Carta Ramadanku Galak Anak Beramal

Hari ini baru berkesempatan menampal carta Ramadan Ku untuk Afiah. Carta ini dikongsikan oleh Junior Aulad secara percuma.

Carta ini bertujuan memberi ganjaran untuk anak melaksanakan ibadah sepanjang Ramadan. Asalnya ia diberi markah 10 bagi setiap ibadah dilakukan. Tapi saya gunakan smiley yang dibeli di Mr DIY. 1000 stiker smiley baru RM3.90 sahaja.

Antara amalan yang dipaparkan dalam carta ini adalah sahur, puasa, solat-solat wajib, membaca Al Quran dan membuat amal baik.

Ada juga ruang untuk membuat perkara tidak baik tetapi markahnya kosong sahaja. Untuk peringatan sahaja kepada anak.

Untuk setiap amal yang Afiah lakukan, saya beri Afiah satu smiley. Bagaimanapun sebab hari ini baru tampal, bahagian solat-solat yang sebelum ini kami tidak tampal. Tidak ingat mana yang Afiah solat mana yang tidak.

Untuk ruangan membaca Al Quran pula, saya gantikan dengan belajar membaca jawi. Afiah sedang belajar membaca jawi menggunakan buku Bacalah Jawi. Kaedah fonik gabung bunyi juga.

Nanti kena buat satu carta tandas pula untuk Angah. Angah pun nak tampal smiley pula. Huhu. Angah belum belajar solat dan puasa.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • 5 Peranan Guru Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Pendidikan awal kanak-kanak memegang peranan penting dalam membentuk asas perkembangan kanak-kanak yang baik. Guru merupakan elemen utama dalam menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Berikut adalah lima peranan penting guru dalam pendidikan awal kanak-kanak: 1. Pembimbing Pembelajaran Guru berperanan sebagai pembimbing utama dalam proses pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Mereka merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran…

  • Tanda Awal Rabun Dan Silau

    Hari ini saya lihat Phonicsmarty A mendekatkan lagi mukanya ke buku di atas meja. Sudah macam nak masuk ke dalam buku sahaja lagaknya. Sesekali dia menggosok-gosok matanya yang ternyata tidak gatal. Dia memandang saya dengan ekspresi muka meminta cikgu mengesahkan bacaannya. Saya senyum. Saya letak tangan di atas buku yang sedang Phonicsmarty A baca. “A,…

  • Kantin Kita JB

    Hari itu berpeluang juga melawat ke Kantin Kita yang selama ni dok kecur ayaq liur jer tengok kawan-kawan upload gambar-gambar makanan kedai ini. Bukan apa, kedai ini berada di hujung sana dari lokasi rumah saya. Hihi. Itu yang bercinta nak ke sini. Sampai-sampai di kedai nampak kakak kantin sedang goreng ayam. Bau ayam gorengnya menusuk…

  • EQ vs IQ

    Akhirnya selesai UPSR. Ececeh. Apa kena mengena UPSR dengan saya? Haha. Dapatlah baca keluhan kawan-kawan yang ada kena mengena dengan UPSR. Antara khabarnya adalah soalan Sains sangat senang. Soalan Matematik pula katanya sangat susah. Lepas selesai peperiksaan Matematik hari itu, adalah dapat mesej yang kononnya ada pelajar yang lari keluar dewan dan membuat cubaan untuk…

  • Titik Hijau Karipap

    Minggu ini asyik makan karipap sahaja. Sebabnya ada banyak stok karipap. Hahaha. Ada yang saya beli dan ada yang kawan-kawan beri. Terima kasih pada yang beri, sedap-sedap belaka. Kadang-kadang pada karipap ada tanda titik pelbagai warna. Karipap kali ini warnanya hijau. Karipap kentang daging. Sedap walaupun rupanya tak begitu cantik. Afiah tanya, “Mommy, kenapa ada…

Leave a Reply