Kisah Cinta

Ketakutan

Saya bukanlah percaya sangat dengan mimpi, tapi kadang2 mimpi tu menunjukkan perasaan kita.

Jadi saya google apakah maknanya mimpi ditinggalkan ex.

Salah satu tafsiran mimpi itu berkait dengan perasaan saya.

Katanya mungkin semasa hubungan masa lalu ianya berakhir dengan kesakitan yang melampau.

Lalu bila kita berhadapan dengan hubungan baru, kita risau, kita takut jika kesakitan hubungan masa lalu itu berulang semula.

Beberapa hari sebelum mimpi tu, saya ada bercakap pada dad. Saya takut jika keadaan perkahwinan saya sebeluk ini berulang semula.

Macamana saya nak tahu yang hubungan kali ini tidak akan jadi seperti dulu.

Memang b berbeza. Dia melayan saya dengan penuh hormat dan kasih sayang.

Dia tidak menyembunyikan perkara dari saya. Walaupun dia tidaklah menceritakan semua perkara tapi kalau saya tanya dia akan cerita.

Dia open pada saya.

Saya rasa dihormati, dikasihi dan dilindungi.

Dan dia juga tahu semua kisah saya.

Cuma sedikit sebanyak masih ada risau dan takut.

Barangkali itu yang membawa sampai saya termimpi-mimpi.

Doakan kami.

Leave a Reply