Ais Krim Cempedak Di Kawasan Rehat Yong Peng

Ais krim adalah makanan kegemaran ramai orang. Terutamanya kanak-kanak. Kebanyakan perisa ais krim yang popular adalah dari buah-buahan yang diimport seperti strawberry dan coklat.

Tapi apa kata kita cuba aiskrim perisa tempatan iaitu cempedak. Nah, siapa peminat buah cempedak di sini? Sila klik like.

Mudah sahaja nak perolehi ais krim perisa cempedak ini. Ia dijual betul-betul dihadapan tandas Kawasan Rehat Yong Peng arah Selatan.

Harganya dalam mangkuk adalah RM6 sahaja. Manakala kalau makan dengan roti harganya RM7 sahaja.

Memang puas. Saya makan semangkuk tu berkongsi dengan Azmina dan Isyraq. Afiah pula asalnya makan seorang, tapi akhirnya berkongsi pula dengan Azmina (selepas yang dikongsi dengan saya habis).

Sedap sangat rasa aiskrimnya. Cukup lemak. Tidak terlalu manis sampai menggigil gigi. Cukup terasa buah cempedaknya. Taburkan sedikit kacang di atasnya, jadi lebih sedap.

Jadi, bila anda lalu lebuhraya Utara Selatan menghala ke Johor Bahru tu, berhentilah singgah di Kawasan Rehat Yong Peng ini. Rasai kenikmatan aiskrim cempedak.

Similar Posts

  • Tutor/ Teacher (Part Time) Diperlukan

    Adakah Anda Individu Yang Kami Cari? .TUTOR/ TEACHER (Sambilan/ Separuh Masa) diperlukan segera..GAJI RM10 – RM25 sejam (Mengikut bilangan pelajar, kelayakan dan pengalaman) + ELAUN Kehadiran + INSENTIF Tutoring.Whiztots Cepat Membaca sedang mencari individu untuk bersama kami mengembangkan organisasi ini untuk 2019..TUGAS-TUGAS TUTOR++++++++++++++++++++++++++++++++++++++1. Melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran sekurang-kurangnya 10 kali dalam seminggu2. Menyediakan bahan belajar…

  • Mengurus Emosi Anak

    Tiba-tiba.. “Tak ada lelaki suka kat kakak”, kata Afiah perlahan. Mommy bulatkan mata sambil hidung kembang kempis, “Apa kakak?” “Tak, kakak kata tak ada lelaki pun suka kat kakak, kecuali H. Tapi H tu lainlah.” Lain sebab H anak murid mommy. Dan H itu memang kelainan sangat. Mommy raup muka sampai ke dada, lepas tu…

Leave a Reply