Mengajar Membaca

Ajar Membaca Tembak-tembak Sahaja?

Hari itu, ada cikgu beritahu saya yang sebagai guru mengajar membaca ini, kita kena tahu semua kaedah dan buku-buku mengajar membaca. Lagi banyak kaedah yang kita tahu lagi bagus.

Bila saya tanya kenapa, alasannya adalah supaya ada banyak peluru nak tembak. Kalau peluru A tak kena, boleh tembak peluru B. Kalau peluru B pun sipi sahaja, bolehlah guna peluru C.

Oh, begitu, kata saya.

Jika kita menganggap mengajar membaca ini macam main tembak-tembak, trial and error, memang banyaklah peluru nak kena beli.

Dengar ada jual buku A, kita beli. Dengar ada kursus B, kita pergi. Dengar ada software C, kita beli. Akhirnya saya tahu banyak yang tidak gunapun buku A atau buku B atau buku C. Buat pula kaedah sendiri ABC. Trial and error pula kaedah ABC.

Kaedah mengajar membaca ini sudah ada pakar-pakar yang buat penyelidikan. Bertahun-tahun mereka mengkaji bagaimana otak manusia membaca.

Jadi, mengapa kita bersusah-susah main tembak-tembak sahaja? Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Mengapa kita tidak gunakan hasil kajian bagaimana otak membaca itu untuk mencari kaedah yang selari dengannya?

Saya guna peluru AA sahaja. Tapi saya ada banyak jenis senjata. Ada pistol, ada revolver, ada mesinggan. Bahkan ada juga bazooka.

Bergantung kepada target saya, dekat atau jauh, kuat atau lemah, terus atau tersembunyi, saya akan pilih jenis senjata yang mahu digunakan.

Tapi semua guna peluru AA – Kaedah Fonik Gabung Bunyi atau bahasa Inggerisnya dipanggil Synthetic Phonics.

Senjata-senjata ini dan pemilihannya akan saya kongsikan dalam Bengkel PdPc Fonik Literasi BM di Pasir Gudang pada 24 Februari 2018.

Maklumat lanjut, whatsapps Puan Aini 0173891909.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy tidak main serkap jarang.

Leave a Reply