Hari ini saya nak kongsikan kertas aktiviti untuk permainan kreatif “Mana /a/”. Aktiviti ini saya gunakan untuk kelas anak berusia 4 tahun.
Berpandukan Rancangan Mengajar Bacalah Anakku Anak 4 Tahun Minggu 1, susunan aktiviti adalah seperti berikut:
- Ajar bunyi /a/
- Ajar aksi asosiasi /a/
- Ajar simbol /a/
- Perkenalkan gambar-gambar bermula dari /a/
- Bermain permainan kreatif Mana /a/ menggunakan kertas aktiviti yang dilampirkan.
- Menulis simbol /a/ dengan kertas berpasir, playdoh, finger-painting
- Menyanyi lagu Abu Ada Ayam bersama aksi
Cara bermain Mana /a/ adalah seperti berikut:
- Sebut gambar-gambar dan minta anak tunjuk dalam kertas
- Ibu/ guru sebut /a/ dan minta anak tunjuk mana /a/ dalam kertas
- Ajar anak bulatkan /a/ dalam kertas
Dan berikan ganjaran jika anak dapat menjawab dengan betul. Berikan galakan dan panduan jika anak masih memerlukan bantuan mengenal mana /a/.
Selamat mencuba!
Download kertas aktiviti Permainan Kreatif “Mana /a/” = mana ‘a’
Download gambar bermula /a/ = gambar ‘a’