Pertemuan Lisensi Phonicsmart Cepat Membaca JDT Kali Pertama

Alhamdulillah, hari itu terlaksana juga hajat nak bertemu muka dengan lisensi-lisensi Phonicsmart Kelas Cepat Membaca JDT.

Walaupun tidak semua yang dapat hadir, almaklumlah ada yang sedang berpantang, ada yang berkursus, ada yang urusan keluarga, mana yang hadir pun sudah cukup gamat.

Berjumpa macam dah kenal bertahun-tahun. Macam-macam cerita. Masing-masing nak bercakap. Memang dasar cikgu, riuh sentiasa.

Walhal sebenarnya ada kalangan kami yang baru bersua muka kali pertama. Ianya tidak membantutkan usaha untuk beramah mesra dan saling mengenali.

Lima lisensi JDT yang hadir iaitu Puan Azlina Nawi dan Ustaz Fazli Ghazi dari Moffaz Readers Skudai, Cikgu Masturah A. Latib dari Magicphonics Austin Perdana, Cikgu Mida Hamdan dari SMART Edu Kulai, Cikgu Yanti Ibrahim dari Kelas Membaca Cikgu Yanti Kempas dan saya, Azleen dari Whiztots Pasir Gudang.

Berjumpa bukan sekadar berbual-bual dan makan-makan, ya, banyak makanannya dan sedap-sedap belaka. Kami sempat juga merancang kolaborasi aktiviti-aktiviti lisensi JDT untuk sehingga 2018.

InsyaAllah akan ada projek kolaborasi antara lisensi JDT yang akan merancakkan lagi dunia membaca kanak-kanak di bumi ini.

Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan dan InsyaAllah berniaga berjemaah itu lebih afdhal dan banyak manfaatnya.

No kontek lisensi ada pada gambar ya!

LITERASI BUKANLAH SATU ANUGERAH!

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Dari kiri: Cikgu Mida Hamdan (Kulai) 0197004473, Cikgu Yanti (Kempas) 01128654508, Cikgu Nor Azleen Abd Rahim (Pasir Gudang) 0173329298 dan Puan Azlina Nawi (Skudai) 0185958184.

Dari kiri: Cikgu Masturah A. Latib (Johor Bahru) 0197744613, Cikgu Yanti Ibrahim (Kempas) 01128654508, Puan Azlina Nawi (Skudai) 0185958184 dan Cikgu Mida Hamdan (Kulai) 0197004473.

Similar Posts

  • Pantun Melayu

    Burung kenek-kenek terbang cucur atap, Pesan datuk nenek rajin-rajin baca kitab. Burung kenek-kenek terbang atas pagar, Pesan datuk nenek rajin-rajinlah belajar. Burung kenek-kenek hinggap tepi pandan, Pesan datuk nenek rajin-rajin jaga badan. Burung kenek-kenek hinggap tepi telaga, Pesan datuk nenek budi bahasa budaya. Dua tiga hari ni saya menyanyikan lagu-lagu ini kepada Isyraq sewaktu memandikannya….

  • Hari pertama

    Jom kita reflect apa yang saya dah buat hari ini. 1st, tadi pagi bangun pukul 7, tapi lepas vc ngan b, saya tidur balik sampai pukul 12. Hmmm rugi rugi. 2nd, pasal makan lak. Breakfast makan telur separuh masak 2 biji, lempeng 3 keping. Kemudian lunch makan buah rockmelon dan juga nasi beriani ayam bakar….

  • Pegawai Customer Services Diperlukan SEGERA

    Adakah Anda Individu Yang Kami Cari?.CUSTOMER SERVICES (Sepenuh Masa) diperlukan segera..Whiztots sedang mencari individu untuk bersama kami mengembangkan organisasi ini untuk 2019..TUGAS-TUGAS CUSTOMER SERVICES++++++++++++++++++++++++++++++++++++1. Menyediakan dan menghantar invois kepada pelanggan (melalui emel, billplz, whatsapp, sms)2. Membuat kutipan yuran dari pelanggan3. Mengemaskini sistem maklumat pelanggan4. Melayan pertanyaan dan permintaan pelanggan5. Membuat survey dan research berkaitan khidmat…

  • Mana Sungainya?

    “Abah, kita dah sampai mana?” “Sungai Besi”. “Banyak bangunan sahaja. Mana ada sungainya?”. Ya tak ya juga, mommy pun tak tahu yang mana satu Sungai Besinya. Begitulah, kanak-kanak fikirannya mudah. Semuanya berasaskan logik. Jika namanya sungai, haruslah ada sungai kan. Bila sungainya tidak nampak, maka menjadilah satu kepelikan mengapa namanya ada sungai. Mudah. Logik. Jadi…

Leave a Reply