Notis Letak Jawatan

Selepas mencuba selama lebih sebulan, dapat juga jumpa GB semalam.

Mencuba tu bukan apa, ada masanya ke sekolah, GB urusan luar, ada masanya saya sendiri yang kecut perut nak meluahkan. 🤢

Lepas dapat meluahkan ayat, “Ustaz, saya nak letak jawatan.” Rasa ringan kepala 😄

InsyaAllah, semoga perjalanan saya homeschooling anakanda bertiga ini dipermudahkan, bulan Mei adalah bulan terakhir.

Kena naik sekolah 1 bulan juga untuk lengkapkan notis. Bolehlah cium puas-puas bilik pemulihan yang saya huni selama hampir 9 tahun.

Belum masuk mode sedih lagi 😂

Sempat juga celebrate hari guru sekali lagi harapnya.. 😍😍😍

Dan dengan itu juga bermakna saya ada tambahan slot kelas membaca pada bulan Jun. 😄

Siapa nak hantar anak, bolehlah WhatsApps 0173329298 mulai sekarang untuk masukkan nama di senarai menunggu.

Minggu depan kita start pra-pendaftaran ya 😬

Nak lagi mudah, klik link berikut untuk whatsapps www.wasap.my/+60173329298/fonikjun

Mommy comel menghitung hari, Nor Azleen Abd Rahim


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • The Power Of Less

    Saya ingin hidup lebih sihat. Jadi, sekarang ini saya sertai cabaran stailoo. Habit pertama yang saya cuba cipta adalah minum air 2 gelas 20 minit sebelum makan. Hari ini adalah hari ketiga saya melaksanakan habit ini. Setakat semalam, saya berjaya 50-50. Pada waktu pagi dan makan tengah hari berjaya buat. Tetapi waktu makan malam, terlupa…

  • Tandem Breastfeeding

    Saya stopkan bf Azmina waktu mengandung 4-5 bulan kerana tak tahan sakitnya dengan janji bila baby dah keluar kita sambung semula. Selepas bersalin saya cuba tawarkan kepada Azmina semula, tetapi dia enggan. Susu untuk baby katanya… Berkali-kali dengan pelbagai cara dipujuk tetap enggan. Hari ini, kerana risau Azmina kembali demam, saya trik dia bila dia…

  • Bodoh dan Kurang Ajar

    Hari tu sedang syok-syok saya mengepam di meja makan, sayup-sayup saya dengar suara Afiah yang bermain di luar rumah. “Tengok sini Afiah buat, bodoh.” Saya diam sebentar nak pastikan benarkah apa yang saya dengar. “Tengoklah sini, bodoh, Afiah buat.” Terus saya panggil Afiah masuk. Dengar ceria Afiah berlari masuk kerana mungkin ingat mommy nak beri…

  • Berat Naik?

    Pagi tadi sajelah naik penimbang. Lama dah tak naik timbang ni. Tiba-tiba… Alamak, berat naik 5 kg weh. Adus dah serius sangat ni. Memang terasa badan berat akhir-akhir ni tapi tak sangka per pula sebanyak tu. Maka dengan ini marilah kita berikrar untuk hidup lebih sihat. Ini plan saya: Pertama, jaga waktu tidur dan rehat….

  • Recipe Oat Omelette

    Bahan-bahan: Rolled oat 2 putih telur dan 1 kuning telur Tomato Pepper Cara penyediaan: Rendam rolled oat dengan air panas sehingga kembang. Toskan. Campurkan semua bahan. Masak atas kuali pan. Bila dah siap bolehlah dimakan. Saya suka taburkan garlic powder kat atasnya.. Taaa daa.. Selamat bersarapan.. Nor Azleen Abd Rahim Professional Mommy Discover more from…

Leave a Reply