Mendidik Anak 0-6 Tahun Cara Span

Hari tu, sedang saya syok-syok duduk sahaja, Afiah tanya,

“Mommy, 2 tambah 2 tambah 2 tambah 2 jadi 8 kan?”

“Ya, betul. Jadi 8. Pandai kakak kira.”

Diam sesaat.

“Erm, 2 kalau 4 kali jadi 8.” Afiah membebel sendirian tetapi saya boleh dengar.

“Ya kakak, 4 kali 2 sama dengan 8.”

“4 kali 2 sama dengan 8?”

“Ya, 4 kali 2 sama dengan 8.”

Afiah diam. Saya pun diam.

Menunggu informasi tersebut meresap ke dalam akalnya. Barangkali jika saya ada fMRI tentu seronok melihat bagaimana sel-sel otaknya sedang berhubung dan membina hubungan-hubungan baru.

“4 kali 2 sama dengan 8. 5 kali 2 sama dengan 10?”

“Ya, 5 kali 2 sama dengan 10. Kalau 6 kali 2?”

“6 kali 2 sama dengan 12. 7 kali 2 sama dengan 14.”

Dan yang seterusnya kalian sudah boleh agak.

Ya, mengajar anak sendiri akan jadi susah jika kalian membayangkan diri kalian menjadi guru dalam kelas.

Mahu suruh anak duduk di kerusi selama satu jam untuk melihat mommy membuat demo di hadapan.

Mengajar anak di rumah tidak perlu buat demikian. Mengajar anak hanya perlukan sedikit kesabaran untuk menunggu sel-sel otaknya berhubung.

Sebelum sel-sel otak itu boleh berhubung, pastikan informasi-informasi telah diberikan secukupnya.

Umur 0 hingga 6 tahun adalah waktu di mana otaknya menyerap sahaja segala apa yang berlaku di sekelilingnya.

Otaknya macam span. Serap dan serap. Lebih hebat dari span Scotch and Brite kerana otaknya menyerap tanpa batasan.

Kerana itu, dalam usia 0 hingga 6 tahun:

  1. Dedahkan anak dengan sebanyak mungkin perkara. Bawa anak berjalan dan mengembara.

Tidak perlu ke tempat yang mahal-mahal macam Legoland atau KidZania. Tempat seperti Zoo Johor yang bayarannya cuma RM5 itu sahaja pun akan memberi banyak input buat otak anak.

Tapi haruslah kalian pergi dengan bercerita dan memberi fokus padanya.

  1. Berhati-hati dengan apa yang kalian ucapkan pada anak. Ucap yang baik-baik sahaja. Dengan nada yang lembut-lembut sahaja. Muka yang manis-manis ibarat kuih seri muka baru dikukus.

Tapi kita ibu, ada masanya tidak dapat menahan perasaan. Jika ada kalanya terlepas kata sesuatu yang tidak baik, minta maaf dan peluklah dia.

Katakan, “Maafkan mommy, tadi mommy gagal menahan perasaan. Maafkan mommy kerana tengking kakak.”

Kerana apa yang kita lakukan dan ucapkan akan tertanam juga dalam mindanya sehingga dewasa. Jika dibiar lama akan terpendam. Sukar dipadam.

Mudahkan mendidik anak di rumah. InsyaAllah.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Sedikit kupasan ilmu dari #froebelss2017

Similar Posts

  • Bodoh dan Kurang Ajar

    Hari tu sedang syok-syok saya mengepam di meja makan, sayup-sayup saya dengar suara Afiah yang bermain di luar rumah. “Tengok sini Afiah buat, bodoh.” Saya diam sebentar nak pastikan benarkah apa yang saya dengar. “Tengoklah sini, bodoh, Afiah buat.” Terus saya panggil Afiah masuk. Dengar ceria Afiah berlari masuk kerana mungkin ingat mommy nak beri…

  • 5 Kesan Negatif Akademik Jika Anak Tidak Boleh Membaca

    Pernah tak terfikir, apa yang akan terjadi kalau anak kita tak boleh membaca dengan baik? Kalau dulu kita anggap membaca sekadar aktiviti biasa, hakikatnya ia adalah asas kepada semua subjek di sekolah! Jom kita tengok 5 kesan negatif yang boleh berlaku kalau anak kita tak mahir membaca. 1. Semua Subjek Jadi Sukar Bayangkan nak buat…

  • Whiztots Open & Tutorial Day

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kami dari Team Whiztots ingin memaklumkan bahawa kami akan mengadakan Hari Terbuka & Kelas Tutorial Fonik Whiztots yang kami namakan WOTD (Whiztots Open & Tutorial Day) . Kelas ini dibuat khas untuk ibu bapa yang ingin mengetahui cara terbaik membantu anak belajar membaca di rumah dengan cepat, mudah dan berkesan.Kelas akan berjalan iaitu…

  • Ajal Dan Maut Itu Pasti

    Dalam gembira ada juga duka. Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah pasti. Tidak dipercepatkan dan tidak dilambatkan walaupun sesaat. Semalam kami berada di KL/ Selangor meraikan majlis perkahwinan anak Pak Ude kami. Usai meraikan pengantin, kami melawat pula pakcik yang uzur di Selayang. Sampai di Johor pukul 4 pagi. Dan 8 pagi menerima berita kematian…

  • Hari kedua

    1st, walaupun pagi tadi bangun pukul 7, lepas vc b, sekali lagi aku tidur. Tapi sejam je hari ni. Selepas beberapa kali snooze alarm akhirnya bangun 9.30. Sebab ada appointment pukul 10. Aku kena buat lebih banyak appointment waktu pagi nampaknya untuk memaksa diri bangun. 2nd, breakfast makan nugget, kentang dan telur. Kemudian lunch makan…

Leave a Reply