Bukan Salah Labu

Pagi ini Isyraq tidak mahu makan. Dia tengok sahaja makanan depan mata. Dikuis-kuis dengan jari kemudian pandang mommy.

Mommy angkat Isyraq dan susukan. Isyraq tertidur. Setengah jam kemudian Isyraq bangun dan muntah.

Sampai petang Isyraq tak mahu makan. Susu muntah, susu muntah.

Perut tidak keras, Isyraq tidak menangis. Ketawa bila diagah tetapi tidur sahaja bila dipeluk.

Mommy bawa ke Klinik Doktor Abdullah. Mommy pun cerita pada doktor, “Semalam beri Isyraq makan labu manis. Hari ini tidak buang air besar dan asyik muntah sahaja.”

Doktor Abdullah ketuk-ketuk perut Isyraq kemudian dengar dengan stetoskop. Doktor senyum pandang mommy sambil berkata, “Kenapa labu?”

Mommy diam. Doktor sambung bercakap, “Anak dah mengutip kan? Bukan salah labu. Kasihan labu menjadi mangsa dipersalahkan.”

Lepas doktor beri ubat muntah dan angin, Isyraq muntah sekali lagi. Kemudian terus mengamuk minta makanan. Sekarang Isyraq tidur di pangkuan mommy sambil menyusu.

Bukan salah labu.

Nah, resepi Pengat Labu Manis yang makan tidak cukup-cukup oleh Kakak dan Angah. Isyraq makan yang rebus kosong sahaja.

Bahan-bahannya:

  • Labu manis

  • Biji sagu

  • Santan

  • Daun pandan

  • Gula melaka

Cara memasak ada di gambar ya.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Potong labu dalam bentuk dadu begini.

Rebus labu dahulu.

Ini gula melaka namanya. Suami saya ajar pilih yang lembut. Kalau keras maknanya ada banyak gula.

Potong gula melaka halus-halus begini.

Ini sagu biji. Ada warna pink juga di kedai jika mahu. Saya punya sudah habis buat sago melaka.

Rebus dahulu labu ini sehingga lembut.

Saya asingkan semasa merebus labu dan sagu kerana mahu asingkan sedikit labu untuk Isyraq.

Masukkan sagu ke dalam air rebusan labu. Rebus sehingga warnanya jernih.

Sementara menunggu sagu masak, Isyraq boleh makan dahulu.

Inilah rupa sagu yang telah jernih warnanya.

Masukkan semula labu.

Letakkan gula melaka dan daun pandan.

Saya suka gunakan santan Kara ini. Rasanya lebih sedap lemak berkrim.

Masukkan santan secukup rasa. Jika takut lemak boleh gantikan santan dengan susu segar atau susu cair.

Beginilah rupa pengat labu yang sudah dimasak dalam periuk.

Tuang dalam mangkuk. Ramai yang menghimpit nanti.

Angah suka pengat labu mommy.


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Pantun Melayu

    Burung kenek-kenek terbang cucur atap, Pesan datuk nenek rajin-rajin baca kitab. Burung kenek-kenek terbang atas pagar, Pesan datuk nenek rajin-rajinlah belajar. Burung kenek-kenek hinggap tepi pandan, Pesan datuk nenek rajin-rajin jaga badan. Burung kenek-kenek hinggap tepi telaga, Pesan datuk nenek budi bahasa budaya. Dua tiga hari ni saya menyanyikan lagu-lagu ini kepada Isyraq sewaktu memandikannya….

  • Berlatih Ragam Zapin

    Hari itu bila Afiah nampak Cikgu Masturah A. Latib buat live video Safiyyah berlatih zapin, dia tidak puas hati kenapa mommy tidak pernah upload video dia menari. Mommy kata ada, tapi kata dia itu ramai-ramai. Dia nak video dia seorang sahaja. Macam-macamlah hai anak. Ini mommy upload video Afiah berlatih ragam dalam zapin. Asalnya mommy…

  • Bayi Muntah Bila Menyusu?

    Isyraq selalu muntah.. Tapi takdelah saya risau sangat – sebab dia kentut, perutnya tidak keras, kelakuan normal, dan muntahnya hanya semasa atau selepas menyusu. Selain tu ianya juga tidak projectile. Lebih kepada macam meleleh gitu. Ketiga-tiga anak macam ni juga. Yang tak bestnya adalah mommy bau masam susu jer. Abis tudung dan baju bercorak muntah…

  • Kursus Asas Bacalah Anakku Di Kajang

    Alhamdulillah, selesai Kursus Asas Bacalah Anakku di Kajang. Kursus dihadiri seramai 32 peserta. Ada yang datang dari Klang. Kebanyakan peserta adalah guru tadika dan taska yang berhasrat menggunakan Bacalah Anakku untuk mengajar membaca. Ada yang dah mula guna tetapi tidak pasti samada cara yang digunakan betul ataupun tidak. Ada yang baru berkira-kira nak menggunakannya. Lebih…

  • Bodoh dan Kurang Ajar

    Hari tu sedang syok-syok saya mengepam di meja makan, sayup-sayup saya dengar suara Afiah yang bermain di luar rumah. “Tengok sini Afiah buat, bodoh.” Saya diam sebentar nak pastikan benarkah apa yang saya dengar. “Tengoklah sini, bodoh, Afiah buat.” Terus saya panggil Afiah masuk. Dengar ceria Afiah berlari masuk kerana mungkin ingat mommy nak beri…

Leave a Reply