Jadual Waktu Belajar Maya Sepatutnya Lebih Pendek Dari Hari Persekolahan Biasa

Kanak-kanak tidak perlu menghabiskan masa sehingga 8 jam sehari membuat kerja sekolah.

Jadual belajar secara maya tidak sama dengan jadual sekolah tradisional. Jadual belajar secara maya tidak sama dengan jadual sekolah tradisional.

Kita akan terus mengulang ayat ini sehingga semua orang faham, boleh?

Seriuslah, takkanlah kita nak kanak-kanak belajar online dan offline sehingga 8 jam sehari sepanjang pandemik Covid19 ini.

Ini sebabnya:

Satu, tahap pembelajaran jarak jauh adalah berbeza.

Sebenarnya tak payah nak cakap banyakpun, kita dah tahu bahawa struktur persekolahan normal sekarang ni dah berbeza sebab kanak-kanak mula belajar di rumah.

Mereka tak ada waktu rehat, perhimpunan ataupun acara-acara istimewa. Mereka tak perlu nak berjalan ke perpustakaan, kantin, makmal sains ataupun ke padang.

Semua ini sebenarnya meliputi waktu persekolahan normal dan tidak termasuk dalam pembelajaran maya.

Bukanlah bermaksud yang jadual sekolah tradisional dipenuhi dengan aktiviti huha huha, kanak-kanak menerima banyak arahan dan panduan dari guru dalam kelas yang mereka tidak dapat sekarang.

Tetapi dari sudut jumlah jam dan masa tidak bersesuaian dengan suasana belajar di rumah.

Dua, kanak-kanak perlu kurangkan masa membuat kerja rumah.

Cadangan masa belajar bersesuaian mengikut umur:

Prasekolah dan tahap 1 sekolah rendah: 1-2 jam sehari
Tahap 2 sekolah rendah: 2-3 jam sehari
Sekolah menengah: 3-4 jam sehari

Galakkan sekurang-kurangnya 1 jam masa bermain di luar rumah, patuhi SOP.

Sememangnya sukar mendapatkan keseimbangan antara sesi kelas sebenar dengan guru dan aktiviti serta projek kendiri.

Tiga, oleh kerana keadaan yang luar biasa ini, kita mungkin perlu rendahkan sedikit standard kita.

Realitinya kehidupan agak berat buat semua orang, termasuk kanak-kanak.

Mereka mungkin tidak mempunyai teknologi yang diperlukan.

Mereka mungkin perlu menjaga adik-adik.

Mereka mungkin tidak mendapat sokongan dari ibu bapa yang mungkin juga sedang sibuk bekerja dari rumah.

Dalam keadaan sebegini, cubaan meniru jadual persekolahan tradisional adalah mustahil.

Dan yang keempat serta paling penting, kita patut hargai semua jenis pembelajaran yang kanak-kanak lakukan.

Seorang kanak-kanak yang melakukan kerja sekolahnya selama 1-2 jam sehari bukan bermakna dia hanya belajar 1-2 jam itu sahaja.

Kanak-kanak belajar melalui bermain.

Mereka belajar melalui komunikasi dengan ahli keluarganya.

Mereka belajar melalui memasak.

Dan mereka juga belajar dengan banyaknya hanya denga berusaha hidup melalui pandemik global ini.

Inilah masanya untuk kita menghargai semua pengalaman ini, kurangkan tekanan terhadap diri sendiri dan berhenti mencuba meniru susun atur sekolah.

Kita belajar dengan cara yang berbeza sekarang ni, dan itu adalah OK.

Nor Azleen Abd Rahim

parenting

homeschooler


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Jurnal Wang Saku Anak Kecil

    Beberapa minggu lepas tidak sempat beri duit saku Afiah. Jadi kita sekalikan sahaja untuk empat minggu. Jadi minggu ini, Afiah ada banyak wang. Huhu. Dapat pula lagi duit dari show zapin tempoh hari. Bolehlah buat-buat anak simpan dan seronok selepas berusaha berlatih. Jadi macam biasa, proses tulisnya: Kira dahulu berapa wang sedia ada. Catat.Masukkan jumlah…

  • ANAK BOLEH MENGEJA?

    SOALAN:Adakah kalau anak dah pandai membaca, adakah anak mudah untuk mengeja perkataan? JAWAPAN:Mengeja biasanya digunakan untuk melatih kemahiran menulis. Perlu diingatkan bahawa membaca dan menulis adalah dua kemahiran yang berbeza dan menggunakan fungsi otak yang berbeza. Justeru walaupun terdapat sebahagian anak yang boleh mengeja sendiri selepas dapat membaca, kebanyakan kanak-kanak perlu dilatih mengeja secara berasingan….

  • Bengkel PdPc Fonik Literasi BM

    Hari ini rehearsal Bengkel PdPc Fonik Literasi BM dengan cikgu-cikgu Linus dan Pemulihan di SK Taman Pasir Putih. Terima kasih sudi luangkan masa mendengar perkongsian saya. Dalam bengkep PdPc kita banyak berkongsi perlaksanaan fonik dalam kelas. Isu-isu yang timbul. Cara mengatasinya. Asasnya lebih kurang perkongsian pengalaman saya melaksanakan fonik dalam kelas di sekolah selama 3…

  • Mencari Pengasuh

    “Esok, semua orang kena bangun pagi. Mommy nak bawa nenek pergi hospital.” “Dan?”, tanya Afiah. “Dan apa?” “Dan kami semua kena pergi mana?” “Semua kena ikut mommy.” “Hari tu mommy kata kami semua pergi rumah Aunty Y.” Aunty Y adalah pengasuh yang baru saya ambil bekerja pada bulan lepas. Baik orangnya. Pengasih dan penyayang. Menjaga…

  • Rumah Mesra Kanak-kanak

    Isyraq, cari apa? Begitulah lebih kurang dialognya bila nampak anak lelaki yang seorang ini sudah mula membuat siasatan ke dalam pantri mommy. Siap berdiri masuk ke dalam almari pantri ini. Dibelek satu persatu barang yang boleh dicapainya. Habis atas bawah kiri kanan. Ambil, belek dan letak. Ambil, belek dan letak. Ketara sangat sifat ingin tahunya…

Leave a Reply