Tanda Awal Rabun Dan Silau

Hari ini saya lihat Phonicsmarty A mendekatkan lagi mukanya ke buku di atas meja. Sudah macam nak masuk ke dalam buku sahaja lagaknya.

Sesekali dia menggosok-gosok matanya yang ternyata tidak gatal. Dia memandang saya dengan ekspresi muka meminta cikgu mengesahkan bacaannya.

Saya senyum. Saya letak tangan di atas buku yang sedang Phonicsmarty A baca.

“A, cuba awak duduk tegak-tegak macam cikgu.”

Phonicsmarty A akur dan duduk tegak.

“Sekarang awak tengok sini,” jari saya menunjuk ke bunyi /d/ pada buku, “awak nampak ini?”

“Nampak.”

“Apa yang awak nampak?”

“Bunyi /d/“

“Terang?”

“Terang sikit sahaja”.

Saya terus mencapai handphone dan menghantar whatsapps pada ibunya. Memaklumkan perihal anaknya dan meminta ibunya membawa Phonicsmarty A menjalani pemeriksaan mata dengan segera.

Rabun atau silau adalah salah satu punca utama yang selalu menjadi gangguan kepada anak untuk belajar.

Seringkali terjadi anak tiadapun masalah kognitif tetapi gagal dalam peperiksaan kerana rabun dan silau.

Penglihatan berkait rapat dengan pendengaran.

Bayangkan jika anak gagal melihat dengan jelas wajah guru dihadapan kelas, gagal melihat pergerakan bibir mahupun memek muka guru, hampir secara automatik juga dia akan kurang memahami apa yang disampaikan oleh guru.

Jadi sentiasalah peka jika anak mempunyai masalah rabun atau silau.

Antara tanda-tanda awal anak ada masalah penglihatan adalah:

  1. Mengecilkan matanya ( cuba fokus) apabila melihat sesuatu yang jauh.

  2. Mendekatkan muka ke buku apabila membaca buku.

  3. Sering menggosok-gosok mata apabila melihat atau membaca buku seolah-olah sedang cuba membersihkan matanya

  4. Kerap mengadu sakit kepala

Jika anak ada tanda-tanda tersebut, bawalah anak menjalani pemeriksaan mata dengan segera.

Walaupun ada banyak kedai optometri yang menawarkan pemeriksaan mata percuma, saya cadangkan untuk anak yang berusia bawah 12 tahun menjalani pemeriksaan mata di hospital.

Pergi ke mana-mana pusat kesihatan dan minta rujukan untuk ke hospital.

Doktor pakar mata akan membuat pemeriksaan yang terperinci dan memberi cadangan yang sesuai untuk mengatasi masalah mata anak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Similar Posts

  • Habit Baru

    Kali ini saya cuba perlahan-lahan mengubah semula gaya kehidupan saya. Saya mulakan dengan memasukkan habit-habit baru ke dalam kehidupan saya. Satu habit diamalkan selama 2 minggu. Habit pertama pilihan saya adalah minum air sebanyak 2 gelas 20 minit sebelum makan. Setakat enam hari ini, habit ini berjaya diamalkan untuk sarapan. Untuk waktu tengah hari sudah…

  • Kelas Bacalah Anakku Batch #01

    Kelas Bacalah Anakku Whiztots adalah kelas online Zoom untuk anak berusia 5 tahun ke atas mula belajar membaca bahasa Malaysia menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku yang terbukti cepat, mudah dan berkesan. PAKEJ PREMIUM HANYA RM220 – untuk 20 orang pertama sahaja8x sesi kelas online mastery bernilai RM1604x sesi kelas online pengenalan fonik bernilai…

  • Tandem Breastfeeding

    Saya stopkan bf Azmina waktu mengandung 4-5 bulan kerana tak tahan sakitnya dengan janji bila baby dah keluar kita sambung semula. Selepas bersalin saya cuba tawarkan kepada Azmina semula, tetapi dia enggan. Susu untuk baby katanya… Berkali-kali dengan pelbagai cara dipujuk tetap enggan. Hari ini, kerana risau Azmina kembali demam, saya trik dia bila dia…

  • Lori Pindah Rumah

    Hari itu tiba-tiba Afiah beritahu saya, “Mommy, ada orang suruh kita pindah rumah.” “Kita nak pindah ke mana? Siapa yang suruh pindah?”, tanya saya. “Tak tahulah. Ada tulis kat luar pagar rumah kita.” Kata Afiah lagi. Hmm, dalam hati saya ini rasanya saya pasti tidak ada buat pinjaman dengan Along. Suami saya pun tidak berani…

2 Comments

  1. saya baru start kerja , so selalu tengok computer. dulu saya kerap migraine. sekarang kerja dtg balik evrytime buat kerja pakai computer. saya migrane belah depan . it is ok?

Leave a Reply