap hari begitulah. Tidak kira samada Afiah atau Azmina, jika tidur di sebelah saya pasti menghimpit walaupun ruang di sebelah sana masih lagi luas. Agaknya memang begitu anak yang co-sleeping dengan ibu…

  • Tak Rasa Dihormati

    Yalah, kalau semasa menjadi isteri pun kita tidak dihormati, apatah lagi bila dah bercerai. Memang jangan harap lah kan. Saya mesej untuk bertanya jika saya boleh mengambil anak selama seminggu semasa cuti sekolah raya cina. Saya mesej pada hari Ahad yang lepas. Sehingga hari rabu malam, Isyraq vc saya. “Mummy, kakak kata mummy ambil esok.”…

Leave a Reply