Jual Beli Emas Di Public Gold

Memang sejak jadi cikgu 2008 lagi dah terbuka pintu hati untuk menyimpan dalam bentuk emas.

Cuma masa tu kurang ilmu, jadi saya menyimpan barang kemas. Kebanyakannya adalah cincin.

Setiap bulan saya peruntukkan minimum RM500 dari gaji untuk membeli barang kemas.Dan setiap barang kemas dibeli tidak melebihi RM1000.

Kononnya masa itu fahaman saya adalah mudah untuk dijual sekiranya terdesak nak gunakan wang tunai.

Hari ini saya tukarkan sebahagian dari barang kemas 916 tersebut ke akaun GAP emas 999 Public Gold.

Asalnya nak ambil cash dan buat belian. Tapi rupanya harga lebih tinggi jika saya terus masukkan ke akaun.

Harga hari ini jika menjual emas 916, adalah RM216/ gram. Jika terus masukkan ke GAP, harganya jadi RM220/ gram.

Mudah sahaja urusannya.

1. Bawa barang kemas yang hendak dijual ke cawangan Public Gold.

2. Staff Public Gold akan memeriksa dan menyemak ketulenan barang emas tersebut.

Awas tau, tempoh hari ada 1 barang kemas saya yang asalnya dibeli dengan andaian 916, tetapi disebabkan tiada ilmu waktu membeli dahulu, bila hendak dijual begini didapati ianya 850 sahaja.

3. Barang kemas itu akan ditimbang. Mereka siap tutup ekon waktu menimbang bagi memastikan ianya adil dan tidak ditiup angin.

4. Jika mereka rajin (kurang customer), mereka akan terus memotong barang kemas tersebut.

Waktu ni memang rasa nak menangis. Tapi mengenangkan telah lebih 10 tahun, untungnya sudah ada. Takpelah.

5. Kalau memilih untuk cash, wang akan dimasukkan ke dalam akaun dalam 3 hari bekerja.

Pengalaman saya mereka masukkan dalam masa 24 jam sahaja.

Tapi hari ini saya memilih untuk terus masukkan ke dalam akaun GAP.

Dah siap. Boleh senyum-senyum balik rumah.

Oh ya, emas dalam akaun GAP tu kita boleh jual atau gadaikan juga tau.

Nor Azleen Abd Rahim
#dealerpublicgold yang mengajar membaca


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • EQ vs IQ

    Akhirnya selesai UPSR. Ececeh. Apa kena mengena UPSR dengan saya? Haha. Dapatlah baca keluhan kawan-kawan yang ada kena mengena dengan UPSR. Antara khabarnya adalah soalan Sains sangat senang. Soalan Matematik pula katanya sangat susah. Lepas selesai peperiksaan Matematik hari itu, adalah dapat mesej yang kononnya ada pelajar yang lari keluar dewan dan membuat cubaan untuk…

  • Kekosongan Kelas Membaca Bacalah Anakku – Segera!

    Kekosongan kelas Bacalah Anakku (BM). Kelas akan bermula 22 Januari 2018.   1 tempat sahaja. 1 tempat sahaja.   Jadual kelas seperti berikut:   Hari: Isnin, Rabu dan Jumaat Masa: 9.00 hingga 9.45 malam   Lokasi: No 12, Jalan Lampam 17, Taman Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang.   Yuran pendaftaran: RM50 dibayar sekali sahaja. Yuran…

  • Hak

    Seorang isteri berhak untuk rasa disayangi, dihormati dan juga dilindungi. Waktu saya luahkan perasaan kepada beliau, saya tidak rasa diri saya dilayan seperti seorang isteri. Saya tidak merasa diri saya disayangi, dihormati dan dilindungi sebab bla bla bla (saya perincikan apa yang beliau lakukan sehingga saya alami perasaan begitu). Saya juga katakan saya faham mungkin…

  • Goreng Pisang

    Anak yang seorang ini memang sangat suka makan. Mungkin kesan dari aktiviti makan mommy semasa mengandung. Huhu. Ini masukkan sekeping goreng pisang terus ke dalam mulut. Sabar sahajalah mommy. Bergaduh nak keluarkan dari mulutnya. Tapi tetap mommy yang berkuasa. Haha. Authority! Nor Azleen Abd Rahim #cikgumommy Discover more from Cikgu Azleen Subscribe to get the…

Leave a Reply