Habit Baru

Kali ini saya cuba perlahan-lahan mengubah semula gaya kehidupan saya. Saya mulakan dengan memasukkan habit-habit baru ke dalam kehidupan saya.

Satu habit diamalkan selama 2 minggu.

Habit pertama pilihan saya adalah minum air sebanyak 2 gelas 20 minit sebelum makan.

Setakat enam hari ini, habit ini berjaya diamalkan untuk sarapan.

Untuk waktu tengah hari sudah agak sukar kerana selalunya saya berebut-rebut dalam pada nak menyiapkan anak-anak, nak keluar ke kelas, menyiapkan diri sendiri dan macam-macam lagi.

Untuk waktu makan malam pula memang lagi kerap ke laut sebab saya selalunya bergantung kepada suami untuk membawa makan malam. Jadinya suami pula kerap sampai lewat dan saya terkejar-kejar untuk masuk ke kelas.

Jadi, pada minggu akan datang ini saya merancang untuk menyediakan makanan lebih awal pada hari cuti, dan pada hari bekerja saya akan memanaskan makanan sahaja atau menyediakan makanan mudah sahaja.

Hari ini cuti tetapi tidak sempat pula hendak menyediakan makanan.

Oh ya, saya rasa sebelum menyediakan makanan, saya perlu bermula dengan menu barangkali.

Jadi, esok saya akan sediakan menu untuk seminggu.

Sekian sahaja untuk hari ini.


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • TB MBFC4

    Hai lahh.. pagi2 ni naik pulak gambar masa mbfc tahun lepas.. Petang nanti kita start jalan ok.. kalau cuaca ok bukit lelayang, cuaca tak ok terpaksalah cari threadmill jer.. Bersediakah Isyraq ditinggalkan? 😂 Pagi ni ada bengkel fonik untuk ibu bapa anak2 batch April 2017. Kelas #bacalahanakku #2 dan kelas #phonemicawareness #1. Semoga berjalan lancar….

  • Menu bersahur kali kedua

    Menu bersahur hari ini agak pelik. Saya tak pernah makan begini. Tapi sebab inilah menu yang disusunkan, kita ikut sahaja. 6 keping biskut cracker dengan susu segar. Saya tambahkan pisang dan strawberi. Sedap juga rupanya. Makan bersama 2 biji telur scrambled dengan sedikit minyak. Ditaburkan lada hitam aji-shio. Huhu. Tidak lupa sebiji epal hijau yang…

  • The Power Of Less

    Saya ingin hidup lebih sihat. Jadi, sekarang ini saya sertai cabaran stailoo. Habit pertama yang saya cuba cipta adalah minum air 2 gelas 20 minit sebelum makan. Hari ini adalah hari ketiga saya melaksanakan habit ini. Setakat semalam, saya berjaya 50-50. Pada waktu pagi dan makan tengah hari berjaya buat. Tetapi waktu makan malam, terlupa…

  • Afiah Yang Montel

    Kalau Afiah lihat saya post gambar ni sebentar nanti, dia akan marah.. Sebab dia sangat montel dalam gambar ini.. Hahaha.. dia tak kasik saya post apa-apa yang menampakkan dia gemuk.. Eh, budak kecik gemuk montel dan chubby apa.. Tapi saya rasa 20 tahun lagi, dia akan gembira melihat gambar ini.. Ini Afiah bersama neneknya (ibu…

Leave a Reply