Roti Bom Keramat AU5

Apabila datang ke Kuala Lumpur ini pasti teringat-ingat nak bersarapan roti bom di Medan Selera AU5 Taman Permata.

Roti bomnya lembut, gebu gebas. Sama sahaja rasanya sejak bertahun-tahun dahulu.

Kadang-kadang sahaja bila ke sini dapat makan roti ini. Seringkalinya bila sampai roti sudah habis. Kerana sampaipun lewat pagi. Haha.

Memandangkan sepanjang berkursus Certified Trainer ini bangun awal pagi, maka kekalkanlah momentum bangun awal pagi selepas habis kursus. Dapatlah juga merasa makan roti bom ini sebelum bertolak pulang ke Johor.

Mudah sahaja nak cari Medan Selera ini. Ia terletak di Jalan AU5 dan bersebelahan dengan Shell Keramat AU5. Kalau guna Waze pasti sampai.

Harga roti bom ini sebiji adalah RM1.40. Siap dengan kuah dal dan juga sambal. Rata-rata saya lihat pengunjung di sini tidak cukup makan satu. Pasti ambil sekurang-kurangnya dua, bahkan ada yang lebih lagi.

Ikutlah selera kalian bagaimana. Ya, yang sedang diet itu mungkin mahu berfikir banyak kali sebelum ke sini. Haha.

Similar Posts

  • ANAK BOLEH MENGEJA?

    SOALAN:Adakah kalau anak dah pandai membaca, adakah anak mudah untuk mengeja perkataan? JAWAPAN:Mengeja biasanya digunakan untuk melatih kemahiran menulis. Perlu diingatkan bahawa membaca dan menulis adalah dua kemahiran yang berbeza dan menggunakan fungsi otak yang berbeza. Justeru walaupun terdapat sebahagian anak yang boleh mengeja sendiri selepas dapat membaca, kebanyakan kanak-kanak perlu dilatih mengeja secara berasingan.

  • Sampai 12 Tahun Kena Minum Susu?

    Sedang berjalan-jalan di hypermarket, Afiah panggil, “Mommy, tengok sini.” Ada promosi susu formula. Bukan susu yang Afiah mahu saya tengok. Dia mahu saya lihat hiasan booth itu. Ada astronauts yang boleh masukkan kepala kita tu dan ambil gambar. Datang si adik manis promoter menegur, “Nak stiker?” Afiah dan Azmina senyum-senyum memandang saya. Saya kata, “OK.”…

  • Tak Rasa Dihormati

    Yalah, kalau semasa menjadi isteri pun kita tidak dihormati, apatah lagi bila dah bercerai. Memang jangan harap lah kan. Saya mesej untuk bertanya jika saya boleh mengambil anak selama seminggu semasa cuti sekolah raya cina. Saya mesej pada hari Ahad yang lepas. Sehingga hari rabu malam, Isyraq vc saya. “Mummy, kakak kata mummy ambil esok.”…

  • |

    Panduan Calon Tutor: Micro-Teaching

    Untuk sesi interview Tutor Kelas Membaca Online Whiztots, semua calon hendaklah bersedia dengan 1 sesi micro-teaching. Sila tonton video berikut untuk penerangan tentang apa itu micro-teaching: Setiap calon hendaklah bersedia untuk sesi micro-teaching seperti berikut: Berikut adalah contoh-contoh micro-teaching: https://youtu.be/T0062Oknl4M?si=B_ir03FfzfKydCe8 https://youtu.be/Mp4cCaM-BjA?si=kHfz-Dysl0qX5v7P https://youtu.be/DqW3Ldu5iJU?si=mUJqr-101geGX5EX

  • Hari pertama

    Jom kita reflect apa yang saya dah buat hari ini. 1st, tadi pagi bangun pukul 7, tapi lepas vc ngan b, saya tidur balik sampai pukul 12. Hmmm rugi rugi. 2nd, pasal makan lak. Breakfast makan telur separuh masak 2 biji, lempeng 3 keping. Kemudian lunch makan buah rockmelon dan juga nasi beriani ayam bakar….

Leave a Reply