Jurnal Wang Saku Anak Kecil

Beberapa minggu lepas tidak sempat beri duit saku Afiah. Jadi kita sekalikan sahaja untuk empat minggu.

Jadi minggu ini, Afiah ada banyak wang. Huhu.

Dapat pula lagi duit dari show zapin tempoh hari. Bolehlah buat-buat anak simpan dan seronok selepas berusaha berlatih.

Jadi macam biasa, proses tulisnya:

  1. Kira dahulu berapa wang sedia ada. Catat.
  2. Masukkan jumlah duit saku diperolehi. Catat. Kira jumlah atas kertas.
  3. Masukkan jumlah duit-duit lain yang dapat. Dalam kes ini, Afiah dapat duit zapin. Catat. Kira jumlah atas kertas.
  4. Kira jumlah duit sebenar. Bandingkan dengan kiraan atas kertas.
  5. Buat tukaran wang jika perlu. Macam kali ini, Afiah ada banyak duit RM1. Jadi kami tukarkan jadi RM10, RM20 dan RM50.

Asalnya Afiah agak keliru sebab dia beri saya sepuluh keping tapi dia dapat kembali sekeping sahaja. Jadi boleh ajar tentang tukaran wang pula.

  1. Tanya anak berapa yang dia nak simpan. Hormati keputusannya walaupun kita mungkin berharap dia simpan lebih lagi.

Kita boleh berikan fakta-fakta dengan harapan dapat mengubah keputusannya, tetapi elakkan memaksanya.

  1. Catat jumlah yang disimpan. Asingkan wang. Masuk dalam tabung. Kira baki wang atas kertas.
  2. Kira jumlah sebenar duit yang ada. Bandingkan dengan atas kertas. Harapnya seimbang. Hihi.

Afiah rasa sangat berkuasa ke atas wang dengan cara begini. Dia gembira dapat mengatur perbelanjaannya sendiri.

Semoga dapat terus mendidiknya dalam kewangan.

Nor Azleen Abd Rahim

Similar Posts

  • Hari pertama

    Jom kita reflect apa yang saya dah buat hari ini. 1st, tadi pagi bangun pukul 7, tapi lepas vc ngan b, saya tidur balik sampai pukul 12. Hmmm rugi rugi. 2nd, pasal makan lak. Breakfast makan telur separuh masak 2 biji, lempeng 3 keping. Kemudian lunch makan buah rockmelon dan juga nasi beriani ayam bakar….

  • Pak Hasan Dan Babi

    Seronok kami menyanyi lagu Pak Hasan ada ladang dalam kereta menuju ke majlis perkahwinan. Mula-mula tukar kepada “na ni nu ne no” sebab nak buat bunyi kuda. “Neh neh”. Kemudian Afiah kata Pak Hasan ada pig. Mommy pun dengan yakinnya menyanyi. Pak Hasan ada ladang a i u e o Di ladangnya ada babi a…

  • Legoland vs Angah

    Baru mommy keluar berliburan satu hari, dah angah masuk sepital 😭 Macamana nak gi 3-4 hari 😊 Get well soon, angah. Nor Azleen Abd Rahim Professional Mommy Seriously, nak melawat ke ward kanak-kanak tengok-tengoklah time.. 9.23 pm, datang macam kenduri kawin.. Pastu nak throwback cerita-cerita 20 tahun yang lampau.. Mommy rasa macam nak sound sedas…

Leave a Reply