Beli Kereta Baru

Hari itu masa kami susun-susun kotak buku masuk bonet, ada yang tegur, “Cikgu Azleen dah kena beli kereta lagi besar ini.” Huhu.

Masa letak jawatan tahun lepas dalam hati memadailah Persona itu. Dah habis bayar pula tu.

Beberapa sesi bengkel akhir-akhir ini memang rasa nak beli lori. Hahaha. Tak muat dah persona nak mengangkut kotak buku, bahan-bahan bengkel. Belum lagi anak yang 3 orang itu diusung ke sana ke mari.

Dan bengkel pula kami gerak dalam team. Tak berdaya saya kalau seorang-seorang nak buat bengkel. Paling kurang saya akan bawa dua staff. Kalau ramai macam bengkel semalam, ada 5 staff tidak termasuk saya.

Lagi ramai peserta, lagi ramai staff diperlukan untuk melicinkan perjalanan program. Masing-masing ada peranan dan tugas sendiri.

Jumpa jugalah kenderaan yang berkenan di hati. Automatik. Hahaha. Sekian lama bawa manual weh.

Berkali-kali soalan saya kepada suami adalah apakah ruang bonetnya lebih besar dari persona. Persona saya boleh muatkan dua beg golf.

Selain itu yang menjadi kriteria adalah 7 seater. Senang nak bawa mak-mak berjalan. Hihi.

Kita cubalah mohon beli. Kalau kerja gomen dulu gerenti lepas. Dah tak kerja ini, tak pastilah bank sudi bagi pinjaman atau tidak. Berdoalah untuk saya, semoga dipermudahkan urusan jual beli ini.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Kena cuba duduk belakang. Kadang-kadang jadi mem besar ada driver. Hahaha.

Ini pula faktor yang menyebabkan rasa macam tak nak beli. Tv dalam kereta. Sudah buat syarat dengan anak-anak. Maksima sekali masa tengok tv adalah 30 minit sahaja.

Begitu dashboardnya. Ada banyak fungsi. Saya suka.


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Review Kedai Makan TNB

    Dah beberapa minggu ini kami demam, batuk dan selesema bergilir-gilir. Mulanya abah dengan azmina. Kemudian mommy dan Isyraq. Akhir sekali baru Afiah. Lepas itu berulang semula. Oleh sebab beberapa hari akan datang ini kami nak travel ke KL, mengalah juga saya ajak semua sekali ke klinik. Semua orang dapat ubat masing-masing. Termasuklah Azmina yang sebenarnya…

  • Tadika Fonik Di Pasir Gudang

    Standard operasi Whiztots, bakal phonicsmarty akan melalui ujian ringkas. Ujian ini untuk mengenalpasti tahap kesediaan belajar membaca serta pengetahuan sedia ada anak. Hari tu, adalah seorang ibu datang bawa anaknya untuk diuji. Anak berusia 6 tahun dan bersekolah tadika yang menggunakan buku Bacalah Anakku. Selepas ibu mengisi borang pendaftaran, saya terus jalankan ujian dihadapannya. Sesi…

  • Carta Ramadanku Galak Anak Beramal

    Hari ini baru berkesempatan menampal carta Ramadan Ku untuk Afiah. Carta ini dikongsikan oleh Junior Aulad secara percuma. Carta ini bertujuan memberi ganjaran untuk anak melaksanakan ibadah sepanjang Ramadan. Asalnya ia diberi markah 10 bagi setiap ibadah dilakukan. Tapi saya gunakan smiley yang dibeli di Mr DIY. 1000 stiker smiley baru RM3.90 sahaja. Antara amalan…

  • Langkah Demi Langkah Mengenalpasti Tahap Membaca Kanak-Kanak

    Mengenalpasti tahap membaca kanak-kanak adalah penting dalam menyokong perkembangan literasi mereka. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengenal pasti tahap membaca kanak-kanak pada peringkat awal usia: 1. Pengamatan Awal: Perhatikan tingkah laku kanak-kanak semasa mereka berinteraksi dengan buku. Amatilah sama ada mereka memegang buku dengan betul, membalik halaman, dan mengikuti cerita yang diceritakan. 2….

  • Resipi Roti Goreng Sardin

    Hari ini saya nak kongsikan cara membuat Roti Goreng Sardin. Ini memang kegemaran anak-anak saya. . Bahan-bahan yang diperlukan adalah: Setin kecil sardin jenama MarinaRoti GardeniaBawang besar (dicincang halus)Setengah biji lemon yang diperah airnya dan dibuang biji3-4 biji telur, dipukul sehingga halusButterSerbuk cheese parmesan (kalau mozzarella lagi sedap) . Cara membuatnya: . Buka tin sardin,…

  • Pantun Melayu

    Burung kenek-kenek terbang cucur atap, Pesan datuk nenek rajin-rajin baca kitab. Burung kenek-kenek terbang atas pagar, Pesan datuk nenek rajin-rajinlah belajar. Burung kenek-kenek hinggap tepi pandan, Pesan datuk nenek rajin-rajin jaga badan. Burung kenek-kenek hinggap tepi telaga, Pesan datuk nenek budi bahasa budaya. Dua tiga hari ni saya menyanyikan lagu-lagu ini kepada Isyraq sewaktu memandikannya….

Leave a Reply