Anak Tak Suka Pergi Sekolah?

“Patutlah dia asyik beri alasan sekarang ni kalau nak ke sekolah.”

Cepat-cepat saya toleh ke ibu-ibu yang sedang membawang itu.

“Siapa kak?”, saya pun nak sertai juga membawang ni. Huhu.

Dan bermulalah cerita yang saya mesti kongsi di sini. Bukan untuk mengaibkan sesiapa, kerana saya tidak akan dedahkan siapakah individu yang terlibat. Semua nama watak dalam cerita berikut adalah nama samaran.

Tapi untuk kita sama-sama ambil iktibar dan elakkan perkara ini berulang. Tidak kiralah kalian ibu ataupun guru. Kerana saya adalah kedua-duanya.

Hari itu semua pelajar kelas Merah kena marah dengan Cikgu Lailah. Sebabnya semua pelajar gagal menyiapkan tugasan yang diberi sepertimana yang dimahukan oleh Cikgu Lailah.

Pelajar siap tugasan diberi tetapi semua orang salah. Semua kena marah. Semua kena campak tugasan mereka oleh Cikgu Lailah. Termasuklah Anita.

Cuma Anita lebih rapuh hatinya. Tatkala rakan-rakan lain sudah “move on” kena marah, dia masih menangis. Entah menangis kuat atau sekadar mengalir air mata. Tapi sepanjang dua waktu Cikgu Lailah di dalam kelas dia menangis.

Tidak dinafikan, memang menjengkelkan apabila ada pelajar menangis di dalam kelas. Mungkin membuatkan Cikgu Lailah semakin naik angin.

Lalu semasa Cikgu Lailah bertukar waktu, sempat disampaikan kepada Cikgu Zarina apa yang berlaku. Dari sudut pandangan Cikgu Lailah, Anita melakukan kesilapan.

Cikgu Zarina berpihak kepada Cikgu Lailah. Anita diperli-perlinya sepanjang waktu dia mengajar. Semakinlah menjadi-jadi Anita menangis.

Tidak cukup di situ, cerita bersampai di dalam bilik guru. Hampir semua guru tahu cerita Anita menangis di dalam kelas tidak berhenti-henti. Anita digelar budak manja, ke mengada-ngada. Tidak boleh dimarah, tidak boleh disentuh.

Selang seminggu, pelajar Kelas Merah menyiapkan tugasan pembetulan. Mengikut apa yang Cikgu Lailah mahukan. Termasuklah Anita.

Cikgu Lailah memungut semua tugasan pelajar kecuali Anita. Tidak bersebab. Cuma Cikgu Lailah tidak mahu menerimanya.

Anita tertekan. Kawan-kawan mengata. Cikgu tidak suka padanya. Lalu Anita mula mencari alasan tidak mahu ke sekolah. Ada sahaja alasan diberitahu pada ibunya, kecuali dia tidak menceritakan perihal dia menangis berjam-jam di dalam kelas.

Anita tidak memberitahu ibunya yang dia diperli oleh guru-guru di sekolah. Anita tidak memberitahu yang dia dikata oleh kawan-kawan.

Anita cuma tidak mahu pergi sekolah lagi.

Cerita ini disampaikan kepada saya oleh Suria, teman sekelas Anita.

Sekolah sepatutnya menjadi tempat kanak-kanak boleh melakukan kesilapan. Kesilapan-kesilapan kecil agar kanak-kanak dapat mengelakkan kesilapan-kesilapan besar dalam kehidupannya selepas sekolah.

Dan kesilapan kecil ini pastinya perlukan pembetulan. Mungkin juga perlu dihukum setimpalnya. Bukan dengan “death penalty”.

Barulah namanya belajar. Kita belajar atas kesilapan yang kita lakukan. Kerana itu Thomas Edison kata, “I didn’t fail 1000 times. The light bulb was an invention with 1000 steps.”

Siapa tahu apa yang mampu Anita lakukan di masa hadapan? Berilah peluang anak kecil ini belajar.

Nor Azleen Abd Rahim

Similar Posts

  • Buang Junk Food

    Aduh duh duh. Bagaimana ini? Dalam Cabaran Stailoo, langkah yang dia suruh buat sekarang ini adalah buang junk food seperti ais krim, megi, nugget, biskut. Haduilah. Nak buat atau tak nak buat? Half-half maybe? Kita berhenti beli semua ini. Tetapi saya memang kena cakap betul-betul dengan suami dan anak-anak. Kemudian dia juga suruh beli makanan…

  • Bodoh dan Kurang Ajar

    Hari tu sedang syok-syok saya mengepam di meja makan, sayup-sayup saya dengar suara Afiah yang bermain di luar rumah. “Tengok sini Afiah buat, bodoh.” Saya diam sebentar nak pastikan benarkah apa yang saya dengar. “Tengoklah sini, bodoh, Afiah buat.” Terus saya panggil Afiah masuk. Dengar ceria Afiah berlari masuk kerana mungkin ingat mommy nak beri…

  • Bengkel PdPc Fonik Literasi BM

    Ishhh, malam-malam ini ada pula yang pm tanya macamana saya tulis RPH bila mengajar fonik. Bagaimana saya kaitkan dengan konstruk Linus. Adeh deh. Inilah antara perkara yang kita kena faham. Faham bagaimana buku Bacalah Anakku di susun. Kemudian fahami kandungan Konstruk Literasi BM. Dapatkan kaitannya. Mudahlah nak tulis RPH nanti. Nak lebih terperinci, saya akan…

  • Hari kedua

    1st, walaupun pagi tadi bangun pukul 7, lepas vc b, sekali lagi aku tidur. Tapi sejam je hari ni. Selepas beberapa kali snooze alarm akhirnya bangun 9.30. Sebab ada appointment pukul 10. Aku kena buat lebih banyak appointment waktu pagi nampaknya untuk memaksa diri bangun. 2nd, breakfast makan nugget, kentang dan telur. Kemudian lunch makan…

  • Samyang Mee Segera Korea

    Saya ini memang selalu juga ketinggalan zaman. Dah habis dah orang viral dan gilakan mee samyang dari Korea ini, barulah saya terasa nak mencubanya. Itupun sebab hari itu masa berjalan-jalan ke Giant Plentong, ternampak mereka jual mee samyang ini. Ohh, ini rupanya. Ada banyak perisa. Wah ada yang cheese. Saya ini pula memang sangat lah…

Leave a Reply