Ikan Masak Singgang

Anak-anak ini kadang-kadang nak suruh makan susah. Ada ketikanya makan dengan banyak, ada ketikanya tidak mahu makan langsung.

Ada beberapa menu yang memang saya tahu kegemaran mereka, tapi tidak bolehlah asyik nak masak menu yang sama setiap hari.

Saya tetap masak berlainan lauk setiap hari, walaupun kadang-kadang tahu itu lauk yang mereka tidak berapa gemar.

Kena bagi mereka peluang untuk merasa. Mungkin hari ini tidak suka. Tetapi selepas beberapa kali dicuba akhirnya mungkin suka.

Tapi hari ini memang saya masak kegemaran mereka. Ikan masak singgang sahaja pun. Hahaha.

Bahan-bahan yang digunakan adalah:

  • Ikan yang tak ingat nama apa, saya beli dari Remy Sktpp . Senang, siap siang siap cuci. Siap delivery ke rumah. Hahaha.

  • Bawang merah

  • Bawang putih

  • Cili merah dan cili api

  • Air asam jawa

  • Belacan atau garam

  • Bendi

Ada orang guna asam keping dan juga kunyit. Terpulang. Saya guna apa yang ada di rumah.

Cara memasak boleh tengok kat gambar.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Pasang plastik pada mangkuk. Senang nak kopek bawang. Terus buang kulitnya dalam plastik.

Asah pisau dahulu. Pisau yang tajam memudahkan membuat kerja-kerja memasak.

Masukkan ikan dalam periuk. Ada kepala dan ekor sahaja hari ini.

Mayang bawang putih, bawang merah dan cili begini.

Saya masukkan bendi juga. Ini kes mommy yang malas masak 2-3 lauk. 1 lauk terus siap dengan sayur.

Campurkan asam jawa dan belacan. Tuang air. Ramas-ramas kasik sebati.

Sambil masak biarkan Isyraq bermain di kaki mommy. Sambil itu boleh tolong lapkan lantai.

Masukkan semua bahan tadi dalam periuk bersama ikan.

Tuangkan air asam jawa ke dalam periuk begini.

Bolehlah direnih selama 10 minit.

Beginilah rupa kejadian selepas siap dimasak. Jika suka bolehlah diperasakan dengan garam dan gula. Saya sudah memadai dengan asam jawa dan belacan. Bertambah-tambah makannya. Menghirup-hirup kuahnya. Boleh lawan dengan ikan masin, ikan pekasam atau sambal belacan.


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Sampai 12 Tahun Kena Minum Susu?

    Sedang berjalan-jalan di hypermarket, Afiah panggil, “Mommy, tengok sini.” Ada promosi susu formula. Bukan susu yang Afiah mahu saya tengok. Dia mahu saya lihat hiasan booth itu. Ada astronauts yang boleh masukkan kepala kita tu dan ambil gambar. Datang si adik manis promoter menegur, “Nak stiker?” Afiah dan Azmina senyum-senyum memandang saya. Saya kata, “OK.”…

  • Roti Bom Keramat AU5

    Apabila datang ke Kuala Lumpur ini pasti teringat-ingat nak bersarapan roti bom di Medan Selera AU5 Taman Permata. Roti bomnya lembut, gebu gebas. Sama sahaja rasanya sejak bertahun-tahun dahulu. Kadang-kadang sahaja bila ke sini dapat makan roti ini. Seringkalinya bila sampai roti sudah habis. Kerana sampaipun lewat pagi. Haha. Memandangkan sepanjang berkursus Certified Trainer ini…

  • Refleksi Diri Minggu 1 – 7 Oktober 2017

    Hi, saya Azleen, berusia 38 tahun dan sekarang menetap di Pasir Gudang. Saya sedang berusaha memajukan diri dalam beberapa aspek, jadi saya mengambil keputusan untuk membuat siri video refleksi diri ini supaya saya dapat melihat kembali sejauh mana pencapaian saya. Saya akan berusaha merekod dan mengupload video refleksi ini setiap hari Sabtu. Untuk minggu ini,…

  • Hak

    Seorang isteri berhak untuk rasa disayangi, dihormati dan juga dilindungi. Waktu saya luahkan perasaan kepada beliau, saya tidak rasa diri saya dilayan seperti seorang isteri. Saya tidak merasa diri saya disayangi, dihormati dan dilindungi sebab bla bla bla (saya perincikan apa yang beliau lakukan sehingga saya alami perasaan begitu). Saya juga katakan saya faham mungkin…

Leave a Reply