Bengkel Santai Fonik SK Taman Rinting 1

Hari ini berkongsi fonik di SK Taman Rinting 1.

Dalam ucapannya, Tuan Guru Besar, Encik Norazrin berkata yang beliau terkejut apabila melihat buku yang saya susun di atas meja.

Sangka saya beliau terkejut kerana saya bawa banyak bahan untuk mengajar.

Rupanya, beliau berkongsi bahawa 20 tahun yang lepas beliau telah menggunakan buku Bacalah Anakku untuk mengajar anak nombor 1, 2 dan 3 nya belajar membaca. Dan ianya berjaya.

Jadi beliau suka dengan buku Bacalah Anakku. Yeahhh!

Buku Bacalah Anakku telah diterbitkan pada tahun 1996. Ini bermakna ia telah berada dalam pasaran selama 22 tahun.

Cukup lama untuk dikenali oleh ramai orang.

Dan sepanjang tempoh itu juga, kaedah mengajarnya telah berevolusi agar selari dengan kajian sains dan neurologi.

Menjadikan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku sebagai kaedah terbaik untuk mengajar anak membaca.

Memandangkan kaedah ini disokong oleh sains neurologi dan dibuktikan selari dengan bagaimana otak berfungsi, mengapa kita tidak mahu menerima dan mempraktiskannya?

Usah bertangguh lagi. Tunaikan hak kanak-kanak mendapat literasi dengan cepat, mudah dan seronok.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Notis Letak Jawatan

    Selepas mencuba selama lebih sebulan, dapat juga jumpa GB semalam. Mencuba tu bukan apa, ada masanya ke sekolah, GB urusan luar, ada masanya saya sendiri yang kecut perut nak meluahkan. 🤢 Lepas dapat meluahkan ayat, “Ustaz, saya nak letak jawatan.” Rasa ringan kepala 😄 InsyaAllah, semoga perjalanan saya homeschooling anakanda bertiga ini dipermudahkan, bulan Mei…

  • EQ vs IQ

    Akhirnya selesai UPSR. Ececeh. Apa kena mengena UPSR dengan saya? Haha. Dapatlah baca keluhan kawan-kawan yang ada kena mengena dengan UPSR. Antara khabarnya adalah soalan Sains sangat senang. Soalan Matematik pula katanya sangat susah. Lepas selesai peperiksaan Matematik hari itu, adalah dapat mesej yang kononnya ada pelajar yang lari keluar dewan dan membuat cubaan untuk…

  • Buang Junk Food

    Aduh duh duh. Bagaimana ini? Dalam Cabaran Stailoo, langkah yang dia suruh buat sekarang ini adalah buang junk food seperti ais krim, megi, nugget, biskut. Haduilah. Nak buat atau tak nak buat? Half-half maybe? Kita berhenti beli semua ini. Tetapi saya memang kena cakap betul-betul dengan suami dan anak-anak. Kemudian dia juga suruh beli makanan…

Leave a Reply