Labour Law

Hari ini saya terima panggilan dari pejabat buruh. Gara-gara saya menahan gaji bekas pekerja.

Gajinya saya tahan kerana terdapat ketidakjelasan dalam rekod jualan dan juga kemungkinan pemalsuan rekod jualan.

Saya telahpun meminta beliau bercuti lebih awal dari tamat notis berhenti yang diberikannya.

Dan semasa tempoh bercuti tersebut saya menerima komplen dari pelanggan yang membawa kepada penemuan perkara tersebut.

Saya telahpun memanggil beliau hadir untuk menyelesaikan isu ini, tetapi beliau enggan dan dengan angkuhnya menyuruh saya selesaikan sendiri.

Malang sekali kesilapan saya adalah saya tidak menjangkakan berlakunya kesilapan dalam rekod jualan dan akaun pelanggan. Dan saya telah mengeluarkan surat setuju terima notis berhenti kerja tanpa menyebut kemungkinan-kemungkinan yang barangkali berlaku.

Apapun, saya nak move on dan belajar dari kesilapan ini.

  1. Wujudkan SOP untuk menyemak dan memastikan pekerja melaksanakan tugasnya seperti yang sepatutnya

  2. Jangan ambil pekerja yang angkuh. Haha.

Move forward. Next.


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Titik Hijau Karipap

    Minggu ini asyik makan karipap sahaja. Sebabnya ada banyak stok karipap. Hahaha. Ada yang saya beli dan ada yang kawan-kawan beri. Terima kasih pada yang beri, sedap-sedap belaka. Kadang-kadang pada karipap ada tanda titik pelbagai warna. Karipap kali ini warnanya hijau. Karipap kentang daging. Sedap walaupun rupanya tak begitu cantik. Afiah tanya, “Mommy, kenapa ada…

  • Kem Literasi Ekspress

    Sepanjang minggu ini Whiztots jalankan Kem Literasi Ekspress. Ianya bertujuan memberikan anak-anak pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Kem ini berlangsung dari 25 hingga 29 Mac 2019. Masih ada dua hari lagi dan masih boleh daftar ya. WhatsApp Cik Liya di link berikut: wasap.my/+60162949298/literasiekspress Discover more from Cikgu Azleen Subscribe to get the latest posts…

  • Carta Ramadanku Galak Anak Beramal

    Hari ini baru berkesempatan menampal carta Ramadan Ku untuk Afiah. Carta ini dikongsikan oleh Junior Aulad secara percuma. Carta ini bertujuan memberi ganjaran untuk anak melaksanakan ibadah sepanjang Ramadan. Asalnya ia diberi markah 10 bagi setiap ibadah dilakukan. Tapi saya gunakan smiley yang dibeli di Mr DIY. 1000 stiker smiley baru RM3.90 sahaja. Antara amalan…

  • Ikan Masak Singgang

    Anak-anak ini kadang-kadang nak suruh makan susah. Ada ketikanya makan dengan banyak, ada ketikanya tidak mahu makan langsung. Ada beberapa menu yang memang saya tahu kegemaran mereka, tapi tidak bolehlah asyik nak masak menu yang sama setiap hari. Saya tetap masak berlainan lauk setiap hari, walaupun kadang-kadang tahu itu lauk yang mereka tidak berapa gemar….

Leave a Reply