Ajar Menulis Dengan Mudah Dan Sistematik Guna Elkonin Box

“Anak boleh baca… tapi bila suruh tulis, terus kaku.”

Pernah tak jadi macam ni?

Anak boleh sebut perkataan dengan yakin.

Bila kita tanya, “Ini bunyi apa?”

Dia jawab. Laju pula tu.

Tapi bila hulur pensel dan cakap,

“Okay, cuba tulis,”

Terus senyap.

Pensel berpusing.

Mata pandang siling.

Kadang-kadang siap buat gaya macam tengah berfikir soalan KBAT tahap Olimpik.

Dan ibu pun mula risau.

“Eh… kenapa boleh baca tapi tak boleh tulis?”

“Aku ajar salah ke ni?”

Sebenarnya…

menulis perlukan kemahiran tambahan yang berbeza dari membaca.

Untuk menulis, anak perlu:

– dengar bunyi

– asingkan bunyi satu per satu

– simpan dalam kepala

– baru pindahkan ke tangan

Kalau bunyi dalam kepala masih bercampur,

tangan memang akan jam.

Sebab tu segmenting jadi sangat penting.

Segmenting ni bukan terus suruh anak tulis huruf.

Tapi ajar otak anak faham struktur bunyi dulu.

Di muka surat 25 eBook Aktiviti Jom Fonik,

saya guna teknik Elkonin Box.

Kotak-kotak kecil.

Token kecil.

Nampak macam main dam haji versi comel.

Tapi jangan pandang rendah.

Setiap token yang anak tolak ke dalam kotak,

melambangkan satu bunyi.

Tak perlu sebut kuat.

Tak perlu takut salah.

Tak perlu sempurna.

Cukup dengar.

Cukup asingkan.

Bila anak boleh asingkan bunyi dengan yakin,

barulah menulis jadi lebih logik untuk dia.

Sebab masa tu:

– otak tahu berapa bunyi

– tangan tahu berapa huruf nak tulis

– anak tak rasa “aku teka je ni”

Dan yang paling ibu suka…

Anak yang biasanya diam,

boleh buat aktiviti ni tanpa tekanan.

Tak ada jawapan salah.

Tak ada muka ibu yang tiba-tiba serius.

Tak ada ayat,

“Kenapa ni pun tak boleh?”

Kadang-kadang masalahnya bukan anak tak pandai.

Tapi langkah sebelum menulis tu kita terlepas.

Kalau anak awak:

– boleh baca tapi susah nak tulis

– cepat hilang yakin bila pegang pensel

– senyap bila disuruh eja

Segmenting dengan Elkonin Box ni memang langkah yang patut dicuba dulu.

Saya dah susun aktiviti ni dalam eBook Aktiviti Jom Fonik,

supaya ibu boleh ajar dengan lebih sistematik,

tanpa rasa bersalah,

dan tanpa drama “ibu naik suara, anak makin senyap”.

👉 Dapatkan eBook di

Pelan-pelan pun tak apa.

Asal langkahnya betul 🤍

Similar Posts

Leave a Reply