Daging Salai Dan Pucuk Paku Masak Lemak

Hari ini nak masak daging salai yang dah lama beli dari Nazrin. Ini original daging salai beli dari Negeri Sembilan. RM10 satu pek 170 gram.

Kemudian saya ke Kota Masai. Di kawasan Marry Brown sana saya perasan ada beberapa gerai yang menjual pelbagai jenis ulam-ulaman.

Ada satu gerai milik wanita sarawak yang menjual pucuk paku, labu sarawak, pucuk labu dan pelbagai ulaman.

Saya pilih untuk mencampurkan pucuk paku dengan daging salai kali ini.

Ini kali pertama saya memasak daging salai. Hihi.

Buka plastik daging salai tu, aromanya memang menggoda. Saya baca resepi di google rata-rata semuanya kata kena rebus dahulu daging salai ini kerana masih liat dan keras.

Saya pun menghiris daging salai ini kecil-kecil sebagai persediaan merebusnya. Tidak tahan dengan aromanya yang smokey tu saya mengambil satu untuk merasanya.

Eh, lembut sahaja dagingnya. Ini makan dengan cicah air asam pun sedap ini.

Jadi tukar plan, sedikit sahaja daging salai dimasukkan ke dalam lemak pucuk paku, selebihnya makan begitu sahaja.

Bahan-bahan untuk masak lemak adalah:

  • pucuk paku

  • daging salai

  • cili api ditumbuk

  • santan

  • halia

  • kunyit

  • serai

  • asam keping

Cara memasak ada dalam gambar ya.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Daging lembu salai yang aroma memikat selera

Potong daging kecil dan nipis

Siang pucuk paku dan masukkan dalam besen hijau

Oleh kerana saya jarang memasak, bahan-bahan seperti serai, kunyit dan halia saya gunakan yang dah dikisar sahaja. Lebih tahan lama untuk disimpan.

Tumbuk cili api ikut kepedasan yang mahu.

Masukkan semuanya dalam periuk kecuali pucuk paku.

Rebus dahulu sehingga sebati.

Masukkan pucuk paku setelah mendidih.

Masukkan asam keping.

Akhir sekali masukkan santan kotak cap kara.

Siap dalam periuk. Perasakan dengan garam dan gula kalau korang suka.

Dah, jom makan pucuk paku dan daging salai masak lemak.

Similar Posts

  • Talent Diperlukan (TUTOR)

    TUTOR (SEPENUH MASA)KELAS MEMBACA ONLINE WHIZTOTSPASIR GUDANG, JOHORBOLEH BEKERJA DARI MANA-MANA LOKASI DI MALAYSIA (REMOTE)BASIC RM1,200 + ELAUN KPI RM300 SEBULAN . . Kami mencari individu komited dan bertanggungjawab yang mampu membantu menguruskan perkembangan pelajar. . TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: Merancang pelaksanaan kelas mengikut program dan panduan rancangan mengajar yang diberikan. Menyediakan bahan bantu mengajar yang…

  • Titik Hijau Karipap

    Minggu ini asyik makan karipap sahaja. Sebabnya ada banyak stok karipap. Hahaha. Ada yang saya beli dan ada yang kawan-kawan beri. Terima kasih pada yang beri, sedap-sedap belaka. Kadang-kadang pada karipap ada tanda titik pelbagai warna. Karipap kali ini warnanya hijau. Karipap kentang daging. Sedap walaupun rupanya tak begitu cantik. Afiah tanya, “Mommy, kenapa ada…

  • Pendaftaran Kelas Membaca Januari 2020

    Pendaftaran untuk kelas membaca Januari 2020 masih lagi dibuka >>> https://whiztots.onpay.my/order/form/plpbak Terdapat 2 pakej yang ditawarkan iaitu General dan Flex. Pakej Literasi Premium Bacalah Anakku (General) Mengandungi: Kelas membaca 3 kali seminggu (10 ke 12 sesi sebulan) Buku dan bahan kelas (bernilai RM150) Seminar Fonik BAK x 1 pax adult (bernilai RM100) Majlis Anugerah Tamat…

  • Mencari Pengasuh

    “Esok, semua orang kena bangun pagi. Mommy nak bawa nenek pergi hospital.” “Dan?”, tanya Afiah. “Dan apa?” “Dan kami semua kena pergi mana?” “Semua kena ikut mommy.” “Hari tu mommy kata kami semua pergi rumah Aunty Y.” Aunty Y adalah pengasuh yang baru saya ambil bekerja pada bulan lepas. Baik orangnya. Pengasih dan penyayang. Menjaga…

  • Menu bersahur kali kedua

    Menu bersahur hari ini agak pelik. Saya tak pernah makan begini. Tapi sebab inilah menu yang disusunkan, kita ikut sahaja. 6 keping biskut cracker dengan susu segar. Saya tambahkan pisang dan strawberi. Sedap juga rupanya. Makan bersama 2 biji telur scrambled dengan sedikit minyak. Ditaburkan lada hitam aji-shio. Huhu. Tidak lupa sebiji epal hijau yang…

Leave a Reply