Makanan Meransang Perkembangan Otak

Semasa saya masih bertugas sebagai guru, saya ada seorang pelajar bernama Zul (bukan nama sebenar). Ada satu hari itu, beliau nampak begitu ceria. Segala apa yang diajar pada hari tersebut dapat difahaminya dengan mudah.

Zul adalah pelajar yang sudah sekian lama saya ajarkan membaca. Dua tahun mengajarnya, menulis nama sendiri pun masih lagi terkial-kial meniru daripada tanda namanya sendiri. Ada masanya dia menulis nama dalam tulisan terbalik. Ada masanya nama panjang yang persis nama seorang raja itu pun dilupakannya.

Pendek kata mengajarnya memang membuatkan tumpah air mata sentiasa. Tumpah kerana mengasihaninya dan juga tumpah kerana stress mengulang perkara yang sama bertahun-tahun.

Jadi bila hari itu Zul dapat memahami pengajaran dengan mudah dan cepat, saya terus selidik.

  • Ada siapa di rumah?
  • Buat apa sebelum datang sekolah?
  • Makan apa hari ini?

Mulanya jawapannya sama sahaja seperti hari-hari biasanya. Tapi akhirnya pecah satu cerita. Sebelum ke sekolah hari itu, ibu berikan dia multivitamin. Jenis apa, jenama apa, berapa biji tidaklah diketahui.

Sejak itu saya perhatikan dia dengan lebih teliti. Setiap hari saya akan bertanyakan soalan tentang apa yang berlaku dan dimakan di rumah.

Selepas beberapa bulan, saya membuat kesimpulan bahawa pada hari-hari yang ibunya memberikannya multivitamin, Zul dapat memahami pembelajaran dengan lebih baik dan cekap. Sebaliknya pada hari-hari yang tidak mengambilnya, Zul sangatlah lemau dan gagal memahami apa yang diajar.

Hari ini, barulah saya lebih memahami kaitan antara multivitamin dengan kecekapan otak Zul memproses maklumat.

Menurut Marilee Sprenger dalam bukunya Wiring The Brain For Reading, nutrisi semasa mengandung merupakan bahagian penting dalam pembangunan otak.

Sebab itulah, kebanyakan doktor akan memastikan ibu mengandung mengambil asid folik. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan tiub neural pada bayi.

Setiap neuron dalam otak akan menerima nutrient dan menggunakannya untuk mencipta neurotransmitter, bahan kimia dalam otak yang membantu kita membuat segala apa yang kita buat. Sesetengah neurotransmitter ini memerlukan makanan tertentu untuk dihasilkan.

Contohnya adalah;

  • Protin seperti daging, telur, keju, ikan dan kekacang digunakan untuk menghasilkan tirosin, bagi menghasilkan dopamin. Dopamin membantu memberi perhatian, fokus, motivasi dan sikap positif.
  • Susu dan sebahagian daripada karbohidrat kompleks, seperti bijirin penuh, sayuran digunakan untuk menghasilkan triptofan, bagi menghasilkan serotonin. Serotonin mempengaruhi mood, kebahagiaan dan rileksasi.
  • Kuning telur, kekacang dan kacang soya pula mengandungi nutrien diperlukan untuk menghasilkan kolin, bagi menghasilkan asetilkolin. Asetilkolin mempengaruhi penciptaan dan mengesan semula daya ingatan, pergerakan dan konsentrasi.

Bonusnya pula adalah coklat gelap kaya dengan aktioksidan dan bagus untuk otak dan juga badan. Ia mengeluarkan bahan radikal bebas dalam otak.

Bayangkan apa yang berlaku dalam otak anak kita kesan daripada pemakanan yang kita beri!

Selepas ini, kita perlu memberikan lebih perhatian terhadap apa yang masuk ke dalam perut anak kita. Pastikan anak mengambil sekurang-kurangnya 10 peratus protin dalam pemakanan harian mereka bagi memastikan otak dapat berfungsi dengan sempurna dari semua segi.

Dan jika anak dikenalpasti mempunyai masalah khusus tertentu, boleh baca semula jenis-jenis makanan yang mempengaruhi masalah khusus tersebut. Barangkali anak kita jenis yang memilih makanan dan hanya makan makanan tertentu sahaja.

Contohnya apabila anak kita ada masalah dengan fokus dan memberi perhatian, lebihkan makanan dari sumber protin. Dan apabila anak kita sukar dikawal dan kerap tantrum berikan makanan seperti susu dan karbohidrat kompleks. Dan sentiasa berikan sedikit coklat gelap setiap hari.

Nampak mudah tetapi penuh cabaran untuk melaksanakannya. Saya ucapkan selamat maju jaya.


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Tikar Terlipat

    Dari dalam tandas, boleh dengar suara Angah menangis meraung-raung. Tapi bukan jenis tangisan sakit, lebih kepada tangisan minta perhatian. Namun, masih rasa tak syok nak mandi dan menyelesaikan hajat. Maka, mommy pun keluar ke depan dan menggunakan nada suara yang tegas dan muka serius, “Angah nak apa?” Angah menuding jari ke hujung bilik. “Nak apa?”…

  • Anak Tak Suka Pergi Sekolah?

    “Patutlah dia asyik beri alasan sekarang ni kalau nak ke sekolah.” Cepat-cepat saya toleh ke ibu-ibu yang sedang membawang itu. “Siapa kak?”, saya pun nak sertai juga membawang ni. Huhu. Dan bermulalah cerita yang saya mesti kongsi di sini. Bukan untuk mengaibkan sesiapa, kerana saya tidak akan dedahkan siapakah individu yang terlibat. Semua nama watak…

  • 5 Strategi Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-kanak Berumur 5 Tahun

    Pengajaran bahasa kepada kanak-kanak berumur lima tahun memerlukan pendekatan yang kreatif dan sesuai dengan tahap perkembangan mereka. Berikut adalah lima strategi pengajaran bahasa yang efektif untuk kanak-kanak berumur lima tahun: 1. Pembelajaran Melalui Permainan Kanak-kanak berumur lima tahun terutamanya belajar melalui bermain. Oleh itu, guru boleh menggunakan permainan seperti permainan papan, permainan peranan, atau aktiviti…

  • Susah

    “Afiah hari-hari nak lukislah mommy. Tapi Afiah dah tak tahu nak lukis apa.” Mommy kelip-kelip mata pandang Afiah yang sakan mengomel. “Afiah lukislah apa yang Afiah nampak.” “Haa?” Giliran Afiah pula membulatkan mata memandang saya, tanda tidak faham. “Lukis apa yang Afiah nampak.” Saya ulang sekali lagi. Afiah masih memandang saya sambil kelopak matanya terkelip-kelip…

  • Jual Beli Emas Di Public Gold

    Memang sejak jadi cikgu 2008 lagi dah terbuka pintu hati untuk menyimpan dalam bentuk emas. Cuma masa tu kurang ilmu, jadi saya menyimpan barang kemas. Kebanyakannya adalah cincin. Setiap bulan saya peruntukkan minimum RM500 dari gaji untuk membeli barang kemas.Dan setiap barang kemas dibeli tidak melebihi RM1000. Kononnya masa itu fahaman saya adalah mudah untuk…

Leave a Reply