Resipi Roti Goreng Sardin

Hari ini saya nak kongsikan cara membuat Roti Goreng Sardin. Ini memang kegemaran anak-anak saya.
.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Setin kecil sardin jenama Marina
  • Roti Gardenia
  • Bawang besar (dicincang halus)
  • Setengah biji lemon yang diperah airnya dan dibuang biji
  • 3-4 biji telur, dipukul sehingga halus
  • Butter
  • Serbuk cheese parmesan (kalau mozzarella lagi sedap)
    .
    Cara membuatnya:
    .
  1. Buka tin sardin, masukkan dalam mangkuk dan hancurkan sardin dengan garfu. Saya tak suka ianya terlalu hancur, tetapi terpulang ikut selera masing-masing.
    .
  2. Masukkan bawang besar yang telah dicincang halus dan perahkan jus lemon . Gaul sehingga rata. Letak tepi.
    .
  3. Gelekkan roti dengan menggunakan penggelek supaya leper. Bila digoreng ia tidak akan menyerap minyak sangat.
    .
  4. Sapukan butter pada roti rata-rata
    .
  5. Sapukan sardin yang telah digaul tadi dan ditabur dengan serbuk cheese.
    .
  6. Tangkup dua keping roti (sandwich) dan potong empat. Boleh secara menyerong mahupun secara rata. Asalkan ia cukup kecil untuk dipegang oleh anak.
    .
  7. Panaskan minyak dalam kuali. Terpulang, boleh buatkan ianya tenggelam atau sekadar untuk mengelakkan roti melekat pada kuali.
    .
  8. Celupkan roti yang telah dipotong tadi ke dalam telur sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Terbalik-terbalikkan sehingga telur masak.
    .
    Angkat dan siap untuk dihidang.
    .
    Ini adalah sejenis finger-food yang digemari anak kecil. Jika anda tidak suka gunakan sardin dalam tin, boleh sahaja buat inti lain sendiri.
    .
    Silakan klik butang share. Untuk lebih banyak resepi yang sesuai untuk anak, boleh terus ke channel telegram https://t.me/resepianak
    .
    Nor Azleen Abd Rahim

Similar Posts

  • Kenali Multiple Intelligences Anak

    Dua ekor dinosaur ini dibina oleh salah seorang phonicsmarty kelas ReadEasy saya yang baru. Kagum saya dengan perincian yang diberikan oleh phonicsmarty ini. Tanduknya, ekornya, rahangnya mulutnya. Pheww! Macam real. Phonicsmarty ini sedikit lain. Ikut suka hati dia, tapi boleh ikut arahan. Bila ibu bapanya beritahu saya yang anaknya suka dinosaur sehinggakan ayahnya rasa nak…

  • TB MBFC4

    Hai lahh.. pagi2 ni naik pulak gambar masa mbfc tahun lepas.. Petang nanti kita start jalan ok.. kalau cuaca ok bukit lelayang, cuaca tak ok terpaksalah cari threadmill jer.. Bersediakah Isyraq ditinggalkan? 😂 Pagi ni ada bengkel fonik untuk ibu bapa anak2 batch April 2017. Kelas #bacalahanakku #2 dan kelas #phonemicawareness #1. Semoga berjalan lancar….

  • Samyang Mee Segera Korea

    Saya ini memang selalu juga ketinggalan zaman. Dah habis dah orang viral dan gilakan mee samyang dari Korea ini, barulah saya terasa nak mencubanya. Itupun sebab hari itu masa berjalan-jalan ke Giant Plentong, ternampak mereka jual mee samyang ini. Ohh, ini rupanya. Ada banyak perisa. Wah ada yang cheese. Saya ini pula memang sangat lah…

  • Anak Susah Nak Fokus Masa Belajar, Apa Nak Buat?

    Anak susah nak fokus sewaktu belajar membaca? Hari ini saya nak kongsikan tips membantu anak yang susah nak fokus belajar membaca: Tips #1 – Pendekkan masa belajar Menurut pakar perkembangan kanak-kanak, secara puratanya kanak-kanak berusia 4 ke 5 tahun, boleh fokus 2 ke 5 minit kali umur mereka. Maknanya mereka boleh fokus antara 2 ke…

  • Kem Literasi Ekspress

    Sepanjang minggu ini Whiztots jalankan Kem Literasi Ekspress. Ianya bertujuan memberikan anak-anak pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Kem ini berlangsung dari 25 hingga 29 Mac 2019. Masih ada dua hari lagi dan masih boleh daftar ya. WhatsApp Cik Liya di link berikut: wasap.my/+60162949298/literasiekspress

Leave a Reply