Kenali Multiple Intelligences Anak

Dua ekor dinosaur ini dibina oleh salah seorang phonicsmarty kelas ReadEasy saya yang baru.

Kagum saya dengan perincian yang diberikan oleh phonicsmarty ini. Tanduknya, ekornya, rahangnya mulutnya. Pheww! Macam real.

Phonicsmarty ini sedikit lain. Ikut suka hati dia, tapi boleh ikut arahan.

Bila ibu bapanya beritahu saya yang anaknya suka dinosaur sehinggakan ayahnya rasa nak buang semua dinosaur yang ada di rumah, tidaklah saya jangka anaknya berbakat begini.

Saya boleh nampak masa depan dalam bidang seni reka visual yang luas untuk anak ini. Jika ibu bapanya mengambil perhatian dan memandang serius perkara ini.

Tidak semua anak kita berbakat dalam bidang pendidikan formal. Ada 8 multiple intelligences.

Lihat satu persatu. Mungkin anak kita berbakat seperti ini. Ia boleh dijadikan satu sumber pendapatan untuknya apabila dewasa kelak.

Di Muzart ada jual sejenis playdoh yang akan kering dan keras selepas dibina bentuk-bentuk seperti ini. Harganya RM20 bagi satu warna.

Jika ada anak yang berbakat seni halus begini, wajib belikan. Boleh dibuat model-model permainan. Penyimpan koleksi pasti ada yang berminat.

Semalam saya sudah beritahu ibunya, “Anak puan ada bakat yang sangat luar biasa. Berbanggalah puan dan suami.”

Ibunya hanya senyum, kurang yakin dengan pujian saya barangkali. Saya harap mereka akan ambil langkah sewajarnya untuk memupuk minat ini.

Tunaikan tanggungjawab kita, sediakan ruang dan peluang untuk anak bereksplorasi tentang dunia ini.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy hoping for better world

Similar Posts

  • Hak

    Seorang isteri berhak untuk rasa disayangi, dihormati dan juga dilindungi. Waktu saya luahkan perasaan kepada beliau, saya tidak rasa diri saya dilayan seperti seorang isteri. Saya tidak merasa diri saya disayangi, dihormati dan dilindungi sebab bla bla bla (saya perincikan apa yang beliau lakukan sehingga saya alami perasaan begitu). Saya juga katakan saya faham mungkin…

  • Seminar Fonik dan Brain-gym Pasir Gudang

    Setiap pergerakan menghantar impuls kepada otak, memberi maklumat tentang perubahan posisi dan lokasi badan di dalam ruang. Sensasi ini membentuk imej kendiri yang menentukan bagaimana kita mencipta pengetahuan dan menentukan sikap kita terhadap sesuatu. (Hannaford, 2005). Pakar kanak-kanak sudah lama memberitahu bahawa pergerakan adalah penting untuk membina sistem nervous dan anak kecil perlu bermain bebas…

  • Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-kanak dalam Pembentukan Asas Pembelajaran

    Pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas yang penting dalam perkembangan anak-anak. Ini adalah tahap kritis di mana anak-anak memulai perjalanan mereka menuju pembelajaran seumur hidup. Melalui pendidikan awal kanak-kanak, anak-anak membangun asas yang kuat untuk pemahaman konsep-konsep kognitif, sosial, emosional, dan fisik yang akan membentuk keseluruhan perkembangan mereka. Salah satu aspek terpenting dari pendidikan awal kanak-kanak…

  • Susah

    “Afiah hari-hari nak lukislah mommy. Tapi Afiah dah tak tahu nak lukis apa.” Mommy kelip-kelip mata pandang Afiah yang sakan mengomel. “Afiah lukislah apa yang Afiah nampak.” “Haa?” Giliran Afiah pula membulatkan mata memandang saya, tanda tidak faham. “Lukis apa yang Afiah nampak.” Saya ulang sekali lagi. Afiah masih memandang saya sambil kelopak matanya terkelip-kelip…

  • Eksperimen Tumpahkan Susu – Jangan Marah Dahulu

    Hari itu Azmina ambil botol susunya dan terbalikkan. Sambil melihat air susunya menitis ke bawah. Dia senyum tanda gembira. Afiah pun jerit, “Mommy, angah kan tumpahkan susu.” Mommy pun cakap, “Angah, susu dah tumpah. Macamana ni?” Azmina cuma sengih dan balas, “Uuu, ngah ngok je”. Terjemahan –> Tak tahu, angah tengok sahaja. Dalam seminar Froebel…

  • Mana Sungainya?

    “Abah, kita dah sampai mana?” “Sungai Besi”. “Banyak bangunan sahaja. Mana ada sungainya?”. Ya tak ya juga, mommy pun tak tahu yang mana satu Sungai Besinya. Begitulah, kanak-kanak fikirannya mudah. Semuanya berasaskan logik. Jika namanya sungai, haruslah ada sungai kan. Bila sungainya tidak nampak, maka menjadilah satu kepelikan mengapa namanya ada sungai. Mudah. Logik. Jadi…

Leave a Reply