Bengkel PdPc Fonik Literasi BM

Hari ini rehearsal Bengkel PdPc Fonik Literasi BM dengan cikgu-cikgu Linus dan Pemulihan di SK Taman Pasir Putih.

Terima kasih sudi luangkan masa mendengar perkongsian saya.

Dalam bengkep PdPc kita banyak berkongsi perlaksanaan fonik dalam kelas. Isu-isu yang timbul. Cara mengatasinya.

Asasnya lebih kurang perkongsian pengalaman saya melaksanakan fonik dalam kelas di sekolah selama 3 tahun dan juga selama setahun lebih di kelas membaca.

Samada kelas membaca berbayar atau belajar membaca di sekolah, isu yang timbul sama sahaja.

Bagaimana nak buat dengan murid yang dah ajar berkali-kali tapi tak dapat?

Bagaimana nak laksanakan pemulihan (bukan pemulihan khas, tapi pemulihan dalam kelas)?

Bagaimana nak kekalkan momentum murid belajar dan kekal fokus selama 60 minit?

Dan banyak lagi bagaimana.

Apapun, saya harap ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dengan melaksanakannya dalam kelas.

Ilmu hanya bermanfaat apabila ia diamalkan.

InsyaAllah besok kita berbengkel besar di Wisma Pelaut Pasir Gudang bersama 70 lebih orang guru.

Jumpa di sana!

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Sambil bengkel ambil gambar juga

Khusyuk buat trek lumba.

Cikgu lelaki pun ada.

Sebelum dapat hadiah, kena jawab soalan mudah ya cikgu!

Hadiah lagi. Tampal dalam kelas ok.

Terima kasih atas cenderahati.

Similar Posts

  • Bengkel PdPc Fonik Literasi BM

    Ishhh, malam-malam ini ada pula yang pm tanya macamana saya tulis RPH bila mengajar fonik. Bagaimana saya kaitkan dengan konstruk Linus. Adeh deh. Inilah antara perkara yang kita kena faham. Faham bagaimana buku Bacalah Anakku di susun. Kemudian fahami kandungan Konstruk Literasi BM. Dapatkan kaitannya. Mudahlah nak tulis RPH nanti. Nak lebih terperinci, saya akan…

  • TB: Anak Pemulihan 9 Tahun Cepat Membaca Dalam 3 Bulan

    Murid ni diajar membaca dengan kaedah fonik #bacalahanakku Perhatikan betul-betul dia menyebut perkataan yang berakhir dengan /k/ atau /n/ atau mana-mana suku kata tertutup berbeza sedikit. Dah lepas 12 konstruk linus. 3 bulan sahaja. Masih perlu dibimbing tetapi minimal. Nor Azleen binti Abd Rahim Professional Mommy

  • Afiah Simpan Wang

    Hari ini hari pemberian wang saku untuk Afiah. Menjadi rutin untuk Afiah menuliskannya di dalam buku pengurusan kewangan peribadinya. Huhu. Mula-mula kami kirakan wang yang ada dalam beg dompetnya. Kemudian kami tuliskan. Hari ini Afiah tulis sendiri berpandukan cara mommy tulis sebelum ini. Minggu ini, Afiah ada terima wang sebanyak RM50 pemberian Tok Wan. Jadi…

  • Tips Jual Beli Online

    Hari itu adalah saya membuat pesanan sarapan daripada satu grup ini. Kebetulan sang penjual tinggal berdekatan dengan rumah, setaman sahaja. Saya mesej sehari sebelum, dan siap tanya juga pukul berapa sarapan dihantar. Katanya bermula pukul 8.00 pagi hingga habis penghantaran. Tiba hari yang dinanti, kerana sarapan yang dijual adalah sarapan yang jarang-jarang ditemui, saya menunggu….

  • Mana Sungainya?

    “Abah, kita dah sampai mana?” “Sungai Besi”. “Banyak bangunan sahaja. Mana ada sungainya?”. Ya tak ya juga, mommy pun tak tahu yang mana satu Sungai Besinya. Begitulah, kanak-kanak fikirannya mudah. Semuanya berasaskan logik. Jika namanya sungai, haruslah ada sungai kan. Bila sungainya tidak nampak, maka menjadilah satu kepelikan mengapa namanya ada sungai. Mudah. Logik. Jadi…

Leave a Reply