Titik Hijau Karipap

Minggu ini asyik makan karipap sahaja. Sebabnya ada banyak stok karipap. Hahaha.

Ada yang saya beli dan ada yang kawan-kawan beri. Terima kasih pada yang beri, sedap-sedap belaka.

Kadang-kadang pada karipap ada tanda titik pelbagai warna. Karipap kali ini warnanya hijau. Karipap kentang daging. Sedap walaupun rupanya tak begitu cantik.

Afiah tanya, “Mommy, kenapa ada titik hijau dekat karipap ini?”

Saya jawab, “Haah ya. Kenapa ya ada titik hijau? Saja kot mak cik yang buat karipap itu nak tanda-tanda karipap dia. Supaya nampak cantik.”

“Hmmm, karipap ini inti apa?”, tanya Afiah lagi.

“Kentang daging.”

Beberapa minit berlalu tanpa suara. Tiba-tiba,

“Kakak tahu kenapa ada titik hijau. Orang yang buat karipap ini nak tanda yang titik hijau ini inti kentang daging. Kan mommy?”

Dan saya pun berikan pujian kepada Afiah kerana berjaya memikirkan kenapa ada titik hijau pada karipap.

Memang tugas ibu bapa adalah mendidik anak-anak. Memberi tunjuk ajar. Memberi panduan.

Tetapi adakalanya juga ibu bapa perlu memberi masa dan ruang untuk anak-anak mendidik diri mereka sendiri. Berfikir dan belajar sendiri.

Macam-macam perkara menarik boleh berlaku apabila ibu bapa berhenti sejenak dan menarik nafas.

Sambil dada berdebar. Hahaha.

KE ARAH GENERASI KBAT!

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Similar Posts

  • Pak Hasan Dan Babi

    Seronok kami menyanyi lagu Pak Hasan ada ladang dalam kereta menuju ke majlis perkahwinan. Mula-mula tukar kepada “na ni nu ne no” sebab nak buat bunyi kuda. “Neh neh”. Kemudian Afiah kata Pak Hasan ada pig. Mommy pun dengan yakinnya menyanyi. Pak Hasan ada ladang a i u e o Di ladangnya ada babi a…

  • Hak

    Seorang isteri berhak untuk rasa disayangi, dihormati dan juga dilindungi. Waktu saya luahkan perasaan kepada beliau, saya tidak rasa diri saya dilayan seperti seorang isteri. Saya tidak merasa diri saya disayangi, dihormati dan dilindungi sebab bla bla bla (saya perincikan apa yang beliau lakukan sehingga saya alami perasaan begitu). Saya juga katakan saya faham mungkin…

  • Rumah Mesra Kanak-kanak

    Isyraq, cari apa? Begitulah lebih kurang dialognya bila nampak anak lelaki yang seorang ini sudah mula membuat siasatan ke dalam pantri mommy. Siap berdiri masuk ke dalam almari pantri ini. Dibelek satu persatu barang yang boleh dicapainya. Habis atas bawah kiri kanan. Ambil, belek dan letak. Ambil, belek dan letak. Ketara sangat sifat ingin tahunya…

  • Talent Diperlukan (TUTOR)

    TUTOR (SEPENUH MASA)KELAS MEMBACA ONLINE WHIZTOTSPASIR GUDANG, JOHORBOLEH BEKERJA DARI MANA-MANA LOKASI DI MALAYSIA (REMOTE)BASIC RM1,200 + ELAUN KPI RM300 SEBULAN . . Kami mencari individu komited dan bertanggungjawab yang mampu membantu menguruskan perkembangan pelajar. . TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: Merancang pelaksanaan kelas mengikut program dan panduan rancangan mengajar yang diberikan. Menyediakan bahan bantu mengajar yang…

  • Hari ke-empat

    Semalam dalam kesibukan melayan anak-anak tak sempat dan terlupa nak menulis catatan harian. Hari ni kita cuba lagi. Bangun pagi tetapi masih lagi tidur semula selepas vc b. Entahlah bila nak timbul kekuatan itu. Kena paksa diri ini sebenarnya kan. Makan huru hara sikit hari ni. Atas permintaan Afiah, saya masak ayam kurma. Tiba-tiba pula…

Leave a Reply