Tips Membina Ruang Belajar Untuk Anak

Hari ini saya nak kongsikan 9 tips bagaimana menyediakan ruang belajar yang kondusif untuk anak.

Ruang yang baik membolehkan anak menyiapkan kerja rumah dengan lebih baik, cepat dan selesa.

Ikuti tips berikut untuk menyediakan ruang belajar yang sesuai untuk anak anda:

Tips 1 – Tentukan mood

Adakah anak anda suka bersendirian atau dia memerlukan aktiviti untuk lebih fokus?

Untuk anak yang menyendiri, sediakan ruang belajarnya di dalam bilik atau di sudut-sudut terpencil dalam rumah.

Untuk anak yang sukakan suasana sibuk dan sering memerlukan anda semasa membuat kerja sekolah, sediakan ruang belajar di dapur atau ruang keluarga.

Tips 2 – Ruang hendaklah kondusif tetapi tidak terlalu selesa

Pilih spot yang membantu anak tenang, fokus dan alert.

Anak mungkin suka membaca di atas katil, tetapi sekiranya dia tertidur semasa membaca, kerjanya tidak akan siap.

Justeru, sofa kecil adalah lebih sesuai.

Tips 3 – Jadikan ianya ergonomik

Ruang kerja untuk anak sepatutnya sesuai dengan ketinggiannya.

Jika dia duduk, pastikan dia boleh meletakkan sikunya di atas meja tanpa menjengketkan bahunya.

Anak juga boleh meletakkan kakinya diatas lantai.

Sekiranya kerusi anak tidak sesuai dengan ketinggiannya, benarkan dia duduk diatas bantal atau letakkan kotak kasut di kakinya.

Letakkan juga bantal kecil ataupun gulungan selimut dibelakangnya untuk mengelakkan penat belakang.

Jika anak menggunakan komputer, letakkan skrin antara 18 ke 30 inci jauh.

Tips 4 – Cahaya mencukupi

Anak akan cepat letih sekiranya dia perlu mendekatkan mukanya ke buku atau sukar melihat apa yang ditulis.

Cuba gabungkan penggunaan lampu tinggi bersama dengan lampu membaca yang boleh dihalakan ke buku atau skrin komputer.

Tips 5 – Sediakan ruang untuk dia menulis. Sekiranya dia ada komputer, susunaturkan agar dia juga ada ruang menulis,

Tips 6 – Pastikan barang keperluan belajarnya mencukupi.

Apakah barang yang anak selalu gunakan. Gunting? Kertas?

Simpan semua bekalan ini di satu ruang supaya anak boleh mencapainya dengan mudah.

Berikan anak kalendar, senarai to-do atau planner supaya dia selalu tahu apa yang perlu dia lakukan pada bila masa.

Tips 7 – Susunkannya.

Gunakan kotak, laci atau organiser untuk menyusun barangnya.

Gantungkan papan kenyataan atau kalendar dinding sebagai ingatan.

Tips 8 – Hiaskannya.

Berikan anak kebenaran untuk menghias ruang belajar dengan poster, gambar, hasil seni atau apa saja yang dimahukannya.

Oleh kerana dia akan habiskan masanya di situ, biar dia nikmatinya.

Tips 9 – Tutupkan gajet dan tv.

Sebarang bunyi yang boleh menarik perhatiannya lebih daripada bukunya adalah gangguan.

Gunakan muzik ringan ataupun kesunyian sahaja semasa anak belajar.

Semoga tips ini dapat membantu anak kalian belajar dengan lebih seronok dan fokus.

Selamat mencuba!

Nor Azleen Abd Rahim

certifiedtrainer

parentingtalk

kelasmembacaonline


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Anak Tak Suka Pergi Sekolah?

    “Patutlah dia asyik beri alasan sekarang ni kalau nak ke sekolah.” Cepat-cepat saya toleh ke ibu-ibu yang sedang membawang itu. “Siapa kak?”, saya pun nak sertai juga membawang ni. Huhu. Dan bermulalah cerita yang saya mesti kongsi di sini. Bukan untuk mengaibkan sesiapa, kerana saya tidak akan dedahkan siapakah individu yang terlibat. Semua nama watak…

  • Hak

    Seorang isteri berhak untuk rasa disayangi, dihormati dan juga dilindungi. Waktu saya luahkan perasaan kepada beliau, saya tidak rasa diri saya dilayan seperti seorang isteri. Saya tidak merasa diri saya disayangi, dihormati dan dilindungi sebab bla bla bla (saya perincikan apa yang beliau lakukan sehingga saya alami perasaan begitu). Saya juga katakan saya faham mungkin…

  • Ubat Pensel?

    “Mommy, dapat pen.” “Ini pensel tekan namanya.” “Ini?” “Ini ubat pensel tekan.” “Bila nak guna? Kalau dia sakit?” Ahaks, itulah kita beritahu ubat dimakan apabila sakit. Jadi ubat pensel tekan? Salah guna perkataan mommy ini. Kan dah kena balik. Nor Azleen Abd Rahim Discover more from Cikgu Azleen Subscribe to get the latest posts sent…

  • Resipi Roti Goreng Sardin

    Hari ini saya nak kongsikan cara membuat Roti Goreng Sardin. Ini memang kegemaran anak-anak saya. . Bahan-bahan yang diperlukan adalah: Setin kecil sardin jenama MarinaRoti GardeniaBawang besar (dicincang halus)Setengah biji lemon yang diperah airnya dan dibuang biji3-4 biji telur, dipukul sehingga halusButterSerbuk cheese parmesan (kalau mozzarella lagi sedap) . Cara membuatnya: . Buka tin sardin,…

  • Urusan Jual Beli Emas Public Gold Telah Disahkan Patuh Syariah Oleh Amanie Advisors

    Semua urusan jual beli emas dan silver Public Gold, samada secara tunai, ansuran mahupun akaun GAP adalah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors. Nor Azleen Abd RahimDealer Public GoldIntroducer Code: PG00219548WhatsApp: 0173329298Facebook: Nor Azleen Abd Rahim Discover more from Cikgu Azleen Subscribe to get the latest posts sent to your email. Type your email… Subscribe

  • BERTENANG

    Sejak dua tiga hari ni saya mula menulis di blog ini, fikiran rasa lebih tenang, hati tidak lagi begitu kusut. Ya, memang dari dulu lagi, dari zaman 20an saya suka menulis di blog. Kalau sekarang ni trendingnya menulis di FB, tapi di FB saya tak boleh menulis kisah peribadi. Ghisau. Hahahha. Kalau kat blog ni…

Leave a Reply