Aktiviti & Permainan Kreatif

Permainan Bingo Games Untuk Kelas ReadEasy

Hari itu kami main Bingo Games untuk kelas ReadEasy Beginner #3. Afiah bila dengar ada games dia pun nak juga masuk. Haha.

Bahan-bahan diperlukan adalah:

  • Kad perkataan: saya guna 9 perkataan terakhir dipelajari

  • Tapak bingo: kertas A4 dibahagikan kepada 9 petak. Tulis satu perkataan pada setiap petak.

  • marker atau crayon

Cara-cara bermain ada pada gambar ya. Selamat mencuba!

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Sebelum bermula, imbas kesemua kad perkataan dan minta anak baca.

Susun kad perkataan secara tertutup pada carta poket besar.

Secara bergilir-gilir, minta anak membuka satu kad perkataan dan membacanya.

Anak-anak menanda/ mewarnakan petak perkataan yang telah dibuka.

Satu petak bagi setiap giliran sahaja.

Jika anak dapat mewarnakan satu garisan lurus petak, samada melintang, menegak ataupun senget, anak akan sebut bingo!

Berikan ganjaran atau hadiah yang setimpal.

Untuk anak kecil, mainlah sehingga semua anak dapat mewarnakan semua petak.

Leave a Reply