Hari pertama

Jom kita reflect apa yang saya dah buat hari ini.

1st, tadi pagi bangun pukul 7, tapi lepas vc ngan b, saya tidur balik sampai pukul 12. Hmmm rugi rugi.

2nd, pasal makan lak. Breakfast makan telur separuh masak 2 biji, lempeng 3 keping. Kemudian lunch makan buah rockmelon dan juga nasi beriani ayam bakar. Dinner makan megi telur.

Dah lama tak mengira kalori, rasanya lebih bajet juga tu.

3rd, pasal senaman. Hari ni berjaya bersenam selama 30 minit dan jumlah step 3,755.

Apa halangan hari ini? Rasa malas kot.

Apa yang saya nak buat esok?

1st, breakfast esok pagi adalah telur 2 biji dan nugget. Lunch makan nasi, lauk kari ayam dan juga sayur bayam. Dinner pula tempe goreng.

2nd, besok kita bangun pukul 7 dan terus mandi. Lepas vc b, boleh terus buat kerja. Lagipun nampaknya esok kita kena buat pergi beli buah dan sayur.

3rd, kita kekalkan senaman 30 minit esok. Cuba buat pagi. Dan steps tidak kurang 3,755 steps.

Saya pernah hidup dengan healthy lifestyle sebelum ni.

Saya pernah bangun pukul 5 pagi setiap hari dan masih lagi bersenam dan menjaga pemakanan.

Saya pernah tidak makan karbohidrat dan makan secara sihat.

Saya pernah bersenam setiap hari.

Jadi, saya mesti boleh melakukan semua ini semula.

Ingat rule 21:90. 21 hari untuk ianya menjadi tabiat dan 90 hari untuk ianya menjadi lifestyle.

I can do this!


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Belajar Cara Uruskan Wang

    “Mommy, hari ini Sabtu,” kata Afiah masa ambil mommy selepas Seminar Fonik dan Brain Gym. Mommy yang kepenatan rasa nak pengsan angguk-angguk macam burung belatuk. “Mommy, hari ini hari Sabtu kan,” ulang Afiah lagi. “Ya, kakak. Sabtu,” balas mommy pendek. “Kan hari Sabtu mommy nak kena bagi kakak duit poket,” Afiah sengih-sengih. Ya Tuhan, mommy…

  • Buat Kerja Rumah Mengikut Usia

    Dari ruang santai, Azmina nampak saya makan roti bersapu mentega dan jem strawberi. Terus dia berlari ke meja makan dan memberitahu, “Mommy, Angah lapar lagi. Nak roti.” Saya suakan roti saya. Azmina menggeleng. “Nak Angah punya.” Saya buka plastik roti mahu mengambil roti baru untuknya. Azmina pegang tangan saya dan berkata, “Mommy, Angah buat ya.”…

  • Kenapa Nak Pakai Tudung?

    “Kenapa kakak nak pakai tudung?” “Sebab nak tutup aurat.” Padu jawapan tu. Dah agak lama juga dia merengek nak pakai tudung. Mungkin sebab lihat orang sekeliling pakai tudung. Atau mungkin memang Allah SWT gerakkan hatinya lebih awal. Macam-macam syarat mommy letak. Kena pandai uruskan rambut sendiri. Dan dia belajar sikat rambut, ikat rambut. Walaupun sikat…

  • Makanan Meransang Perkembangan Otak

    Semasa saya masih bertugas sebagai guru, saya ada seorang pelajar bernama Zul (bukan nama sebenar). Ada satu hari itu, beliau nampak begitu ceria. Segala apa yang diajar pada hari tersebut dapat difahaminya dengan mudah. Zul adalah pelajar yang sudah sekian lama saya ajarkan membaca. Dua tahun mengajarnya, menulis nama sendiri pun masih lagi terkial-kial meniru…

  • Tutor/ Teacher (Part Time) Diperlukan

    Adakah Anda Individu Yang Kami Cari? .TUTOR/ TEACHER (Sambilan/ Separuh Masa) diperlukan segera..GAJI RM10 – RM25 sejam (Mengikut bilangan pelajar, kelayakan dan pengalaman) + ELAUN Kehadiran + INSENTIF Tutoring.Whiztots Cepat Membaca sedang mencari individu untuk bersama kami mengembangkan organisasi ini untuk 2019..TUGAS-TUGAS TUTOR++++++++++++++++++++++++++++++++++++++1. Melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran sekurang-kurangnya 10 kali dalam seminggu2. Menyediakan bahan belajar…

  • Mengurus Emosi Anak

    Tiba-tiba.. “Tak ada lelaki suka kat kakak”, kata Afiah perlahan. Mommy bulatkan mata sambil hidung kembang kempis, “Apa kakak?” “Tak, kakak kata tak ada lelaki pun suka kat kakak, kecuali H. Tapi H tu lainlah.” Lain sebab H anak murid mommy. Dan H itu memang kelainan sangat. Mommy raup muka sampai ke dada, lepas tu…

Leave a Reply