Sama Tak?

Hari ini Angah ikut Kakak ke kelas Seni Visual dengan Ticer Zaira Ara. Setiap kali kelas pun Angah ikut. Hihi.

Tapi hari ni agak istimewa sebab Angah balik dan pegang lukisan ini sambil tanya pada mommy, “Mommy, sama tak?”

Hahaha. Tak samalah sayang. Manakan sama anak mommy dengan monyet itu.

Begitulah anak-anak.

Apabila mereka dapat menyempurnakan sesuatu aktiviti mereka sukakan pujian.

Siapa yang tidak sukakan pujian? Orang dewasa pun gilakan pujian. Kalau tidak, tidaklah berebut-rebut mahu jadi yang nombor satu.

Sebagai ibu, setiap kali anak melakukan aktiviti saya akan hargai usahanya. Bukan hasilnya.

Mommy suka Angah nak ikut kakak pergi kelas seni (walaupun Ticer terpaksa sahaja terima sebab bila Angah dah turun kereta Angah tidak mahu balik).

Mommy bangga Angah mewarnakan monyet ini sendiri (walaupun rasanya tidak ikut skema warna yang Ticer beri).

Mommy sayang Angah.

Penghargaan membuatkan seseorang merasa kepunyaan. Merasa dirinya penting dan dihormati.

Penghargaan tidak memerlukan hadiah yang mahal-mahal beratus ribu. Juga tidak memerlukan majlis besar-besaran dengan jemputan dif-dif kehormat.

Mari hargai usaha anak-anak kita, kecil atau besar, hargailah usaha mereka.

Penghargaan membina keyakinan diri.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy belajar menghargai

Similar Posts

  • Ketakutan

    Saya bukanlah percaya sangat dengan mimpi, tapi kadang2 mimpi tu menunjukkan perasaan kita. Jadi saya google apakah maknanya mimpi ditinggalkan ex. Salah satu tafsiran mimpi itu berkait dengan perasaan saya. Katanya mungkin semasa hubungan masa lalu ianya berakhir dengan kesakitan yang melampau. Lalu bila kita berhadapan dengan hubungan baru, kita risau, kita takut jika kesakitan…

  • Tadika Fonik Di Pasir Gudang

    Standard operasi Whiztots, bakal phonicsmarty akan melalui ujian ringkas. Ujian ini untuk mengenalpasti tahap kesediaan belajar membaca serta pengetahuan sedia ada anak. Hari tu, adalah seorang ibu datang bawa anaknya untuk diuji. Anak berusia 6 tahun dan bersekolah tadika yang menggunakan buku Bacalah Anakku. Selepas ibu mengisi borang pendaftaran, saya terus jalankan ujian dihadapannya. Sesi…

  • Tikar Terlipat

    Dari dalam tandas, boleh dengar suara Angah menangis meraung-raung. Tapi bukan jenis tangisan sakit, lebih kepada tangisan minta perhatian. Namun, masih rasa tak syok nak mandi dan menyelesaikan hajat. Maka, mommy pun keluar ke depan dan menggunakan nada suara yang tegas dan muka serius, “Angah nak apa?” Angah menuding jari ke hujung bilik. “Nak apa?”…

  • Susah

    “Afiah hari-hari nak lukislah mommy. Tapi Afiah dah tak tahu nak lukis apa.” Mommy kelip-kelip mata pandang Afiah yang sakan mengomel. “Afiah lukislah apa yang Afiah nampak.” “Haa?” Giliran Afiah pula membulatkan mata memandang saya, tanda tidak faham. “Lukis apa yang Afiah nampak.” Saya ulang sekali lagi. Afiah masih memandang saya sambil kelopak matanya terkelip-kelip…

Leave a Reply