Aurat 4 Tahun vs 7 Tahun

Acapkali apabila saya menghadiri kursus di Read Network, Afiah dan Azmina saya tinggalkan di BACC Platinum Walk Setapak (Sekarang telah berpindah). Di sini selain daripada diberi makan, bermain dan tidur, mereka turut mendapat pelbagai ilmu.

Bila ambil, bukan main meriahnya Azmina bercerita.

“Ada lelaki dan perempuan. Lelaki boleh pakai seluar pendek sampai lutut. Perempuan boleh pakai seluar panjang sahaja.”

Nah, apalah yang diajar agaknya ya. Kemudian datang pula Afiah bercerita.

“Hari ini kakak belajar pasal aurat lelaki dan perempuan. Aurat lelaki dari pusat sampai lutut. Perempuan pula kena tutup semua kecuali muka dan dua tapak tangan.”

Barulah mommy, “Oh, ini yang mereka belajar.”

Mereka berada di tempat yang sama, melalui sesi pembelajaran yang sama, dengan guru yang sama. Tetapi penerimaan mereka tentang perkara yang sama itu menjadi berbeza.

Anak yang empat tahun hanya tahu sampai ke tahap pakaian berbeza antara lelaki dan perempuan. Manakala anak yang tujuh tahun tahu sampai ke tahap aurat berbeza antara lelaki dan perempuan.

Begitulah.


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Roti Bom Keramat AU5

    Apabila datang ke Kuala Lumpur ini pasti teringat-ingat nak bersarapan roti bom di Medan Selera AU5 Taman Permata. Roti bomnya lembut, gebu gebas. Sama sahaja rasanya sejak bertahun-tahun dahulu. Kadang-kadang sahaja bila ke sini dapat makan roti ini. Seringkalinya bila sampai roti sudah habis. Kerana sampaipun lewat pagi. Haha. Memandangkan sepanjang berkursus Certified Trainer ini…

  • PENDAFTARAN KELAS MEMBACA ONLINE BATCH APRIL 2022

    Pendaftaran Kelas Membaca Online Telahpun Dibuka! Ada 7 sahaja tempat kosong! Daftar terus di link berikut:ezy.la/entrybak Jadual kelas yang dibuka untuk pendaftaran: BAK108Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat (3 kali seminggu)8.50 malam15-20 minit setiap sesiMaksimum 12 kali sebulanYuran program + yuran bulan pertama: RM259Yuran bulan kedua dan seterusnya: RM220/bulan BAK114Setiap Selasa & Khamis (2 kali seminggu)8.50…

  • Notis Letak Jawatan

    Selepas mencuba selama lebih sebulan, dapat juga jumpa GB semalam. Mencuba tu bukan apa, ada masanya ke sekolah, GB urusan luar, ada masanya saya sendiri yang kecut perut nak meluahkan. 🤢 Lepas dapat meluahkan ayat, “Ustaz, saya nak letak jawatan.” Rasa ringan kepala 😄 InsyaAllah, semoga perjalanan saya homeschooling anakanda bertiga ini dipermudahkan, bulan Mei…

  • Benefits of Baby-led Weaning

    Isyraq memerhatikan potongan buah naga di hadapannya dengan penuh asyik. Dia menolak potongan buah tersebut dengan jarinya. Sejuk. Barangkali itu dalam fikirannya berdasarkan reaksi pada wajahnya. Mommy baru keluarkan buah naga itu dari peti ais. Isyraq cuba memegang buah naga dengan tangan kanannya. Licin. Terlepas. Isyraq mengangkat buah naga dengan mengepitnya menggunakan kedua-dua tangan kanan…

  • Goreng Pisang

    Anak yang seorang ini memang sangat suka makan. Mungkin kesan dari aktiviti makan mommy semasa mengandung. Huhu. Ini masukkan sekeping goreng pisang terus ke dalam mulut. Sabar sahajalah mommy. Bergaduh nak keluarkan dari mulutnya. Tapi tetap mommy yang berkuasa. Haha. Authority! Nor Azleen Abd Rahim #cikgumommy Discover more from Cikgu Azleen Subscribe to get the…

  • Pertemuan Lisensi Phonicsmart Cepat Membaca JDT Kali Pertama

    Alhamdulillah, hari itu terlaksana juga hajat nak bertemu muka dengan lisensi-lisensi Phonicsmart Kelas Cepat Membaca JDT. Walaupun tidak semua yang dapat hadir, almaklumlah ada yang sedang berpantang, ada yang berkursus, ada yang urusan keluarga, mana yang hadir pun sudah cukup gamat. Berjumpa macam dah kenal bertahun-tahun. Macam-macam cerita. Masing-masing nak bercakap. Memang dasar cikgu, riuh…

Leave a Reply