5 Tips Keberkatan Rezeki Untuk Cikgu

Hati ni bila dapat jumpa cikgu-cikgu lama, memang rasa berbunga-bunga. Berbunga bukan sebab apa, sebab cikgu lama ni selalu sahaja penuh dengan nasihat dan pengalaman hidup. Masa inilah kita dapat korek dan ambil jadikan panduan.

Namanya Cikgu Fazidah, berkhidmat sebagai guru sekolah rendah lebih dari 30 tahun. Sudah lama pencen, lebih 20 tahun. Suaminya sepupu kepada suami saya.

Walau pertama kali jumpa, mesranya macam dah berkenalan 10 tahun. Mungkin memang kerana keramahannya, mungkin juga kerana cikgu bertemu cikgu.

Banyak sekali yang dikongsikan, tapi beberapa perkara ini ingin sangat saya kongsikan dengan anda.

1. Keberkatan rezeki itu melampaui jumlah wang yang kita perolehi.

2. Kadang-kadang, gaji besar pun masih juga tak cukup-cukup. Setiap bulan ada sahaja masalah yang timbul. Kereta rosak, anak sakit, barang hilang, kecemasan di kampung, dan macam-macam lagi.

3. Bila bekerja, pastikan amanah. Mengajar ikut masa, jangan culas walau sedikitpun. Mengajarlah sepenuh hati, dengan kasih sayang. Layan pelajar ibarat anak kita sendiri.

4. Lebih baik lagi bila libatkan diri secara aktif dalam koko. Mungkin ia boleh jadi penambah berkat apabila ada yang terkurang dalam jadual kita mengajar.

5. Berkat itu apabila ianya sedikit, ia mencukupi. Apabila banyak, ia boleh dikongsikan dengan orang yang kita sayang.

Ada banyak lagi, mungkin lain kali berjumpa boleh berkongsi lagi.

Rasa macam tak cukup masa 2 jam duduk berbual. Semoga Cikgu Fazidah panjang umur, diberkati dan dimurahkan rezeki serta kesihatan.

Nor Azleen Abd Rahim
#cikgumommy
#powerupmychild

Similar Posts

  • BERTENANG

    Sejak dua tiga hari ni saya mula menulis di blog ini, fikiran rasa lebih tenang, hati tidak lagi begitu kusut. Ya, memang dari dulu lagi, dari zaman 20an saya suka menulis di blog. Kalau sekarang ni trendingnya menulis di FB, tapi di FB saya tak boleh menulis kisah peribadi. Ghisau. Hahahha. Kalau kat blog ni…

  • Seminar Fonik dan Brain-gym Pasir Gudang

    Setiap pergerakan menghantar impuls kepada otak, memberi maklumat tentang perubahan posisi dan lokasi badan di dalam ruang. Sensasi ini membentuk imej kendiri yang menentukan bagaimana kita mencipta pengetahuan dan menentukan sikap kita terhadap sesuatu. (Hannaford, 2005). Pakar kanak-kanak sudah lama memberitahu bahawa pergerakan adalah penting untuk membina sistem nervous dan anak kecil perlu bermain bebas…

  • Habit Baru

    Kali ini saya cuba perlahan-lahan mengubah semula gaya kehidupan saya. Saya mulakan dengan memasukkan habit-habit baru ke dalam kehidupan saya. Satu habit diamalkan selama 2 minggu. Habit pertama pilihan saya adalah minum air sebanyak 2 gelas 20 minit sebelum makan. Setakat enam hari ini, habit ini berjaya diamalkan untuk sarapan. Untuk waktu tengah hari sudah…

  • Belajar Cara Uruskan Wang

    “Mommy, hari ini Sabtu,” kata Afiah masa ambil mommy selepas Seminar Fonik dan Brain Gym. Mommy yang kepenatan rasa nak pengsan angguk-angguk macam burung belatuk. “Mommy, hari ini hari Sabtu kan,” ulang Afiah lagi. “Ya, kakak. Sabtu,” balas mommy pendek. “Kan hari Sabtu mommy nak kena bagi kakak duit poket,” Afiah sengih-sengih. Ya Tuhan, mommy…

Leave a Reply