Resepi Sandwich Kerabu Ayam

Hari ini bersahur dengan sandwich kerabu ayam dan segelas jus epal. Tidak dilupakan 2 biji kurma dan air sejuk.

Mudah sahaja buat kerabu ayam ini. Ini resepi saya berdasarkan bahan yang saya ada. Kalian boleh ubahsuai ikut bahan yang kalian ada.

Bahan-bahannya:

  • baki ayam goreng masa berbuka

  • kubis bulat yang rangup

  • setengah biji jus lemon

  • garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Racik ayam kecil-kecil, buang tulang temulang ke dalam tong sampah yang berdekatan. Masukkan dalam bekas saiz bersesuaian.

  2. Hiris dan cincang kubis halus-halus. Pastikan dibasuh bersih dahulu ya. Masukkan dalam bekas sama ayam tadi.

  3. Perahkan setengah biji lemon ke dalam bekas yang sama. Buangkan biji-bijinya.

  4. Taburkan sedikit garam secukup rasa. Gaul rata.

Boleh tambah lada hitam jika nak pedas. Atau boleh juga guna cili api yang diracik halus.

Kepitkan kerabu ayam ini diantara dua keping roti wholemeal untuk menjadikannya sandwich.

Saya tambah sekeping hirisan keju. Sedikit rasa lemak masin bagi menambah selera di pagi hari.

Selamat berpuasa.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Similar Posts

  • Buat Kerja Rumah Mengikut Usia

    Dari ruang santai, Azmina nampak saya makan roti bersapu mentega dan jem strawberi. Terus dia berlari ke meja makan dan memberitahu, “Mommy, Angah lapar lagi. Nak roti.” Saya suakan roti saya. Azmina menggeleng. “Nak Angah punya.” Saya buka plastik roti mahu mengambil roti baru untuknya. Azmina pegang tangan saya dan berkata, “Mommy, Angah buat ya.”…

  • Phonemic Playgrup Sunday

    Hari ini kali pertama kelas beroperasi di rumah baru Whiztots Cepat Membaca. Dirasmikan oleh kelas Phonemic Playgroup Sunday (PPS). PPS ini dibuka untuk anak-anak berusia 3 tahun 6 bulan ke atas. Anak pelat, pendiam, bercakap bahasa alien, semua boleh sertai. Jika anak belum pandai urus diri sendiri, ibu bapa perlu tunggu anak. Jika sudah pandai,…

  • Tikar Terlipat

    Dari dalam tandas, boleh dengar suara Angah menangis meraung-raung. Tapi bukan jenis tangisan sakit, lebih kepada tangisan minta perhatian. Namun, masih rasa tak syok nak mandi dan menyelesaikan hajat. Maka, mommy pun keluar ke depan dan menggunakan nada suara yang tegas dan muka serius, “Angah nak apa?” Angah menuding jari ke hujung bilik. “Nak apa?”…

  • Anak Rindu Mommy

    Baru sampai dari Muar. Terus pergi ambil Afiah dan Azmina di rumah pengasuh. Menjerit-jerit nampak mommy macam seminggu tak jumpa. Masuk dalam kereta macam-macam nak diadukan. Demamlah, selesemalah. Alahai, baru sehari mommy pergi tinggalkan awak berdua dengan abah, dah macam-macam penyakit timbul. Andai 3 hari mommy pergi? Afiah kata, “Kalau mommy pergi 3 hari lagi…

  • 5 Peranan Ibu Bapa Dalam Membantu Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk asas perkembangan anak-anak. Selain dari guru dan institusi pendidikan, ibu bapa juga mempunyai impak yang besar dalam membantu perkembangan dan pembelajaran awal anak-anak. Berikut adalah lima peranan ibu bapa yang penting dalam membantu pendidikan awal kanak-kanak: 1. Pembina Kepentingan dan Minat dalam Pembelajaran Ibu bapa mempunyai peranan…

Leave a Reply