Review Kedai Makan TNB

Dah beberapa minggu ini kami demam, batuk dan selesema bergilir-gilir. Mulanya abah dengan azmina. Kemudian mommy dan Isyraq. Akhir sekali baru Afiah. Lepas itu berulang semula.

Oleh sebab beberapa hari akan datang ini kami nak travel ke KL, mengalah juga saya ajak semua sekali ke klinik.

Semua orang dapat ubat masing-masing. Termasuklah Azmina yang sebenarnya dah sihat tapi nak juga ubat. Huhu. Tak pasal kena bayar doktor. Sabar sahaja.

Elok lepas keluar klinik dah waktu makan tengah hari. Nak makan apa? Saya kata nak makan nasi. Afiah pula kata nak makan tempat yang sejuk, ada ekon.

Alamak, kat mana pula nak cari tempat makan yang ada ekon?

Suami cadangkan makan di TNB. Dalam kawasan perumahan TNB ada dewan badminton. Di situ ada tempat makan.

Dewan ini tidak berekon tetapi kerana ia terletak di kawasan yang agak tinggi, angin bertiup agak kuat. Jadi memang rasa sejuk dan selesa walaupun cuaca diluar panas membahang.

Makanan dimasak panas-panas. Hari itu ada ikan merah dan ikan jenahak sahaja. Kami pilih ikan merah masak asam pedas dan ikan jenahak goreng untuk anak-anak.

Sayur kangkung goreng biasa jadi pilihan sayur. Kami juga pesan sotong goreng tepung dan akhir sekali suami tambah ikan bilis goreng kicap.

Nasi putih tiga, air teh o ais longan untuk saya berkongsi dengan azmina, milo ais untuk afiah, teh o longan untuk suami dan ais kosong untuk Isyraq.

Semua sekali makan satu keluarga adalah dalam RM65. Puas hati makan. Sedap dan kenyang. Alhamdulillah.

Boleh ulang lagi ke sini di hari lain. Jom tengok gambar.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Mommy selfie dengan Angah

Anak abah katanya

Ikan merah masak asam pedas. Pedas biasa-biasa. Sesedap rasa dimakan. Pekat kuahnya. Harga mengikut pasaran.

Ikan bilis goreng kicap. Resepi orang kampung zaman dulu-dulu. Harganya RM4 sepinggan.

Ini pula ikan jenahak goreng dihidang bersama cili dan bawang berkicap. Harga mengikut pasaran.

Sayur kangkung goreng biasa. Harganya RM4.50 sahaja.

Dua kali kami order sotong goreng tepung ini. Sedap. Rangup tepungnya. Angah meratah tepung sahaja. Harganya RM6.50 sepiring.

Itu menu yang ada. Boleh zoom in untuk lihat dengan teliti.


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Hak

    Seorang isteri berhak untuk rasa disayangi, dihormati dan juga dilindungi. Waktu saya luahkan perasaan kepada beliau, saya tidak rasa diri saya dilayan seperti seorang isteri. Saya tidak merasa diri saya disayangi, dihormati dan dilindungi sebab bla bla bla (saya perincikan apa yang beliau lakukan sehingga saya alami perasaan begitu). Saya juga katakan saya faham mungkin…

  • Asyik Cerita Anak Dia Je!

    Aku dah tak sanggup nak marah! Salah sorang pelanggan tetap kami namanya Noni. Dulu dia selalu kena perli dengan kawan-kawan. Nak dijadikan cerita, Noni ni jenis kepala angin. Apa-apa yang orang cakap atau cadangkan, mesti dia tak setuju. Bagi Noni, hanya pendapat dia saja yang betul. Kawan-kawan dia pun dah naik muak nak bagi nasihat….

  • Afiah Simpan Wang

    Hari ini hari pemberian wang saku untuk Afiah. Menjadi rutin untuk Afiah menuliskannya di dalam buku pengurusan kewangan peribadinya. Huhu. Mula-mula kami kirakan wang yang ada dalam beg dompetnya. Kemudian kami tuliskan. Hari ini Afiah tulis sendiri berpandukan cara mommy tulis sebelum ini. Minggu ini, Afiah ada terima wang sebanyak RM50 pemberian Tok Wan. Jadi…

  • BERTENANG

    Sejak dua tiga hari ni saya mula menulis di blog ini, fikiran rasa lebih tenang, hati tidak lagi begitu kusut. Ya, memang dari dulu lagi, dari zaman 20an saya suka menulis di blog. Kalau sekarang ni trendingnya menulis di FB, tapi di FB saya tak boleh menulis kisah peribadi. Ghisau. Hahahha. Kalau kat blog ni…

  • Mencari Pengasuh

    “Esok, semua orang kena bangun pagi. Mommy nak bawa nenek pergi hospital.” “Dan?”, tanya Afiah. “Dan apa?” “Dan kami semua kena pergi mana?” “Semua kena ikut mommy.” “Hari tu mommy kata kami semua pergi rumah Aunty Y.” Aunty Y adalah pengasuh yang baru saya ambil bekerja pada bulan lepas. Baik orangnya. Pengasih dan penyayang. Menjaga…

  • Kelas Online Intensif Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku Batch #1

    Kenapa kau buat aku macam ni? Dua bulan lepas, Mariam datang rumah kawannya. Tapi dia tak sangka kawannya sanggup buat macam tu. Memang dia terkedu bila dapat tau. Mariam ada bagitau yang dia betul-betul rasa kecewa. Mariam kecewa sebab selama ni kawannya simpan rahsia. Tak sangka betul sampai macam tu sekali perangai kawan Mariam. Sebenarnya…

Leave a Reply