Kenapa Saya Selalu Sarankan eBook Aktiviti Dulu, Bukan Terus Playbook
Soalan ni saya dapat hampir setiap minggu.
“Cikgu, patut ke saya terus ambil Playbook Jom Fonik?”
“Kenapa tak mula dengan playbook je, kan lagi lengkap?”
Dan setiap kali tu juga, saya akan jawab dengan senyuman yang sama:
“Sebab ibu dan anak perlukan pengalaman dulu… bukan teori.”
Biar saya cerita.
Kisah Ibu Yang Terlalu Bersedia (Tapi Anak Masih Diam)
Pernah ada seorang ibu ni.
Dia sangat bersungguh-sungguh.
Baca, kaji, tengok video, simpan nota.
Bila dia mula ajar anak, dia dah tahu:
- apa itu fonik
- kenapa bunyi lebih penting
- kenapa tak boleh lompat
Tapi…
anak dia masih diam depan huruf.
Ibu tu pun keliru.
“Kenapa ya cikgu… saya faham, tapi anak macam tak jalan?”
Jawapan saya ringkas:
👉 Sebab kefahaman ibu belum diterjemahkan jadi pengalaman anak.
Playbook = Peta. Tapi Anak Perlukan Jalan Yang Boleh Dipijak Dulu.
Playbook Jom Fonik memang lengkap.
Ia bantu ibu:
- faham keseluruhan sistem fonik
- susun pembelajaran jangka panjang
- design sendiri aktiviti ikut tahap anak
TAPI…
Kalau ibu terus mula dengan playbook,
tanpa pernah:
- buat aktiviti sebenar
- tengok reaksi anak
- rasa sendiri “oh, ini rupanya fonik”
Ibu akan cepat rasa:
“Banyaknya info…”
“Tak tahu nak mula kat mana dulu…”
Dan anak pula?
Masih belum sempat rasa berjaya.
eBook Aktiviti = Langkah Pertama Yang Selamat & Ringan
Sebab tu saya sengaja sarankan:
👉 Mulakan dengan eBook Aktiviti Jom Fonik dulu.
Dalam eBook Aktiviti:
- ibu terus buat, bukan baca teori
- anak terus terlibat dengan bunyi
- sesi pendek, tak tekanan
- ada struktur tanpa buat ibu rasa “overwhelmed”
Ia seperti:
🌱 belajar berenang dengan masuk air cetek dulu
bukan terus lompat ke laut dalam.
Bila eBook Dah Jalan, Playbook Jadi Masuk Akal
Ini yang selalu berlaku (dan saya suka sangat dengar ayat ni):
“Ohhh cikgu… baru saya faham kenapa buat macam ni dulu.”
Bila ibu dah:
- nampak anak boleh gabung bunyi
- faham kenapa ulang itu penting
- sedar kenapa tak perlu kejar cepat
Barulah playbook jadi:
✔ jelas
✔ logik
✔ senang digunakan
Playbook bukan lagi “buku berat”.
Ia jadi alat sokongan.
Jadi Kalau Ibu Baru Nak Mula…
Saya tak nak ibu:
- beli banyak
- keliru
- dan akhirnya berhenti di tengah jalan
Saya nak ibu rasa yakin dulu.
🌱 Mulakan dengan eBook Aktiviti Jom Fonik
Supaya:
- anak dapat pengalaman membaca awal
- ibu faham melalui praktikal
- hubungan belajar jadi lebih tenang


